Monday, May 26, 2014

SOHO Bukan Sekadar SOHO... Ia adalah 'Iron Board' Juga!

Assalamualaikum.

Eh! Mesti ramai kecewa Malaysia tak berjaya raih Piala Thomas malam tadi kan?
TAPI... rasanya lagi ramai kecewa sebab tak menang, pastu... tak jadi cuti umum.
Hehehhee... kan kannnnn? Ngaku jer la kan :P

Korang iron baju... mesti kat tempat proper kan?
Mesti siap ada bilik khas untuk Laundry atau at least iron board.

Dulu masa kerja dan dok Shah Alam, memang ada iron board.
Tapi, bila dah tak kerja... iron board siap simpan!
Rasa macam, semak jer sebab iron board tu jenis besar sket.
Pindah Semenyih, tinggal terus kat rumah lama.
Untung saper duduk situ... dapat iron board free cantik lagi.

Bila dok Semenyih... inilah iron board-ku!

Meja kerja aka SOHO!
Serbaguna uols! Memang tak rugi beli... hehehhe.
Actually, bila dah tak kerja, apa sangatlah i nak iron kan.
Takat iron baju sekolah dania... atau sekali sekala pakaian ayu dan nizam bila nak keluar berjalan.
Itu pun manjang pakai baju dan tudung takyah iron. 
Aman damai rasanya hidup bila nak keluar takyah nak iron baju.

Baju sekolah dania pun gosok 2x seminggu jer. 
Rabu & Khamis sekolah kebangsaan dia pakai pakaian sukan sebab PJ.
Baju sekolah pun banyak pasang beli... tu yang iron 2x seminggu jer.

Lapik kain batik jer... takpun selimut hehehe.
Jangan lama-lama rosak meja ni sudah ler.

Ini nak kata praktikal ke pemalas? Semua nak lambat kat ruang tamu kan?
Dah siap iron tu... letak jer kat belakang TV ni. hehehe.
Jangan terpedaya bila tengok gambar rumah i kemas... padahal ada kisah disembunyikan :P

Bila letak hujung camtu, kalau tengok dari depan tak nampak iron tu. Sebab terlindung dengan TV hehe!

Ini pun ada sesuatu yang bersepah disembunyikan!

Plug yang bersepah-sepah!
Sinilah plug tv, astro decoder, labtop, iron dan tablet. Berselirat wyre!
Tak kesah la... asalkan senang nak buat kerja atau nak guna. 

Kat SOHO ni jugaklah dania buat homework dan main tulis-tulis-conteng-conteng.
Lepas dia guna... memang berterabur dengan bekas pemadam halus-halus.
Sebab tu meja ni kena letak alas, walaupun dah jadi tak cantik.
Demi mengelakkan kekotoran kan... 

Lagipun, ayu suka buat kerja sambil makan biskut dan minum kopi hehhe.
Anak-anak takleh makan/minum kat SOHO ni. 
Mama takper... sebab mama berkuasa! Hahhaha. Kejam bunyiknya!

OK... jumpa lagi!

2 comments:

Rizziela said...

saya pun nak kena buat SOHO sendiri gak lepas ni..senang kan :D

cik hani said...

takpe..mulitipurpose ruang SOHO ni kak ayu