Tuesday, April 1, 2014

Ulangtahun ke-4 sebagai Surirumah

As Salam.

Hari ni 1/4/2014, genap 4 tahun Ayu berhenti kerja dari Universiti Selangor (formerly known as Universiti Industri Selangor) pada 1/4/2010 . Ayu start kerja di UNISEL pada 16/6/2004 iaitu beberapa bulan lepas grad dari MMU.

4 tahun... tempoh yang panjang. Tapi rasa macam baru jer punch card pada hari terakhir di UNISEL. Segar lagi dalam ingatan, semua kenangan suka duka sepanjang hampir 6 tahun kat situ.

Sejak resign tu, banyak perkara berubah dalam kehidupan ayu dan kami sekeluarga. Walaupun ayu buat bisnes sejak dah tak kerja, tapi bisnes ada turun-naikknya. Dah nama pun bisnes kan. So, ayu dah merasa saat ada income dan takder income. So, memang mencabar!

Menjadi WAHM bukanlah tugas yang mudah!
Ia memang mencabar. Memang ada masa ayu rasa nak kerja semula. Rasa bosan duduk kat rumah pun ada. Tapi buat masa ni dan waktu terdekat, ayu rasa masih belum sesuai untuk keluar bekerja semula. Sebab tu, ayu decide untuk terus berbisnes dari rumah.

Ayu pun tak tetapkan tempoh berapa lama untuk terus tidak bekerja. Tengok kepada situasi kami. Sepertimana ayu tak pernah menjangkakan ayu akan berhenti kerja dari UNISEL! Sebab ayu pernah anggap ayu akan kerja sampai pencen kat UNISEL. But end up, tetiber banyak perkara berlaku... ayu berhenti. 

Hidup memang tidak boleh dijangkakan. Sedikit jer keputusan yang kita buat, akan memberikan perubahan yang besar dalam kehidupan kita!

Ada masa memang ayu rasa demotivate sangat!
Tapi, kena kuatkan diri dan pujuk diri sendiri. Sebab ni keputusan yang ayu buat. Lagi pun, walaupun tak kerja, ayu still ada income sendiri... walaupun tak semewah mana, ada turun-naikknya.. tapi dalam tempoh 4 tahun ayu masih mampu bertahan. Walaupun ada kalanya talian hayat diperlukan daripada suami. Hehehhe. Tapi sebolehnya ayu tak suka susahkan dia. Komitment dia pun dah besar. Sebolehnya ayu taknak menyusahkan dia lagi.

In shaa Allah, ayu akan share pengalaman ayu sebagai WAHM dan apakah cabaran yang ayu lalui. Semoga ia dapat dijadikan inspirasi dan panduan buat rakan-rakan WAHM/SAHM/atau yang masih memikirkan untuk menjadi WAHM/SAHM.

Paling utama, niatkan segalanya kerana Allah. Pasti dipermudahkan. 

Last but not least.
Nak share beberapa gambar kenangan hari-hari terakhir ayu di UNISEL.

*Masa ni baru anak sorang, dania umur 4 tahun lebih.

Hantar notis bertarikh 1/1/2010. Tempoh 3 bulan notis walaupun sepatutnya 2 bulan notis jer. Saja jer kasik 3 bulan supaya cepat dapat pengganti hahaha. Dapatlah i habiskan Cuti Tahunan dalam 20 hari lebih dengan penuh ketenangan.

Jawatan terakhir ialah Penolong Pendaftar.

Kenangan horror. Siapkan Timetable kuliah. Masuk kerja pukul 8.15 am Jumaat... pukul 7am Sabtu esoknya baru balik rumah! Bising laki i... huhu dia tatau bini dia macam nak pengsan buat timetable. 

Bertugas semasa Unisel's Open Day
*Nampak sangat berlakon, dan iols sangat gemuk masa ni!
Masa ni tak pakai Premium Beautiful lagi... heh!

Jadi Emcee semasa Orientation Week. Masa ni hati dan berbunga-bunga dah menghitung hari habiskan hari-hari di UNISEL. 

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Pertengahan Mac 2010 masa ni. Last day kat UNISEL. Lepas tu habiskan cuti tahunan.

Pintu bilik saya!
Terharu jugak, mula-mula masuk kerja unisel... bangunan ni la bangunan opis i... dan hari terakhir pun bangunan ni jugak... Paling best kerja dengan boss kat bangunan ni. Prof. Madya Ir. Dr. Arazi Idrus.

Awal bulan April... tak ingat dah berapa hari bulan... Fakulti buat Farewell untuk i... Walaupun berkhidmat hanya 8 bulan kat fakulti, tapi macam-macam pengalaman suka duka ditempuhi. Berendam airmata jugak uols hahaha.
Ini bersama dekan, Prof. Dr. Mohd Nasir Saadon. Boss yang sporting dan tak fussy.
Kerja almost 6 years, ayu pernah bekerja dengan 3 boss. Lagi sorang tu boss pompuan. No comment hahah!

Budak ni pun menyebuk jugak datang majlis Farewell mama. Dania dari kecik jenis suka orang tua. Boleh berdukung dengan Tok Wan. Tok Wan bukan sebarang tok wan... ni Prof. Emeritus Abdul Latif (entah-entah sekarang dah dapat gelaran dato tatau la)

Sebahagian rakan-rakan di fakulti.

Singgah sekejap jumpa opismate lama. Cija dan Jiha.
Tengoklah dania tu... tapi dia memang dah biasa dengan Cija. Rindu opis lama ni. Opis ayu bertugas dari mula-mula masuk kerja sampailah 30/7/2009.

Andaikata satu masa nanti ayu akan kembali bekerja... pilihan utama tempat kerja ialah Universiti jugak atau apa-apa institusi yang berkaitan pendidikan. Tapi, macam ayu cakap sebelum ni... sekarang bukanlah masanya. Tengok keadaan... sebab faktor umur juga mempengaruhi.

In shaa Allah, hari ni ayu dah start projek baru. Menambahkan ilmu dalam bidang Social Media untuk memajukan bisnes. Sebab, ayu memang suka bisnes! Nampak gayanya, dalam adik beradik kami... hanya ayu yang suka bisnes macam arwah ayah.


Tapi, kalau dah kerja... ayu tak berani nak buat bisnes online kot!

Sebab takut 'tercurik' waktu kerja hakiki untuk buat urusan bisnes. Keberkatan nak kena jaga jugak. Sebab takut terlepas pandang perkara macam tu. 


Ok... sehingga berjumpa lagi. Nak masak, kejap lagi anak dara i balik sekolah agama. Kat gate pun dia dah tanya:
"Mama masak apa hari ni?"

Haaaa... begitulah rutin seorang WAHM! Kena pandai-pandai bahagikan masa.

Jumpa lagi... As salam.

7 comments:

Fizah said...

pheww...mencabar kehidupan akk..tp muka tetap maintain manis dan suwit =)

cik hani said...

Takpe..mjadi surirumah satu benda yg mulia. Tak bmksud xblh berjaya

Ayu Rashid said...

Hehe. Cabaran mematangkan diri kan? Tang manis dan suwit tu i suka hahaha. Perasan sekejap!

Ayu Rashid said...

Buat masa ni belum capai apa yg kak ayu impikan. Tu agak demotivate. In shaa Allah sedang usaha lagi :)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Hari-hari menjenguk kesini. Bila baca entri ni rasa terkagum2 dgn semangat Kak Ayu. Tak sabar nak baca sharing akak tentang pengalmaan dan cabaran sebagai WAHM tu..nak kutip 'sesuatu'utk rujukan sendiri. hehe..

Bisnes Simkad Toneexcel said...

wah, tahniah ayu akhirnya dah menjadi surirumah sepenuh masa ye!

Hasanah Ahmad said...

Sedih rasanya baca entry ni. Rasa sayu je dalam hati. Saya pun baru je join jadi WAHM 3 minggu ni. Macam-macam perasaan ada. Since memang nak fokuskan bisnes, saya resign dari kerjaya jururawat.