Monday, June 23, 2014

Susun Atur| Bila Permainan Anak Berlambak-lambak!

Nak katakan kitorang ni manjakan anak, tak jugak kot.
Dari zaman dania kecik dulu lagi... asal keluar jarang tak beli mainan.
Ni dah berjangkit kat hariz!
Dua-dua suka Ultraman. Tapi bukan ajer Ultraman di beli.
Ikut suka dia la masa tu nak 'tarik' apa.

Kalau dengan papanya... boleh la
Dengan mama... takdernya nak layan!
Baik beli makanan... kenyang!



Bila dah banyak... tatau mana nak simpan.
Ini stok yang Hariz sentiasa main hari-hari.

Paling banyak ialah Ultraman.
Hariz ngan Dania sama... dah hafal semua nama Ultraman.

Pastu boleh dia soal mama dia.
"Mama, ni otromen apa?"
Dah mama tengok otromen sepesen jer.
Hentam jer la jawab ikut sedap tekak nak sebut apa.
Pastu kalau salah (dan selalunya salah!), Hariz akan cakap:
"Bukan la mama... ni otoromen xxxxxxx. apelah mama ni, tu pun tatawu"



Tak cukup dalam bakul dan bekas bertutup tu.
Sumbat lagi dalam toyogo ni.
Penuh!

Itu belum kira yang dalam bilik kat atas.
Penuh lagi 1 plastik sampah hitam.
Sejak pindah tak keluarkan pun lagi!
Yang dah buang memang banyak sangat dah.
Malas nk simpan, buat semak jer.


Semua ni ayu letak kat dapur jer.
Twpi washing machine.
Dah jadi semak kat dapur. Tak suka!

Nantilah, minggu depan kalau pegi Tesco.
Nak beli rak buku berpintu beberapa bijik.
Sumbat dalam tu.

Tengok kat FB ramai guna storage box Daiso.
Macam menarik. Tapi bila laaa nak pergi. 

Tak kesah la letak dalam apa pun.
Asalkan tak serabut kat mata ni nengok.
Dan mudah untuk hariz ambil dan simpan semula.

Dia tak berani nak sepah lama-lama.
Nanti mama dia ugut!
"Lepas main kemas... kalau tak kemas mama buang dalam dustbin".

Terus dia patuh!
Hehehhe... sayang mainan punya pasal!




2 comments:

cik hani said...

senang kalau jenis anak yang takut mak dia buang mainan dia,sesetengah budak buat derk jer kalau mak dia ugut. bila dah buang, baru melalak.

Kak Ayu, pasni hafal nama ottomen. hihihik..

Nanti up entry pasal susunatur mainan kalau dah pegi daisp yer..

Rahayu Abdul Rashid said...

Byk nak hafal tu hani hahahaaa.
Ntah bila la akan ke Daiso tu. Rasanya smpi ke sudah mainan bersepah mcm ni :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...