Friday, May 2, 2014

DIY Gubahan Bunga| Pasu Ikea dan Bunga Hydrangea

Hydrangea... my feveret flowers!
Nak tambah koleksi lagi... tapi belum sempat tawaf kedai bunga :(

Ok, ni pulak ayu nak share DIY Gubahan bunga Hydrangea dengan pasu Ikea jugak.
Ayu gunakan bunga warna pink dan putih yang sediada kat rumah.
Amik sekejap dari gubahan asal, lepas snap gambar letak semula hehhe.



Gubahan Pertama.
Lipatkan batang bunga-bunga tu ikut kesesuaian tinggi pasu.
Sumbat both Hydrangea tu dalam pasu. Siap!


Gubahan Kedua
Keluarkan bunga-bunga tadi dari pasu.
Cabut bunga dari tangkainya. 

Sumbat terus masuk bunga tu seketul dalam pasu. Siap!
Senang sangat sebab bunga ni memang dah bulat dan saiz pun memang ngam-ngam dengan pasu ni. 

Kaler pink pun buat macam tu jugak. Senangnya keje gubah bunga camni kan!

Sherashi Bershama bak kata Nurul - Ajai.


Inilah hasilnya bunga bulat-bulat sebulat pasunya dan tuannya.

Jumpa lagi, selamat berhujung minggu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...