Tuesday, June 17, 2014

Kembali ke Pangkal Jalan!

As Salam semua.
Wah! Lama tak bersiaran... balik kampung memang malas nak update blog.
Nak gunakan HP untuk tengok FB dan IG pun alahai berchenta!
Line slow macam siput sedut. Kalau IG, dapat baca captions ajer.

Tapi, syukur alhamdulillah.
Sales bisnes tetap ada. Slow pun slow laaa. Asalkan sales masyuk!
Yang pasti, kulit dania dah malap semula.
Baru nak cerah sikit... balik kampung lagi. Dah malap semula.

Tapi sejak arwah Pok Me-nya takder.
Kuranglah dania mandi laut. Kalau dulu, Pok Me la rajin melayan anak-anak sedara.
Memang terasa sangat kehilangan tu :(
Dah 6 bulan berlalu, rasa macam arwah masih ada.
Kerap juga termimpi kan Arwah. Terubat rasa rindu  walau 'jumpa' dalam mimpi.
Selalunya tanpa suara... hanya nampak arwah jer.
Wallahua'lam. Hanya DIA yang tahu kan.
Apa pun, semoga semua dosa arwah diampunkan dan dapat rahmat dariNya.


Ok... kembali ke pangkal jalan. Dania dah start sekolah semalam.
Hari ni nak kena spring cleaning rumah.
Nak sambut Ramadhan dah. Ramadhan nanti malas nak mengemas rumah.

Kena fokus kemas almari kat dapur.
Jangan tatau, pindah dah nak masuk setahun.
Tapi almari dapur punya drawer masih tak bebetul kemas.
Main sumbat jer hehhee. Malasnya lahai nak berkemas kat dapur.

Ok... takder idea dah. Blogging mood ke lauttttt.
Jumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...