Monday, May 5, 2014

Idea Deko| Gubahan Bunga di atas Meja Pada Hari Raya

Wah! Entry tak menahan. Ganti puasa tak habis lagi 6 hari dah sebuk entry berkaitan raya!
Ambik aura nak puasa sunat dan ganti kan. Kenalah entry bersemangat luarbiasa sikit.
Korang dah habes ganti puasa? Mesti ramai dah habes ganti kan?
Huuuuuhuuuu, i jer la terkedek-kedek mengganti puasa.

Ni ayu nak share gambar deko atas meja masa hari raya 2010 kat umah mak di Besut.
Masa ni ayu pregnant kan hariz 4 bulan. 
Nasib baik dapat balik beraya. Kan i kena operate appendiks beberapa hari nak raya.
Keluar jer dari hospital, terus balik kampung. Punyalah semangat.

Dua hari nak raya, walaupun masih sakit sebab operate dan mengandung.
Tapi kalau dah tugas i dan minat... tetap gigih kemas rumah.


Ini atas meja makan. Bunga tipu jer la kan. Kaler bunga sedondon dengan kaler balang dan kuihnya.
Ni la nak show off sikit... punyalah nak guna pokok bunga hidup kan.
Pepagi raya tu turun ke laman rumah, carik pokok apa yang ada bunga dan boleh buat hiasan.
Sekali, elehhh! Bunga kertas jer ada. Nasib baik i tak amik bunga kelapa :)

Amik bunga kertas, campurkan dengan beberapa helai daun pokok keladi.
Tatau la daun keladi ni beracun ke tidak... heheh nasib baik takder kemalangan jiwa berlaku!

Cantik kan? *puji gubahan bunga sendiri lagi, ko mampu? eric leong pun tak buat camni hahaha.
  
Anaknya bersama bapaknya. Motif i nak ambik gambar bunga tu sebenarnya hahaha.

Tema baju sama dengan alas meja nampaknya. Sesuai!

Nampak? Sabotaj nampaknya! Sakan i menyengih kan... sekali? makan daun!
Tu laaa, nak berdeko sangat kan. hehhhee. 

 Haaa... apa lagi, kalau nak berdeko dengan pokok bunga hidup dengan tak kuarkan bajet. Lihatlah kat laman rumah... ada tak pokok bunga atau pokok berdaun yang boleh dijadikan hiasan.

Kalau letak pokok bunga loceng/alamanda pun cantik. Apa-apa bunga jer lah. Asalkan cantik dan tak membahayakan.

Jumpa lagi. Bye!

3 comments:

cik hani said...

comel jer sengih.. tapi tak nampak muka.. olololo..

kak ayu..
sakan noh siap bunga fresh lagi tu.. raya tahun ni bunga pe pulak yer.. hehe

Rahayu Abdul Rashid said...

Hahaa abg ipar la tu sabotaj. Dengki tau :P

Tahun ni bunga kelapa kot. Hehehe.

Damski Fashion said...

Kak Ayu, rajin gubah bunga pakai bunga hidup lak tu... :) Kalau saya ngan Mak saya, kami guna bunga plastic je... ; ) Tahun ni special sikit ke??... : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...