Sunday, May 18, 2014

Taman Rahayu Utama :P

Salam semua.
Petang-petang update blog... anak-anak tengah lena nap. Nap masa ni, malam mulalah kena buat kerahan tidur awal. Papanya pulak tengok TV siaran langsung Piala Thomas. Oh! Tatau langsung dah pasal apa-apa sukan. Dulu layanlah jugak masa zaman Rashid Sidek tengah hensem hehe!

Balik dari kedai tengahari tadi, snap gambar pokok-pokok bunga ayu kat beranda rumah. Alahai, berangan Taman Rahayu Utama sangatlah kan... padahal pokok-pokoknya semua macam kat tapak semaian! Apsal takmau membesar ni? 

Kelmarin dah bubuh baja! Gigih ok... gigih!
Baja beli kat kedai RM2 jer pun. Entah menjadi entahkan tidak, nasib ko la pokok! Rasanya kali ni kalau mati, bukan sebab tak cukup zat ke apa apa, tapi mati sebab terlebih baja. Sedap jer main tabur dalam setiap pasu tu. 

Padahal abah nizam dah pesan, letak beberapa bijik jer, kalau rajin korek tanah sikit then masukkan baja dalam tu. Sebab nak elakkan kena direct pada batang pokok.

Tapi, kata 'rajin' kan... kutaburkan ajer.. takper, cobaannnnn pertama membaja pokok bunga. Kalau mati, beli lagi (nizam yang kata... bukan i yang kata hehhe. Padahal dah sah-sah nizam sindir aku kan, sebab dia kata suka cakap ayu menyeksa pokok!) 

Inilah pokok-pokok bunga i yang ada... Cepatlah membesar wahai pokok... Kenapalah kamu sekalian bantut macam tuannya yang tak tinggi-tinggi.


View keseluruhan. Susun pun takder seni!

Asalnya ada yang letak kat luar pagar, tapi sebab sekarang musim hujan petang, terpaksa bawak masuk. Japanese Rose dalam pasu kecik-kecik tu laaa i gigih angkat keluar-masuk sebab nak kasik kena cahaya. Petang, kena angkat bawak masuk semula. Adeh! Sampai bila i nak gigih ni tatau ler. Dah abes musim rajin menanam nanti, i buat koleksi pasu kosong jer la!

Pokok 'kelapa sawit'. Beli yang dah besar hehhee.

Inilah Japanese Rose tersebut, beli Online. Haaa! i dah tak layan dah shoping baju-shawl online ni... i layan beli pokok bunga pulak... haaaa mak-mak sangat!

Bunga butang, syukur dapat mak mertua baik hati dan memahami masalah menantu nak tanam pokok bunga tapi tangannya panas! Asal semai jer mati. Ini mak semaikan, letak dalam pasu... dah besar camni menantu hantu angkut bawak balik :P

Pokok ni jer tahan lasak, letak kat luar pagar. 


Inilah pulak 2 jenis pokok kesukaan Ayu

Akan digantikan dengan pasu yang cantik.

Cepatlah membiak dan berbunga wahai Lily Pink. Cantik bunganya. Nanti nak beli pasu kaler putih khusus untuk pokok ni. Bunga special tempatnya mesti special jugak.

Jumpa lagi. 

2 comments:

Rizziela said...

rajinnyer layan pokok...sejuk aja mata memandang

Damski Fashion said...

Salam berkenalan , saya confident mesti Ayu takde kucing kan, pasal kalau ada kucing, habisla tunggang terbalik, silap2 diorg buat kerja kt potted plants too.. ; ) Malangnya saya ni pemilik kucing jadi berkecai la impian saya untuk menanam pokok.. saya sgt kagum dgn Ayu punya dedication tanam mcm2 pokok ada... Rumah saya bunga yg ada pun semua plastik.. Cuma tertanya2 pokok kelapa sawit tu nanti dah besar nak pindahkan ke mana... ; )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...