Saturday, May 31, 2014

COZUMA Mattifying Lipstic

Assalamualaikum.

Dalam entry lepas, ayu ada bercerita tentang Lipstic dan Pelembab Bibir.
Ayu jugak janji nak share tentang Lipstic yang kini dah jadi pujaan hatikuuuuuuu!

Inilah dia... Cozuma Mattifying Lipstic!


Ia didatangkan dengan 5 warna memukau.

Bahan Unik yang Digunakan:

1. Ekstrak buah betik dan sfera kolagen untuk membuatkan bibir gebu dan mungil.


2. Minyak biji Safflower dan minyak biji kapas untuk memberi kelembapan kepada bibir.


3. Vitamin C dan Vitamin E untuk perlindungan bibir dari persekitaran. 


4. Squalane untuk menjadikan sapuan licin dan ringan.

Mana satu warna pilihan korang?
Ayu dah beli semua 5 warna!
Nanti ayu tunjuk dalam entry akan datang. 

Harga Cozuma Lipstic ni cuma RM37 termasuk postage.
Jika beli lebih dari 1, ayu akan kasik diskaun.
Jika beli 5, confirm lebih banyak diskaun.

Hubungi Ayu jika berminat. Rugi tak pakai Lipstic Cozuma ni.
Memang cantik. More review on next entry.

Jumpa lagi.

Monday, May 26, 2014

SOHO Bukan Sekadar SOHO... Ia adalah 'Iron Board' Juga!

Assalamualaikum.

Eh! Mesti ramai kecewa Malaysia tak berjaya raih Piala Thomas malam tadi kan?
TAPI... rasanya lagi ramai kecewa sebab tak menang, pastu... tak jadi cuti umum.
Hehehhee... kan kannnnn? Ngaku jer la kan :P

Korang iron baju... mesti kat tempat proper kan?
Mesti siap ada bilik khas untuk Laundry atau at least iron board.

Dulu masa kerja dan dok Shah Alam, memang ada iron board.
Tapi, bila dah tak kerja... iron board siap simpan!
Rasa macam, semak jer sebab iron board tu jenis besar sket.
Pindah Semenyih, tinggal terus kat rumah lama.
Untung saper duduk situ... dapat iron board free cantik lagi.

Bila dok Semenyih... inilah iron board-ku!

Meja kerja aka SOHO!
Serbaguna uols! Memang tak rugi beli... hehehhe.
Actually, bila dah tak kerja, apa sangatlah i nak iron kan.
Takat iron baju sekolah dania... atau sekali sekala pakaian ayu dan nizam bila nak keluar berjalan.
Itu pun manjang pakai baju dan tudung takyah iron. 
Aman damai rasanya hidup bila nak keluar takyah nak iron baju.

Baju sekolah dania pun gosok 2x seminggu jer. 
Rabu & Khamis sekolah kebangsaan dia pakai pakaian sukan sebab PJ.
Baju sekolah pun banyak pasang beli... tu yang iron 2x seminggu jer.

Lapik kain batik jer... takpun selimut hehehe.
Jangan lama-lama rosak meja ni sudah ler.

Ini nak kata praktikal ke pemalas? Semua nak lambat kat ruang tamu kan?
Dah siap iron tu... letak jer kat belakang TV ni. hehehe.
Jangan terpedaya bila tengok gambar rumah i kemas... padahal ada kisah disembunyikan :P

Bila letak hujung camtu, kalau tengok dari depan tak nampak iron tu. Sebab terlindung dengan TV hehe!

Ini pun ada sesuatu yang bersepah disembunyikan!

Plug yang bersepah-sepah!
Sinilah plug tv, astro decoder, labtop, iron dan tablet. Berselirat wyre!
Tak kesah la... asalkan senang nak buat kerja atau nak guna. 

Kat SOHO ni jugaklah dania buat homework dan main tulis-tulis-conteng-conteng.
Lepas dia guna... memang berterabur dengan bekas pemadam halus-halus.
Sebab tu meja ni kena letak alas, walaupun dah jadi tak cantik.
Demi mengelakkan kekotoran kan... 

Lagipun, ayu suka buat kerja sambil makan biskut dan minum kopi hehhe.
Anak-anak takleh makan/minum kat SOHO ni. 
Mama takper... sebab mama berkuasa! Hahhaha. Kejam bunyiknya!

OK... jumpa lagi!

Saturday, May 24, 2014

Review Lipstik dan Pelembab Bibir

Wah! Review lipstik katanyer... tak menahan sangat, macamlah suka melawa.
Koleksi pun beberapa ketul jer... ini jer yang ada!


Sejak dari zaman universiti, kerja dan dah tak kerja.
Ayu takder la minat sangat pakai lipstik. 
Lagi dah tak kerja ni, apoiment pun dah tak macam dulu.
Lagilah tak membeli. Malah ada yang kasik kakak dan anak sedara.
Daripada simpan lama-lama lepas tu expired. 

Lipstik Maybelline pink ni... dah bertahun-tahun guna. Tapi tak abes-abes. Tak luak mana pun tu. Sampai nak cair dah kepanasan. Nasib baik pakai bibir tak rosak. 

Tak suka lipstik... tapi ayu suka pakai pelembab bibir. Vaseline wajib ada dan mesti pakai tiap  kali lepas gosok gigi. Sebab bibir ayu jenis kering. Bibir sentiasa ayu sapu Vaseline. Senang citer, kalau keluar jalann-jalan... biar tertinggal puting hariz, jangan Vaseline i tertinggal hehe. 


Pelembab yang best jugak ialah D'Herbs dan Lip Ice Mentholatem. 
Ni paling senang kalau tak suka pakai lipstik tapi nak kasik bibir nampak pink-pink dan tak pucat. 
Sesuai dengan bibir ayu berbanding Body Shop punya.
Ada jugak beli Body Shop punya, tapi tak seselesa pakai dua produk ni. 
Alhamdulillah, barang murah jugak sesuai hehehe.

Ini pulak lipstik yang ayu selalu pakai bila keluar. 
Ayu suka kaler Nude. Sebab nampak natural dan simple jer. 
Tapi, nizam selalu cakap:
"keluar tu pakai la lipstik merah menyala, ini macam tak pakai lipstik"

Maybelinne Bold Matte MAT7
Kaler nude yang sangat cantik.
Tapi kalernya terlalu lembut, sampai macam tak nampak. Tak best jugak kaler ni huhuhu.
Agaknya kulit i gelap kot, pastu pakai bedak ajer.
Kalau lipstik kaler nude ni... make-up smokey-eyes baru meletopsss!
Ini? jangankan nak pakai eye shadow maskara bulu mata bagai... pakai bedak pun sap sappp suiiii dalam kereta jer!
Pastu, ada hati nak nampak meletopsss kan. Lagilah musim panas ni, tidaklaaa nak bermekap bagai!


Ini pun ayu suka. Tapi masih dalam range kaler yang sama.
Silky Girl Pelembab + Lipstik (ala yang iklan Emma Maembong tu)
Code: 01 Honey
Terpengaruh dengan iklan la ni.... hehehhe. Tapi memang best!

Ayu beli Silky Girl dalam sebulan lebih awal dari Maybelinne.
Sekali, balik rumah tu... bandingkan kedua-duanya... Aisehhhhh! Dah nak sama kaler laaaa.
Ikutkan, pakai yang Silky Girl tu lagi cantik sebab dia nampak lebih mosturise.


Tapi, ayu cuba combine-kan kedua-dua kaler tu. Mula-mula pakai Maybelinne.
Pastu, pakai pulak Silky Girl. Baru nampak lebih menyerlah.
Menyerlahlah sangat...dah ko suka kaler Nude memang la camtu kalernya hehe.

Camni hasilnya... Malu sebenarnya nak tunjuk. Hhahaha.
Letak gambar kecik jer... Please don't enlarge :P

Memang patut pun nizam cakap macam tak pakai Lipstik heheeheh.
Yerlah, nanti Ayu pakai yang merah menyala mengalahkan Mak Ngah gitew.
Sampai Mak Ngah pun iri hati dengan iols hehhehe.

Motiffff update pasal Lipstik di hari minggu?
Sebab Ayu dah beli 5 lipstik baru!

Ayu beli Lipstik COZUMA keluaran Hai-O
Haaaa... 5 ok... 5 terus sekali beli.

Terima kasih suamiku sayang, berikan Hadiah Mother's Day untuk ayu.
Itu pun, hadiah by request.
Nak beli pakai duit sendiri, sayang... baik i beli kain langsir hehehhe.

Kalau beli produk Hai-O ni bagus la untuk Ayu kan.
Sambil guna, dapat bonus... dapat jual jugak.
Beli-Guna- Jual.

Nanti ayu share 5 kaler Cozuma tu.
Jumpa lagi.

Thursday, May 22, 2014

Pakej Yuran Kelas Online ABDR

Assalamualaikum.
Berikut adalah senarai Pakej Yuran Kelas Online yang ditawarkan di Akademi Bekerja di Rumah. 












Sebelum membuat pilihan Pakej mana yang korang inginkan, Ayu galakkan berbincang dengan Ayu terlebih dahulu yer.

Motiffff?? Heheh. Supaya Ayu dapat mencadangkan pakej yang paling sesuai dengan korang. Pilihan pakej bergantung kepada keperluan, kecenderungan, bidang perniagaan/penulisan dan bajet!

P/S: Pendaftaran sekali jer. Takyah susah-susah nak renew every year :) 


Boleh hubungi Ayu melalui:
SMS/Whatsapp: 013 - 255 0727
Email: rahayu4179@gmail.com
Facebook: Rahayu Abdul Rashid

*Kalau whatsapp lambat reply tu, selalunya HP dengan Hariz. Silalah bersabar atau boleh PM kat FB. Ayu akan cuba reply ASAP. Jumpa lagi!

Tuesday, May 20, 2014

eBook| Bekerja dan Berniaga: Panduan buat Suri

Salam semua.

Ayu yakin, ada antara pembaca blog ayu yang bekerja dan berniaga! Sila angguk laju-lajuuuuuuu!
Atau, mungkin juga yang bekerja atau housewife yang nak mula bisnes, tapi malu-malu, tatau nak bisnes apa, atau mungkin sekadar nak tambah ilmu. 


Ye lah, mana tau one sweet day nanti, terbuka hati atau ada peluang untuk berbisnes. Sebab perjalanan masa depan kita boleh ramal, tapi kita tatau apa yang akan berlaku kelak. Semuanya hanya Allah ajer yang tau. Kan?

So, ayu nak share dan war-warkan 'produk digital' TERBARU Akademi Bekerja di Rumah iaitu eBook hasil karya salah seorang Ahli Akademi Bekerja di Rumah iaitu Puan Azura Abdullah iaitu:


Berikut adalah sedikit bingkisan Pengenalan daripada Penulis:

Bismillah. Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.

Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. 

Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.

Maklumat lanjut:
Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri


eBook ini baru sahaja dilancarkan pada hari ini. 
Korang boleh hubungi Ayu untuk Pre-order. 
Namun tunggu dulu!
Ada tawaran istimewa tau untuk tempoh terhad sahaja!
Lihat gambar di bawah... 

Beli eBook Bekerja dan Berniaga: Panduan untuk Suri, korang akan dapat sebuah lagi eBook 101 Idea Home-Based Business secara PERCUMA. 

Harga RM50 jer!

eBook ini InsyaAllah akan memberikan inspirasi buat kita.

Hubungi Ayu jika berminat:
013 - 255 0727
rahayu4179@gmail.com

Monday, May 19, 2014

Idea Deko| Ruang Tamu Kecil

Salam semua.
Hari ni masih meneruskan puasa ganti. Ada lagi 5 hari! Sebolehnya nak habiskan minggu ni jugak. Berselera sungguh sahur dengan nasi + telur mata + kicap! Hohooooo... janji makan nasik, kalau tak gastrik melanda.

Hari ni, ayu nak share deko rumah ayu masa kat Blok 12 Flat PKNS Seksyen 7, atau nama penuh kasih sayang yang ayu berikan Istana Kayangan. Mau tak kayangan, tingkat 4 ok! Gigih mendaki tangga. Tapi rumah ni paling ayu suka. Kalau boleh, nak pindah duduk sana semula. Sini kurang best sebab masalah sistem kumbahan manjang tersumbat. Stress!

Ini deko masa Hari Raya puasa 2010. Konsep tak lari dengan kaler Cream + Coklat. Karpet baru lagi, tu semangat lebih beraya :P 

Masa ni TV ada 2. TV kat ruang tamu ni khusus untuk dania tengok CD. Eh! Mama dia pun guna jugak untuk layan CD Korea.
Mungkin semua dah tau, untuk dapatkan ilusi rumah luas dan siling tinggi:
Gantungkan langsir sehingga paras siling. 
Memang seksa nak menukar langsir, tapi kalau dah suka... apa pun sanggup.
Gambar akan dibayangi dengan Dania. Ini jer koleksi yang ada. Nak tunjuk gambar deko rumah, kena sekali pakej dengan tunjuk dania sama. Maklumlah, masa ni anak baru sorang. Masa ni sedang pregnant hariz dalam 4 bulan.. ala, yang i kena operate appendiks beberapa hari nak raya tuuuuuuu.

Wah! Feeling buat video clip lagu raya kan! 

Inilah kerjanya! Bela ikan gapi... macam mana tak mati kalau tangan tu asik nak pegang jer ikannya.
Ini view dari tepi rak TV yang i dah cat putih bila pindah Semenyih.

Deko biasa-biasa jer. Sebab ayu tak suka banyak barang. 

Bunga?? Wajib ado!
  
Dekat pintu, ayu letakkan cermin dan pokok hidup. Tapi dah letak meja dan pokok ni takleh dah bukak pintu besar-besar hehhe. Nasib baik jenis suka berkurung, so takder masalah pasal pintu tu. Bukak bila perlu nak keluar-masuk jer. 

So, kepada yang tinggal kat rumah flat atau rumah yang tak besar ruang tamunya, takder masalah pun nak deko-deko ni. Yang penting, perabot janganlah terlalu besar (macam ayu sofa LShape tu besar jugak. Nyesal beli ecececce). Pastu, janganlah banyak sangat hiasan. Langsir pun kalau boleh yang simple-simple jer. Ayu memang tak minat langsir berdesign sarat. 

Ok... jumpa lagi dengan inspirasi deko seterusnya.

Sunday, May 18, 2014

Special Offer untuk Pembaca Blog ayurashid.com



Dapatkan Sabun Marine Essence Beauty Bar pada harga istimewa.

Harga biasa sekotak: RM110 termasuk postage.
Tapi Ayu nak kasik harga special untuk pembaca sekalian.

Boleh hubungi Ayu untuk maklumat harga istimewa tersebut yang pastinya sangat menjimatkan. 
Hanya untuk tempoh TERHAD sahaja.

Ayu Rashid
013-255 0727

Taman Rahayu Utama :P

Salam semua.
Petang-petang update blog... anak-anak tengah lena nap. Nap masa ni, malam mulalah kena buat kerahan tidur awal. Papanya pulak tengok TV siaran langsung Piala Thomas. Oh! Tatau langsung dah pasal apa-apa sukan. Dulu layanlah jugak masa zaman Rashid Sidek tengah hensem hehe!

Balik dari kedai tengahari tadi, snap gambar pokok-pokok bunga ayu kat beranda rumah. Alahai, berangan Taman Rahayu Utama sangatlah kan... padahal pokok-pokoknya semua macam kat tapak semaian! Apsal takmau membesar ni? 

Kelmarin dah bubuh baja! Gigih ok... gigih!
Baja beli kat kedai RM2 jer pun. Entah menjadi entahkan tidak, nasib ko la pokok! Rasanya kali ni kalau mati, bukan sebab tak cukup zat ke apa apa, tapi mati sebab terlebih baja. Sedap jer main tabur dalam setiap pasu tu. 

Padahal abah nizam dah pesan, letak beberapa bijik jer, kalau rajin korek tanah sikit then masukkan baja dalam tu. Sebab nak elakkan kena direct pada batang pokok.

Tapi, kata 'rajin' kan... kutaburkan ajer.. takper, cobaannnnn pertama membaja pokok bunga. Kalau mati, beli lagi (nizam yang kata... bukan i yang kata hehhe. Padahal dah sah-sah nizam sindir aku kan, sebab dia kata suka cakap ayu menyeksa pokok!) 

Inilah pokok-pokok bunga i yang ada... Cepatlah membesar wahai pokok... Kenapalah kamu sekalian bantut macam tuannya yang tak tinggi-tinggi.


View keseluruhan. Susun pun takder seni!

Asalnya ada yang letak kat luar pagar, tapi sebab sekarang musim hujan petang, terpaksa bawak masuk. Japanese Rose dalam pasu kecik-kecik tu laaa i gigih angkat keluar-masuk sebab nak kasik kena cahaya. Petang, kena angkat bawak masuk semula. Adeh! Sampai bila i nak gigih ni tatau ler. Dah abes musim rajin menanam nanti, i buat koleksi pasu kosong jer la!

Pokok 'kelapa sawit'. Beli yang dah besar hehhee.

Inilah Japanese Rose tersebut, beli Online. Haaa! i dah tak layan dah shoping baju-shawl online ni... i layan beli pokok bunga pulak... haaaa mak-mak sangat!

Bunga butang, syukur dapat mak mertua baik hati dan memahami masalah menantu nak tanam pokok bunga tapi tangannya panas! Asal semai jer mati. Ini mak semaikan, letak dalam pasu... dah besar camni menantu hantu angkut bawak balik :P

Pokok ni jer tahan lasak, letak kat luar pagar. 


Inilah pulak 2 jenis pokok kesukaan Ayu

Akan digantikan dengan pasu yang cantik.

Cepatlah membiak dan berbunga wahai Lily Pink. Cantik bunganya. Nanti nak beli pasu kaler putih khusus untuk pokok ni. Bunga special tempatnya mesti special jugak.

Jumpa lagi. 

Friday, May 16, 2014

Happy Teachers Day!

Assalamualaikum semua.
First of all... macam nak pengsan tengok bunga ni... cantik giler!
Heheheh... Ayu dan bunga tak dapat dipisahkan!
Sebab tu tanam pokok bunga asyik kiokkk jer.


Sumber: Google
Hari ni hari istimewa untuk insan yang bergelar Pendidik.
Eh! Kita semua adalah pendidik kan?
Ayu kat rumah pun kena jadi cikgu tak bertauliah
Mengajar Hariz ABC - 123 - Alif Ba Ta sangat mencabar
Dah la belajar sikit, dah penat katanya. Fuh! Sudahnya mama dia stress.

Kalau dania lagi dahsyat nak mengajornya.
Dia lagi nak tunjuk pandai dari mamanya.
Dah la mama macam rimau lapar kalau mengajar.
Isk... kagum la dengan orang jadik cikgu ni. Sabar betul!
Kalau ayu jadi cikgu, rasanya manjang muka ni jer masuk tv/newspaper.
Sesilap masuk lokap terus :P


Terkenang semula zaman sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan MMU.
Indah sungguh zaman bergelar pelajar. 
Sekarang, dah jadi mak ni... tengok pulak perkembangan anak-anak.
Time flies very fast and furious.

Buat semua yang meraikannya.
Selamat Hari Guru. 
Semoga jasa anda semua kepada saya dan anak khususnya.
Akan menjadi saham pahala untuk di alam sana nanti.

Jumpa lagi. Wassalam.

Wednesday, May 14, 2014

Pengumuman| Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum. 
Ada sedikit info yang ayu nak sampaikan kat sini. 

Berikut adalah Perkhidmatan yang ditawarkan Akademi Bekerja di Rumah yang sesuai untuk anda yang ada bisnes online/offline, yang nak mulakan bisnes tapi tatau nak jual apa, yang ada blog/belum ada blog, yang nak beriklan, yang nak belajar akaun dan yang nak belajar beriklan di Mudah.my. 

1. Pengiklanan di SOHO Directory (click)
Bagi mereka yang mempunyai produk / servis yang mahu diiklankan, saya ingin menawarkan khidmat pengiklanan di SOHO Directory dengan kadar yang berpatutan. Insya Allah, network ABDR yang berkembang luas akan membantu menaikkan carian produk kalian ke dalam semua enjin carian.

2. Upah membina Blog
Saya juga mengambil upah membina blog bagi mereka yang mahukan cara cepat untuk menyiapkan sebuah blog.

3. Kelas-kelas Online
Kelas-kelas online juga berjalan seperti biasa. Daftar sekarang untuk belajar membina sebuah blog & fanpage bagi bisnes online, atau tambah ilmu dengan memasuki kelas beriklan dengan Mudah.my

4. Kelas Offline Akaun
Kelas akaun offline juga akan diadakan pada bulan Jun 2014. Boleh daftar sekarang kerana tempat terhad kepada 50 peserta sahaja. 



Perkhidmatan ABDR sesuai untuk siapa?
Ayu nak maklumkan juga, semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja di Rumah sesuai untuk para peniaga produk, perkhidmatan dan MLM. Tiada masalah untuk menyertai sebab ABDR adalah platform untuk kita menimba ilmu dan mengembangkan jaringan perniagaan khususnya melalui Blog.


Yuran Penyertaan/Perkhidmatan
Ayu juga nak maklumkan awal-awal, setiap pakej yang ditawarkan ada Yuran yang telah ditetapkan. Sebab ramai yang contact, tapi bila diberitahu ada sekian-sekian yuran, mereka ingatkan PERCUMA. 

Nak ilmu, kena berkorban sikit. Dalam bisnes mesti ada modal, tak banyak pun sikit. Nak ilmu pun kena modal jugak. Sebab sepanjang Ayu buat bisnes, ramai yang nak bisnes, nak senang, tapi bila sebut jer modal....ermmmmmmmmmmmmmm, mulalah :o

Yuran untuk setiap Pakej tak besar mana pun. Paling tinggi RM300 jer! Tapi jika korang buat betul-betul, tak sampai sebulan boleh balik modal. Tapi kalau join, taknak buat apa-apa... buat sikit dah mengeluh, putus asa... buatlah apa bisnes pun, memang tak kemana. Sabar sebelum Syabas! Ingat tu anak-anak sekalian. hehhe.


Jika rakan pembaca ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh whatsapp Ayu (013 - 255 0727)
Jumpa lagi... nak sambung tidur dengan Hariz kemas rumah dan masak. Ewah! 

Tuesday, May 13, 2014

DIY Alas Sofa tanpa Perlu Menjahit!

Hari ni, bosan tatau nak buat apa. 
Nizam kerja-kerja dan kerja. Bulan depan makcik kayoooo!
Untuk isi masa lapang yang bosan ni... nak buat apa ek?
Ayu cuba buat DIY alas sofa tanpa perlu menjahit!
Haaaa... kreatif la sangat kan. Kononnnnnnn.



Dilema bila ada anak kecik untuk menjaga kebersihan rumah.
Pasal sofa ni pun satu hal jugak.
Sofa ni jenis kainnya melekat, maksudnya tak boleh bukak untuk cuci.
Sofa ni lah hariz suka sangat makan, lepas tu sapu tangan kat sofa ni.
Tak cukup sapu tangan, mulut pun dia lap jugak!
Mau mama dia tak sawan bila tengok!

Lepas tu, segala benda dia nak selit bawah sofa dan belakang sofa.
Semut kat sini dah la bermaharajalela. 
Duduk atau baring atas sofa asyik kena gigit ngan semut jer!
Haaaa... begitulah kisah sebenarnya di rumah kami.
I is penat tau... sorang jer tukang jaga, tukang sepah 3 orang (termasuklah nizam!)

Macam mana ayu buat?
So ayu ambik sehelai langsir sliding. Kaler memang match dengan warna sofa.
Mana tak match, kebanyakan langsir ayu warna coklat!

Ayu suka langsir ni, kombinasi corak bunga dan jalur. 

Beli kat Nagoya dalam tahun 2010 rasanya. Kain bidang 110'. 

Keadaan sofa LShape tu macam ni kat bahagian sambungan 2 bahagian sofa tu. 

Jadi, ia memang agak susah la nak buat betul-betul kemas.

Dah la hariz suka duduk celah-celah antara sambungan tu.. 
Macam la takder ruang lain nak duduk. Tak paham sungguh! 
Constraints lagi satu, ayu tak boleh balut/alaskan juga tempat duduk, 
Sebab bahagian L tu sukarkan nak buat balutan kain tu.

Kalau buat pun, memang akan bersepah bila duduk.
Tapi, lagi dahsyat hariz suka melompat atas sofa ni!
Sinilah dia melompat, jadi ultraman dan buat sepah! Grrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! 
Caner umah nak lawa ni?

Ayu letak corak jalur untuk bahagian depan. 
Bila dah jemu, alih pulak ke bahagian corak bunga.

Jadi, ayu hanya letak kain ni pada tempat sandar sahaja! 

Ini pun tak tau sampai berapa jam boleh bertahan!
Bukan takat anak suka buat sepah, papa anak pun lebih kurang jer.
Bila dia bersandar duduk main games atau tgk tv... juling mata tengok!

Senang jer nak letak, selit dan kemaskan kain ni. 
Sebab cutting dan keadaan sambungan sofa ni yang flexible. 

Since langsir ni besar, bahagian belakang ayu juntaikan ke belakang jer. 

So kain tu memberat ke belakang, jadi kuranglah bersepah atau kain melurut ke depan.

Bahagian bawah dan tepi pun senang. Ayu selitkan ajer. Memang kemas. 
Tapi macam ayu cakap laaa... ada 3 orang tukang sepah kat rumah ni :(

Dah siap! Actually ayu ada 4 helai sarung bantal kaler cream dan coklat;
Yang memang match dengan sofa dan alas ni, tapi malas nak naik tingkat atas ambik :P

Cukuplah dulu dengan 5 bijik bantal ni. Ini pun selalu berterabur!

Nampak tak bawah bantal tu ada macam 'tompok gelap' macam basah dan kotor tu?

Itu bukan kotor atau basah... tapi reflections kain, 
Sebab material kain sofa ni ala-ala baldu.
Menyesal sangat pilih kain macam ni. Tu yang berangan nak beli sofa baru, 
Sebab sofa ni nampak kusam dan buruk sangat. 
Nasib baik yang buat re-uplhostery sofa ni buat re-upholstery dengan kemas dan cantik.
Ayu yang silap pilih fabrik... huuhuhu.


Ok jugak letak alas macam ni. Boleh bukak dan basuh.
Tapi nak kena extra kerja la pulak nak betulkan bila berkedut atau berselerak kain tu.
Tapi rasanya tak susah pun nak betulkan semula. 
Lagi elok sebab dapat jaga kebersihan sofa.

Korang bolehla cuba. Kalau jenis bukan LShape lagi cantik.
Sebab boleh buat sampai tempat duduk. 

Jumpa lagi. 

Monday, May 12, 2014

Idea Deko| Langsir Bajet Rendah tapi Memukau

Wah! Tajuk tak menahan... dah la puji sendiri punya langsir haha.
Yelah, memukau pada mata ayu.
Kalau tak memukau pada mata orang lain, ada aku kesah, takpelah.
Pada ayu, asalkan langsir sentiasa bertukar dan within budget, ok jer la kan.

Korang ada ke yang nak tukar langsir untuk raya tahun ni? 
Mesti ada kan... ayu pun langsir baru gak raya tahun ni.
Baru laaa sebab tak pernah pasang lagi walaupun jahit tahun lepas!

Ni ayu nak share koleksi langsir ayu yang menggunakan kain yang murah jer.
Upah jahit pun murah sebab ayu punya langsir jahit atas bawah jer.
Takder design bombastic punya. Jahit lurus takder pita putih tu pun.
Sebab kebanyakan langsir ayu jenis sumbat masuk dalam railing kayu jer.

Nak sangat ala-ala english style, tapi berangan jer la nak beli kain Elyza's kan.
So, layan jer la cap Nagoya macam biasa. Kata duta Nagoya!
Kain plain merah menyala satin lagi uols!

Bila tengok kain satin, tak kira la untuk baju ke, langsir ke...cadar ke.
Memang rasa nak tergelak ajer! Sebab teringat kenangan dengan kawan2 UNISEL dulu.
*Sheila, ko baca blog kakyu kan? hahahaha. 
Kuingat lagi cadar satin mu itu...keh keh kehhhhh!
Sekali, aku pulak guna langsir satin. Khelas mak!

Kain bunga-bunga tu pulak kain untuk buat baju!
Ni bukan cotton, tapi jenis yang licin. Cotton kang berkedut pulak.
Dah satu kerja pulak nak iron langsir. Tak kwase mak nak iron langsir!


Maka, satin plain merah menyala + kain bunga-bunga comel di-sherashi-kan bershama.
Maka, inilah hasilnya... simple, murah but very nice!
Oh ya, ini masa Raya tahun 2013. Masih kat rumah sewa di Shah Alam. 
Sofa LShape gemuk pun elok lagi masa ni. 
Ayu suka design rumah ni, senang nak deko-deko dan kecik jer.
Walaupun kecik, sebab pintu masuk tak mengganggu ruang tamu.
Memang boleh sangat nak buat deko ala-ala Deko Bersama Eric.
Cuma bajet jer takder hahaha. Itulah constraints-nya!

Ayu combine-kan langsir tadi dengan Roman Blind.
Kata suka kegelapan maksimum kan? 
Ruang tamu mengadap cahaya petang, so panas la kalau tau pasang langsir tebal.
Sebab tu sofa tu pecah habis kulitnya. Sebab panas!

Wah! Teknik ambik gambor tak menahan tu. Senget tak agak-agak. Anggaplah ini seni!

Karpet masih cantik lagi. Dah pindah semenyih, dah nak lunyai sebab asik kena pijak. Masa kat rumah Shah Alam jarang duduk/lalu area karpet ni, tu elok jer walaupun masa ni dah 3 tahun beli.

Macam mana nak ber-deko sakan kan?
Tengoklah! Meja dah jadi litar F1.


Tak cukup kat meja... sambung pulak kat sofa!
*Masa ni umur hariz dalam setahun lebih. Bulat lagi badannya.

Haaa... dah dapat idea langsir murah dan jimat kos?
Kalau pandai jahit sendiri lagi laaaaaa untung!
Takat jahit lurus atas bawah tu, bukan susah pun.
Ecececceee... konon! Padahal upah jugak. 
I takder mesin jahit jer... cuba kalau ada mesin jahit?
Mau tiap-tiap bulan bertukar langsir. Pastu kene sekeh kepala ngan nizam :P

Nanti i carik lagi gambar2 berkaitan deko dari folder pictures kat labtop.
Takder idea nak update aper....hehehe. Boleh la dari nan adooooo kan.

Jumpa lagi...

P/S: Sabun Marine Essence Beauty Bar is now available. Nak beli boleh contact ayu. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...