Tuesday, June 24, 2014

Resepi Solok Lada Original Terengganu

Amboi... tajuk resepi tak menahan tu!
Bila masa ntah i tau tu resepi ori ke tidak.
Buat solok lada pun setahun 2x ada hati nak buat review!


Yang pasti, jenis lada yang digunakan tu penting.
Ia untuk mengekalkan rasa sebenar solok lada.
Rasa lada dan pedasnya tu berbeza.


Inilah rupa paras lada solok yang selalunya digunakan di negeri Terengganu dan Kelantan.
Memang nama khasnya Lada Solok.
Ada jenis pendek ketot dan ada jenis panjang runcing macam ni:




Kalau takat lada macam ni... merah ke, hijau ke.
Maaf cakap la yer, tak sedap (pada tekak i laaa).



Kalau beli solok lada yang dah siap tu.
Jaranggggg jumpa yang benar-benar sedap.
Yelah, faham la kalau guna lada bukan lada solok sebab susah nak dapat.

Inti tu tu... alahai!
Kelapa tua dah rasa macam hampas pun ado.
Ikan dan bawang pun tak terasa.
Solok lada yang sedap... intinya mesti betul-betul hancur.
Ini kelapa berselirat lagi. Macam tak tumbuk/blender langsung pun ada.
Tu yang rasa macam makan hampas kelapa hehe.
Amboi... complaint! Dah nak sedap... buat sendiri la kan!
Malas!


Eh! Kata nak kongsi resepi kan. Bukan main introductions!
Begini caranya... mudah dan modal pun kecik jer nak membuatnya.
Kalau agak-agak dalam family tu ada 6 orang, silalah buat.
Kalau beli dah siap, lagi bulan puasa nanti... rasanya mahu sebijik RM1++ kot!


Bahan-bahan:
*Anggaran hidangan untuk 3 bijik jer tau!
(dah aku masak 3 jer, resepi untuk 3 bijik dah la hahah. Keji sungguh! Ala, korang buat la anggaran yer, gunakan konsep gandaan bahan atau agak-agak ler sendiri)

Bahan Lada:
- 3 biji lada solok
* Basuh
* Belah tengah sebagai lubang nak sumbat inti (jangan sampai putus pulak)

Bahan Inti:
- 2 ekor ikan sardin (selayang)
- secawan kelapa muda
- 2 ulas bawang merah
- 1/2 inci halia
- cili padi (kalau nak inti pedas atau jika lada solok tak pedas)
- optional: boleh letak sikit blackpapper kalau nak lagi terangkat
- sedikit garam dan gula

CARA:
- Rebus ikan sardin sekejap. Buang tulang.
- Tumbuk semua bahan-bahan sampai lumat.

Haaa... nampak tak? Betapa gigihnya iols menumbuk! Sampai patah batu lesung tu kan.
Tipu jer, batu lesung tu patah masa baru pindah rumah. Takper. selagi boleh guna kita guna.

Ini belum cukup lumat yer. Tumbuk lagi.. lagi... dan lagi. 

Lepas tu,
Sumbat inti yang ditumbuk ke dalam lada yang dah dibelah tadi.

Untuk Memasak:
- Masukkan sedikit santan kelapa muda ke dalam periuk.
- Masukkan lada ke dalam periuk, juga sedikit gula dan garam (jgn banyak sbb dalam inti dah ada).
*Kalau nak lagi sedap:
Sebelum letak lada solok, letakkan pucuk ubi. Rasanya lebih sedap dan pucuk ubi tu boleh kita makan sebagai ulam. Wallllaaaaaa. sedap korang!

Masak dengan api perlahan dan tutup periuk dengan tudung periuk (takkan tudung saji kot haha).
Kena jaga api yer, kang hangus pulak!

Anggaran nak letak santan tu, tak perlu sampai tenggelam lada.
Kang jenuh korang tunggu santan tu kering, pastu confirm inti terkeluar habis!
Letak sikit jer, lada korang akan masak dengan sempurna sebab wap takleh keluar sebab kita tutup periuk tu.




Begini hasilnya.
Seperti biasa... hasil masakan Ayu Rashid ni memang ke lautttttt rupa parasnya.
Tapi rasanya... alhamdulilah. Sedap!
Puji masakan sendiri hahahahahahha.

Ini pun nyaris hancur dan nak hangus. Ye lah, sambil masak sambil layan anak facebook.
Itu jer resepinya.
Sorry kalau sorang pening nak carik 'point' ke mana... merapu ke mana.
Sebab i tak reti nak berblog tentang resepi.
Mana terlintas kat fikiran... itu i akan taip!


Ayu belajar buat solok lada ni dari mak ayu.
Mak ayu buat kerja cermat. Kalau dia tumbuk lagi halus.
Stress menumbuk tau, sebab sekali masak tu banyak!
Selalu lepas ayu kata dah siap tumbuk... mak ayu akan tumbuk semula sebelum sumbat inti!
Nampak sangat aku buat kerja tak capai piawaian dia kan.

Ni kat rumah sendiri.... sapppp sappppp suiiiiiiiiiiiiii. siap!
Asalkan ada rasa dan rupa.... boleh laaaaa.
Ada lagi 3 bijik tak buat, nanti nizam balik buat untuk dia pulak.
Dia pun suka makan.

Oh yer, hari ni bukan ajer buat solok lada tau.
Tapi siap pakej NASI KERABU uols (Hah! CAPSLOCK terus!)
Teringin nak makan sangat-sangat. Susah sangat nak jumpa nasik kerabu kat sini.

Rindu Shah Alam... (tetiber!)

Ok... selamat mencuba!



7 comments:

mrsnan said...

Allah terbelek gmbr solok lada plak...terleleh dah eh air liur..dah la bulan puasa ni..karang kena pi cari kat bazar nih..

Rahayu Abdul Rashid said...

Hahaha. Kan... feveret ni kalau bulan poso. Menambah selera. Pedas berlemak gitew

abuya said...

nasi kerabu dgn solok lada.. pergghhhh mengancam ... marvellous

foodlovers said...

apsal aku wat inti nye berderai beb...huhu

Anonymous said...

apsal aku wat inti nye bederai beb...huhuhu

Ayu Rashid said...

Foodlovers:

Maybe sebab kelapa agak tua, so dia kurang lembab dan tak lembut berbanding kelapa muda. kan biasa kita makan yang beli kat kedai isi solok tu tak sedap sebab keras dan kasar2 tekstur dia.

boleh jugak ikan takyah rebus, just rendam dengan air panas dalam 5 minit. tak masak sangat pun takper ikan tu.. sebab kan kita akan masak semula nanti.

takpun kalu keras sangat inti tu...masukkan beberapa sudu santan pekat..itu lagi sedap!

Kalau tak jadi jugak..sila wasap i ok. hahaha

Nor Lailee Ahmad said...

TQ AYU 😊