Saturday, June 21, 2014

I Wish...

Salam semua.
Panasnya cuaca sekarang ni. Bila panas, manjang ber-aircond.
Tak cukup aircond, kipas pun semua pasang.
Sampai hariz pun cakap... sejuk la mama.
Yelah, dia takder lemak macam mamanya... memang la sejuk.
Mama ni haaa... lemak berbelas lapis. Dah la tahap lemak degil!

Bila cuaca panas... badan pun lesu jer.
Sampai nak update blog pun takder idea (dibaca: MALAS)

Lately ni, badan penat sangat.
Nak buat kerja rumah pun malas. Slow ajer.
Mana nak kemas ruang tamu, dapur, anjung dan bilik2 kat atas.
Dah la balik sedih tengok pokok-pokok bunga ada yang mati.
Yang layu tunggu masa nak ajal pun banyak.

Dalam keadaan macam ni.
Betapa berharap dapat pegi spa!
Buat facial, massage dan mandi bunga (amboi ingat nak kawen ke!).

Tapi macam mana nak pegi.
Kalau hariz takleh berenggang!
Dan papanya... rajin ke nak jaga anak wp utk 3 jam!
Hai! Nasib badan laaaa... camner nak cun macam Maya Karin ni?
Ok... sental muka sendiri... urut badan sendiri... mandi bunga sendiri!

Ok... ni gambar spa yang paling best i penah nampak kat Semenyih.
Ni gambar ayu snap masa nak raya tahun lepas.
Haaaa... masa ni pegi buat facial.
Cantik jugak spa ni. tapi takder la cantik macam Spa Cendana Shah Alam.
Boleh la... dah namaya kat Semenyih. 

 Mentari Hair Beauty & Spa


 Cantik kan deko Spa ni... 
Kalau kat rumah, bunga tu boleh jadi sarang nyamuk dan lipas kot hahaha



Ok... nak pegi pasar malam.
Harap-harap ada laaaa orang jual nasi kerabu.
Susahnya nak dapat makanan sedap-sedap kat sini.
Rindunya kat Shah Alam kalau bab makan dan shopping.

No comments: