Tuesday, May 13, 2014

DIY Alas Sofa tanpa Perlu Menjahit!

Hari ni, bosan tatau nak buat apa. 
Nizam kerja-kerja dan kerja. Bulan depan makcik kayoooo!
Untuk isi masa lapang yang bosan ni... nak buat apa ek?
Ayu cuba buat DIY alas sofa tanpa perlu menjahit!
Haaaa... kreatif la sangat kan. Kononnnnnnn.



Dilema bila ada anak kecik untuk menjaga kebersihan rumah.
Pasal sofa ni pun satu hal jugak.
Sofa ni jenis kainnya melekat, maksudnya tak boleh bukak untuk cuci.
Sofa ni lah hariz suka sangat makan, lepas tu sapu tangan kat sofa ni.
Tak cukup sapu tangan, mulut pun dia lap jugak!
Mau mama dia tak sawan bila tengok!

Lepas tu, segala benda dia nak selit bawah sofa dan belakang sofa.
Semut kat sini dah la bermaharajalela. 
Duduk atau baring atas sofa asyik kena gigit ngan semut jer!
Haaaa... begitulah kisah sebenarnya di rumah kami.
I is penat tau... sorang jer tukang jaga, tukang sepah 3 orang (termasuklah nizam!)

Macam mana ayu buat?
So ayu ambik sehelai langsir sliding. Kaler memang match dengan warna sofa.
Mana tak match, kebanyakan langsir ayu warna coklat!

Ayu suka langsir ni, kombinasi corak bunga dan jalur. 

Beli kat Nagoya dalam tahun 2010 rasanya. Kain bidang 110'. 

Keadaan sofa LShape tu macam ni kat bahagian sambungan 2 bahagian sofa tu. 

Jadi, ia memang agak susah la nak buat betul-betul kemas.

Dah la hariz suka duduk celah-celah antara sambungan tu.. 
Macam la takder ruang lain nak duduk. Tak paham sungguh! 
Constraints lagi satu, ayu tak boleh balut/alaskan juga tempat duduk, 
Sebab bahagian L tu sukarkan nak buat balutan kain tu.

Kalau buat pun, memang akan bersepah bila duduk.
Tapi, lagi dahsyat hariz suka melompat atas sofa ni!
Sinilah dia melompat, jadi ultraman dan buat sepah! Grrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! 
Caner umah nak lawa ni?

Ayu letak corak jalur untuk bahagian depan. 
Bila dah jemu, alih pulak ke bahagian corak bunga.

Jadi, ayu hanya letak kain ni pada tempat sandar sahaja! 

Ini pun tak tau sampai berapa jam boleh bertahan!
Bukan takat anak suka buat sepah, papa anak pun lebih kurang jer.
Bila dia bersandar duduk main games atau tgk tv... juling mata tengok!

Senang jer nak letak, selit dan kemaskan kain ni. 
Sebab cutting dan keadaan sambungan sofa ni yang flexible. 

Since langsir ni besar, bahagian belakang ayu juntaikan ke belakang jer. 

So kain tu memberat ke belakang, jadi kuranglah bersepah atau kain melurut ke depan.

Bahagian bawah dan tepi pun senang. Ayu selitkan ajer. Memang kemas. 
Tapi macam ayu cakap laaa... ada 3 orang tukang sepah kat rumah ni :(

Dah siap! Actually ayu ada 4 helai sarung bantal kaler cream dan coklat;
Yang memang match dengan sofa dan alas ni, tapi malas nak naik tingkat atas ambik :P

Cukuplah dulu dengan 5 bijik bantal ni. Ini pun selalu berterabur!

Nampak tak bawah bantal tu ada macam 'tompok gelap' macam basah dan kotor tu?

Itu bukan kotor atau basah... tapi reflections kain, 
Sebab material kain sofa ni ala-ala baldu.
Menyesal sangat pilih kain macam ni. Tu yang berangan nak beli sofa baru, 
Sebab sofa ni nampak kusam dan buruk sangat. 
Nasib baik yang buat re-uplhostery sofa ni buat re-upholstery dengan kemas dan cantik.
Ayu yang silap pilih fabrik... huuhuhu.


Ok jugak letak alas macam ni. Boleh bukak dan basuh.
Tapi nak kena extra kerja la pulak nak betulkan bila berkedut atau berselerak kain tu.
Tapi rasanya tak susah pun nak betulkan semula. 
Lagi elok sebab dapat jaga kebersihan sofa.

Korang bolehla cuba. Kalau jenis bukan LShape lagi cantik.
Sebab boleh buat sampai tempat duduk. 

Jumpa lagi. 

6 comments:

nor azerin said...

tp k la x yah susah2.........

blog sy : http://mummydaddynsi.blogspot.com/

Fizah said...

satu idea yg cukup menarik dan mudah kak! =)

cik hani said...

Cantek jugak buat mcm tu..strip line cm tu.comel kainnya

shehren shahadan said...

Bgus idea ni
Tgh fkr stok langsir kt umh yg mna sesuai hihi tq ayu sharing idea

Azliza Ija said...

Thank for sharing

Kasih Danial said...

Contact ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...