Wednesday, May 14, 2014

Pengumuman| Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum. 
Ada sedikit info yang ayu nak sampaikan kat sini. 

Berikut adalah Perkhidmatan yang ditawarkan Akademi Bekerja di Rumah yang sesuai untuk anda yang ada bisnes online/offline, yang nak mulakan bisnes tapi tatau nak jual apa, yang ada blog/belum ada blog, yang nak beriklan, yang nak belajar akaun dan yang nak belajar beriklan di Mudah.my. 

1. Pengiklanan di SOHO Directory (click)
Bagi mereka yang mempunyai produk / servis yang mahu diiklankan, saya ingin menawarkan khidmat pengiklanan di SOHO Directory dengan kadar yang berpatutan. Insya Allah, network ABDR yang berkembang luas akan membantu menaikkan carian produk kalian ke dalam semua enjin carian.

2. Upah membina Blog
Saya juga mengambil upah membina blog bagi mereka yang mahukan cara cepat untuk menyiapkan sebuah blog.

3. Kelas-kelas Online
Kelas-kelas online juga berjalan seperti biasa. Daftar sekarang untuk belajar membina sebuah blog & fanpage bagi bisnes online, atau tambah ilmu dengan memasuki kelas beriklan dengan Mudah.my

4. Kelas Offline Akaun
Kelas akaun offline juga akan diadakan pada bulan Jun 2014. Boleh daftar sekarang kerana tempat terhad kepada 50 peserta sahaja. 



Perkhidmatan ABDR sesuai untuk siapa?
Ayu nak maklumkan juga, semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja di Rumah sesuai untuk para peniaga produk, perkhidmatan dan MLM. Tiada masalah untuk menyertai sebab ABDR adalah platform untuk kita menimba ilmu dan mengembangkan jaringan perniagaan khususnya melalui Blog.


Yuran Penyertaan/Perkhidmatan
Ayu juga nak maklumkan awal-awal, setiap pakej yang ditawarkan ada Yuran yang telah ditetapkan. Sebab ramai yang contact, tapi bila diberitahu ada sekian-sekian yuran, mereka ingatkan PERCUMA. 

Nak ilmu, kena berkorban sikit. Dalam bisnes mesti ada modal, tak banyak pun sikit. Nak ilmu pun kena modal jugak. Sebab sepanjang Ayu buat bisnes, ramai yang nak bisnes, nak senang, tapi bila sebut jer modal....ermmmmmmmmmmmmmm, mulalah :o

Yuran untuk setiap Pakej tak besar mana pun. Paling tinggi RM300 jer! Tapi jika korang buat betul-betul, tak sampai sebulan boleh balik modal. Tapi kalau join, taknak buat apa-apa... buat sikit dah mengeluh, putus asa... buatlah apa bisnes pun, memang tak kemana. Sabar sebelum Syabas! Ingat tu anak-anak sekalian. hehhe.


Jika rakan pembaca ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh whatsapp Ayu (013 - 255 0727)
Jumpa lagi... nak sambung tidur dengan Hariz kemas rumah dan masak. Ewah! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...