Monday, May 12, 2014

Idea Deko| Langsir Bajet Rendah tapi Memukau

Wah! Tajuk tak menahan... dah la puji sendiri punya langsir haha.
Yelah, memukau pada mata ayu.
Kalau tak memukau pada mata orang lain, ada aku kesah, takpelah.
Pada ayu, asalkan langsir sentiasa bertukar dan within budget, ok jer la kan.

Korang ada ke yang nak tukar langsir untuk raya tahun ni? 
Mesti ada kan... ayu pun langsir baru gak raya tahun ni.
Baru laaa sebab tak pernah pasang lagi walaupun jahit tahun lepas!

Ni ayu nak share koleksi langsir ayu yang menggunakan kain yang murah jer.
Upah jahit pun murah sebab ayu punya langsir jahit atas bawah jer.
Takder design bombastic punya. Jahit lurus takder pita putih tu pun.
Sebab kebanyakan langsir ayu jenis sumbat masuk dalam railing kayu jer.

Nak sangat ala-ala english style, tapi berangan jer la nak beli kain Elyza's kan.
So, layan jer la cap Nagoya macam biasa. Kata duta Nagoya!
Kain plain merah menyala satin lagi uols!

Bila tengok kain satin, tak kira la untuk baju ke, langsir ke...cadar ke.
Memang rasa nak tergelak ajer! Sebab teringat kenangan dengan kawan2 UNISEL dulu.
*Sheila, ko baca blog kakyu kan? hahahaha. 
Kuingat lagi cadar satin mu itu...keh keh kehhhhh!
Sekali, aku pulak guna langsir satin. Khelas mak!

Kain bunga-bunga tu pulak kain untuk buat baju!
Ni bukan cotton, tapi jenis yang licin. Cotton kang berkedut pulak.
Dah satu kerja pulak nak iron langsir. Tak kwase mak nak iron langsir!


Maka, satin plain merah menyala + kain bunga-bunga comel di-sherashi-kan bershama.
Maka, inilah hasilnya... simple, murah but very nice!
Oh ya, ini masa Raya tahun 2013. Masih kat rumah sewa di Shah Alam. 
Sofa LShape gemuk pun elok lagi masa ni. 
Ayu suka design rumah ni, senang nak deko-deko dan kecik jer.
Walaupun kecik, sebab pintu masuk tak mengganggu ruang tamu.
Memang boleh sangat nak buat deko ala-ala Deko Bersama Eric.
Cuma bajet jer takder hahaha. Itulah constraints-nya!

Ayu combine-kan langsir tadi dengan Roman Blind.
Kata suka kegelapan maksimum kan? 
Ruang tamu mengadap cahaya petang, so panas la kalau tau pasang langsir tebal.
Sebab tu sofa tu pecah habis kulitnya. Sebab panas!

Wah! Teknik ambik gambor tak menahan tu. Senget tak agak-agak. Anggaplah ini seni!

Karpet masih cantik lagi. Dah pindah semenyih, dah nak lunyai sebab asik kena pijak. Masa kat rumah Shah Alam jarang duduk/lalu area karpet ni, tu elok jer walaupun masa ni dah 3 tahun beli.

Macam mana nak ber-deko sakan kan?
Tengoklah! Meja dah jadi litar F1.


Tak cukup kat meja... sambung pulak kat sofa!
*Masa ni umur hariz dalam setahun lebih. Bulat lagi badannya.

Haaa... dah dapat idea langsir murah dan jimat kos?
Kalau pandai jahit sendiri lagi laaaaaa untung!
Takat jahit lurus atas bawah tu, bukan susah pun.
Ecececceee... konon! Padahal upah jugak. 
I takder mesin jahit jer... cuba kalau ada mesin jahit?
Mau tiap-tiap bulan bertukar langsir. Pastu kene sekeh kepala ngan nizam :P

Nanti i carik lagi gambar2 berkaitan deko dari folder pictures kat labtop.
Takder idea nak update aper....hehehe. Boleh la dari nan adooooo kan.

Jumpa lagi...

P/S: Sabun Marine Essence Beauty Bar is now available. Nak beli boleh contact ayu. Bye!

3 comments:

Rizziela said...

rasa mcm nak tukar langsir tp tak tau la ada budget ke tak ni :D

Aty_Fared said...

saya nak tukar langsir raya tahun ni..tapi malas ya hampuuunnn.....malas nak jahit..huhu

Anonymous said...

sliding 3 pntu pkai bpe mter kain?