Friday, May 2, 2014

DIY Gubahan Bunga| Pasu Ikea dan Bunga Kecil


Masih nak bercerita pasal Pasu Putih Ikea. Kemaruk selagi tak dapat apa yang i nak.
Semalam masih belum jumpa lagi kedai bunga di sekitar Semenyih.
Sedeh sangat... sobb sobbbbbbb. Rindu Shah Alam!



Takper, sementara beli bunga atau daun baru Ayu cuba gubah bunga dalam pasu Ikea lagi 3 bijik dengan bunga sediada kat rumah.

Letak sekejap jer, sebab just nak share yang kita boleh pelbagaikan gubahan bunga dengan pasu yang sama. Kalau rasa bosan, boleh tukar bunga. Mudah tapi cantik.

Ini gubahan bunga rose kecik warna kuning. Ada 6 tangkai semuanya. So, ayu letak 3 tangkai untuk setiap pasu.

Dah siap! Cute kan?


Hariz suka sangat main bunga ni. Dia pergi keluarkan bunga dari tangkai sebijik-sebijik.
Pastu kena cakap: "mama nampak ada lizard masuk dalam pasu tu".
Tau takutttt!

Gubahan seterusnya... Ayu cuba pulak dengan bunga Hydrangea Putih dan Pink. Next entry yer.

No comments: