Thursday, April 17, 2014

Tukar-Menukar Pasu

Ayu ni memang la jenis cepat bosan dengan benda yang sama.
Termasuklah kedudukan perabot, langsir dan gubahan bunga.

Semalam dah tatau nak buat apa, ambik bunga sediada.
3 gubahan, keluarkan dari pasu masing-masing... then tukar suka sama suka.
Tanpa sebarang kos... dah nampak new look (lah sangattt)!


Sebelum

Selepas



Sebelum

Selepas


Sebelum

Selepas
Bakul ni tak sesuai dengan bunga ni. Nanti nak beli pasu putih petak dan besar.

Ayu gubah bunga memang tak pakai span. So takder la berhabuk dan senang nak manage. 
Kena pandai adjust batang bunga tu jer. Ikut bentuk gubahan kita nak dan saiz pasu. 
Sebab tu Ayu tak potong batang bunga-bunga yang ayu beli.
Lipatkan ajer... senang.

So, korang  boleh jer nak ubah penampilan hiasan dalam rumah tanpa keluarkan bajet.
Ubah sikit pun, dah nampak kelainan. So, untuk spesis yang cepat bosan macam Ayu ni, sesuailah mencuba.
Ini pun tatau la berapa bulan atau minggu bertahan. Kalau bosan, tukar lagi... Memang takder keje carik keje. 

Jumpa lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...