Wednesday, April 2, 2014

Ubah Dekorasi di Dapur

As Salam.

Petang tadi, kemas-kemas kat dapur sikit. Rasa macam dah bosan dengan kedudukan sediada. Nampak macam bersepah jer, walaupun takder la bersepah mana pun. 

So, terus lakukan operasi sesorang tolak dan tarik meja, rak dan tikar untuk sedikit ubahsuai kedudukan perabot kat dapur. Nasib baik tak rosak tikar buluh. Dah kata main tarik-tolak sesorang kan... harus lah risiko tikar nak tercabut atau koyak tu tinggi!

Gigih... gigih!

Kedudukan asal.
Constraints nak letak perabot sebab kedudukan paip mesin basuh kat situ. Kalau tak, boleh letak meja makan dekat tingkap. Lagi cantik dan kemas.

Ini dah siap alihkan... Malas nak snap pictures.
Ini adalah proses paling malas nak buat. Susun semula buku dan barang dalam rak.


Inilah hasilnya... Takder la berubah mana pun!
Ruang laundry saya yang seciput jer.

Erk... camni jer pun letaknya hahah. Tapi berpeluh-peluh ok, maklumlah buat kerja sesorang!


 
 View dari ruang tamu dan pintu masuk ke dapur.

Dekorasi lain takder apa pun. Takder mood!
Sebab railing langsir tak pasang lagi.
Erk... dah nak masuk setahun pindah, railing tak pasang lagi.
Sadis!

Jumpa lagi!


UPDATED:
Menjawab soalan Fizah dan Ummi Affendi Jr:

Ni link gambar dapur yang ada bahagian memasak. 
Clicik Here

Dapur rumah sewa kak ayu memang besar sebab tuan rumah dah extend.
Tapi, kalau rumah sendiri... bahagian yang i letak meja makan ni i akan jadikan bilik.
Heheh, nampak sangat malas nak naik tingkat atas!

5 comments:

cik hani said...

kak ayu,

mmg cepat jemu kalau tengok kedudukan yang sama jer..wat ubahsuai sikit baru ok

Fizah said...

besar jgk dapur akk ni..masak kat area sebelah yg tak nmpk ke kak? -sesi menjemah ;p-

mamaairis said...

ayu....kemas jek dapur awak...kita suka kedudukan baru tuh....cantik

ummi affendi jr said...

Nak tanya soalan yang sama dengan fizah jugak.

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Kemasnya dapur...BUkan senang ni nak maintain dapur kemas sentiasa..