Sunday, June 22, 2014

Dekorasi Bunga Ringkas di Tangga

Salam semua.

Ayu nak share sikit dekorasi kat tangga rumah.
Dekorasi la sangat... padahal ini jer pun!

Ayu asingkan bunga Hydrangea putih dan pink. Kan biasa ayu combine dalam satu gubahan.
Dah bosan... letak sini pulak yang kaler putih jer.
Pastu, letak pulak bunga rose yang dalam pasu kaca kat tangga bawah sikit.

Sekali tengok... matching pulak dengan kaler langsir sedih ni.
Iyer, masih kekal dengan langsir macam ni. Harap raya nanti dapat la selesai masalah langsir ni.


Tangga comot. Dah takleh buat apa.
Kalau rumah sendiri, dah upah orang datang kilatkan semula dah.
Sayang kan.. tak jaga rumah sendiri elok-elok. Kalaulah ni rumah sendiri... tatau la camner i jaga.
Ni beria sangat pun buat aper... umah sewa hehehe.
*Tape nizam lekatkan masa mengecat pun tak tanggalkan lagi. Duduk la kat situ. Malas nak tanggalkan.



Tu jer nak citer... selamat berhari minggu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...