Monday, May 19, 2014

Dekorasi Hari Raya Ruang Tamu

Salam semua.
Hari ni masih meneruskan puasa ganti. Ada lagi 5 hari! Sebolehnya nak habiskan minggu ni jugak. Berselera sungguh sahur dengan nasi + telur mata + kicap! Hohooooo... janji makan nasik, kalau tak gastrik melanda.

Hari ni, ayu nak share deko rumah ayu masa kat Blok 12 Flat PKNS Seksyen 7, atau nama penuh kasih sayang yang ayu berikan Istana Kayangan. Mau tak kayangan, tingkat 4 ok! Gigih mendaki tangga. Tapi rumah ni paling ayu suka. Kalau boleh, nak pindah duduk sana semula. Sini kurang best sebab masalah sistem kumbahan manjang tersumbat. Stress!

Ini deko masa Hari Raya puasa 2010. Konsep tak lari dengan kaler Cream + Coklat. Karpet baru lagi, tu semangat lebih beraya :P 

Masa ni TV ada 2. TV kat ruang tamu ni khusus untuk dania tengok CD. Eh! Mama dia pun guna jugak untuk layan CD Korea.
Mungkin semua dah tau, untuk dapatkan ilusi rumah luas dan siling tinggi:
Gantungkan langsir sehingga paras siling. 
Memang seksa nak menukar langsir, tapi kalau dah suka... apa pun sanggup.
Gambar akan dibayangi dengan Dania. Ini jer koleksi yang ada. Nak tunjuk gambar deko rumah, kena sekali pakej dengan tunjuk dania sama. Maklumlah, masa ni anak baru sorang. Masa ni sedang pregnant hariz dalam 4 bulan.. ala, yang i kena operate appendiks beberapa hari nak raya tuuuuuuu.

Wah! Feeling buat video clip lagu raya kan! 

Inilah kerjanya! Bela ikan gapi... macam mana tak mati kalau tangan tu asik nak pegang jer ikannya.
Ini view dari tepi rak TV yang i dah cat putih bila pindah Semenyih.

Deko biasa-biasa jer. Sebab ayu tak suka banyak barang. 

Bunga?? Wajib ado!
  
Dekat pintu, ayu letakkan cermin dan pokok hidup. Tapi dah letak meja dan pokok ni takleh dah bukak pintu besar-besar hehhe. Nasib baik jenis suka berkurung, so takder masalah pasal pintu tu. Bukak bila perlu nak keluar-masuk jer. 

So, kepada yang tinggal kat rumah flat atau rumah yang tak besar ruang tamunya, takder masalah pun nak deko-deko ni. Yang penting, perabot janganlah terlalu besar (macam ayu sofa LShape tu besar jugak. Nyesal beli ecececce). Pastu, janganlah banyak sangat hiasan. Langsir pun kalau boleh yang simple-simple jer. Ayu memang tak minat langsir berdesign sarat. 

Ok... jumpa lagi dengan inspirasi deko seterusnya.

7 comments:

Fizah said...

comel muka si kecik tu...mcm korea mata sepet :)

-eh itu pulak yg dikomennya...-

;p

aIEn said...

Salam singgah & Salam perkenalan =)

umaiazmi said...

Salam perkenalan..jom singgah blok saya ye..
www.umainiahazmi.blogspot.com

Ayu Rashid said...

Terkenan anak cina mana ntah hehehe

Ayu Rashid said...

Terima kasih aIEn.

Salam perkenalan kembali

Ayu Rashid said...

salam perkenalan.

Ayu Rashid said...

salam perkenalan.