Friday, May 16, 2014

Happy Teachers Day!

Assalamualaikum semua.
First of all... macam nak pengsan tengok bunga ni... cantik giler!
Heheheh... Ayu dan bunga tak dapat dipisahkan!
Sebab tu tanam pokok bunga asyik kiokkk jer.


Sumber: Google
Hari ni hari istimewa untuk insan yang bergelar Pendidik.
Eh! Kita semua adalah pendidik kan?
Ayu kat rumah pun kena jadi cikgu tak bertauliah
Mengajar Hariz ABC - 123 - Alif Ba Ta sangat mencabar
Dah la belajar sikit, dah penat katanya. Fuh! Sudahnya mama dia stress.

Kalau dania lagi dahsyat nak mengajornya.
Dia lagi nak tunjuk pandai dari mamanya.
Dah la mama macam rimau lapar kalau mengajar.
Isk... kagum la dengan orang jadik cikgu ni. Sabar betul!
Kalau ayu jadi cikgu, rasanya manjang muka ni jer masuk tv/newspaper.
Sesilap masuk lokap terus :P


Terkenang semula zaman sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan MMU.
Indah sungguh zaman bergelar pelajar. 
Sekarang, dah jadi mak ni... tengok pulak perkembangan anak-anak.
Time flies very fast and furious.

Buat semua yang meraikannya.
Selamat Hari Guru. 
Semoga jasa anda semua kepada saya dan anak khususnya.
Akan menjadi saham pahala untuk di alam sana nanti.

Jumpa lagi. Wassalam.

No comments: