Posts

Showing posts from July, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Image
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada; Ayu Rashid & Keluarga

Balik Kampung

Image
Assalamualaikum. Entry update laju-laju lepas hampir setengah hari berkemas rumah. Dari ruang tamu, dapur, tingkat atas, bilik air dan last sekali beranda. Nak sangat rumah ada beranda kan.... kan dah bertambah tugasan!
Lepas sahur dan solat subuh tadi, macam biasa dah tak tidur. Nizam keluar kerja... pastu dania gi sekolah. Hariz masih tidur. Terus buat kerja mengemas dengan sedaya upaya taknak keluarkan sebarang bunyi!
Hariz telinga lintah!
Kalau dia terjaga, memang mamanya kena baring sama. Kalau dah baring tu... pepaham jer la!
Kalau tak membuta sampai pukul 10am memang tak sah!
Lepas tu bangun sakit kepala sampai ke petang selalunya. *Sebab tu dalam Islam tak digalakkan tidur lepas subuh kan. Tapi tu laaa... selalu terbabas huhu... ikutkan sangat nafsu dan mata.

Setelah berhempas pulas... menjelang azan Zuhur. Siap semuanya!
Tinggal nak tunggu nizam balik kerja sumbat dalam kete. Kali ni memang kena minimumkan barang. Sebab anak sedara tumpang. Kalau tak, lagi sedap sumbat baran…

Raya yang Suram?

Image
Assalamualaikum. Lama tak bersiaran... bulan puasa ni, banyak fokus pada hal yang lebih penting. Maklumlah... setahun cuma sebulan jer peluang nak raih ganjaran berganda-ganda.
Sebelum berceloteh panjang... kita layan dulu 'sketsa' lawak tak hagak-hagak ni. Ni sharing daripada rakan di FB, baru tengok malam tadi.



Sembang pasal persiapan raya pulak. Tahun ni raya paling sempoi sejak kami kawen. Hati ni masih sedih dan terkesan dengan pemergian arwah abang. Time flies very fast! Dah 7 bulan arwah pergi. Tapi, semuanya masih jelas depan mata. rasa baru jer lalui saat sedih tu.
Bila berkemas rumah nak raya kat umah mak nanti. Makin la terasa. Kat rumah mak tu, banyak hasil 'air tangan' arwah. Sebab arwah pandai bertukang rumah. Dan dia sangat ringan tulang.
Kalau ayu nak gantung langsir, dia la tukang gantung. Maklumlah... i is kemetot. Panjat kerusi makan pun still tak sampai! Suruh orang lain boleh, tapi lagi selesa dengan arwah. Mintak tolong jer apa pun, takder hok hek…

DIY Gubahan Bunga| Gubahan Sederhana Besar

Image
Assalamualaikum.
Ayu ni cepat bosan dengan satu-satu gubahan bunga. Kejap gubah macam tu, kejap tukar macam ni. Walaupun bunga dan pasu sama, tapi masih mampu nampak kelainan. Bukankah jimat disitu hehe.
Jimatlah sangat, dah 2 minggu merengek ajak nizam gi Romantika. Nanti... nanti... nanti katanya!
Dalam kepala otak ni, dah target nak beli apa. Nak kurangkan bunga dalam rumah ni, nak banyakkan 'daun' pulak. Bunga-bunga sediada yang mana dah puas tengok tu... Nak bawak balik Besut raya nanti. Letak umah mak jer. Semua masih elok lagi ni, sebab rajin la jugak basuh :)
Malam tadi, sambil-sambil layan hariz dan dania. Sempat buat gubahan baru gunakan bunga Hydrangea dan bunga kecik kaler purple. Pasu ni ikutkan tak sesuai sebab kecik sangat. Bolehlaaa sementara waktu, nanti nak beli pasu baru, tukar lagi gubahan :P
Ayu buat gubahan sederhana besar. Sebab dalam rumah ni takder lagi gubahan besar.











Gubahan sederhana besar dan kosong bahagian belakang macam ni sesuai letak kat: - su…

Indahnya Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Ayu suka bulan Ramadhan. Suasana rasa berbeza. Nyaman walaupun cuaca panas, ntah tak tau nak explain macam mana. Tapi itulah rahmat Allah pada bulan mulia ni. 
Bila dah makin menua berusia ni, kemanisan bulan Ramadhan terasa lebih bermakna. Kalau dulu tak sabar kira hari bila nak raya. Tapi kini makin hari makin sayu. Cepat masa berlalu, hari ni dah hari ke-11 Ramadhan. Entah ada kesempatan atau tidak untuk meneruskan ibadah pada bulan ni, apalagi pada tahun akan datang.
Hati makin rindu mengenang yang telah pergi selamaNya. Kerap sangat airmata laju jer meleleh. Betapa semuanya pinjaman. Walau macam mana kita sayang pun, semuanya akan diambil semula oleh 'tuan' yang mencipta dan memiliknya secara mutlak. Nanti akan tiba pula giliran kita...
Semoga mereka yang telah pergi menemuiNya akan sentiasa dirahmati Allah. Diampunkan segala dosa mereka dan mendapat tempat yang terbaik disisiNya.
Kita sudah pun berada pada 'fasa kedua' bulan Ramadhan. InsyaAllah…

Panduan sebuah Hati yang Tenteram

Image
Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
Surah Ar-Ra'd ayat 28

Nak Masak Apa?

Image
Aduh! Pening nak masak apa.
Pegi bazar ramadhan pun tak tau dah nak beli apa.
Balik-balik murtabak jugak dibeli.
Makannya pun tak seberapa.
Kurang selera makan la (sangatttttt!)

Hari ni dania request nak makan ayam masak tempoyak.
Adalaaa sikit tempoyak nenek ucu dia kasik semalam.

Kenapalah malas sangat nak masak ni.
Kalau dapur cantik meletop-letop baru rajin masak kot haha!
Nampaknya sampai ke tua dapur kami jarang berasap!
Kalau dah malas, macam-macam alasan kan.

Ok... tu jer nak update.
Korang masak apa... ada jugak pegi bazar lagi hari ni.
Hehehhe... tapi ayam tempoyak wajib buat.
Nanti frust dania!

Daaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Persiapan Raya: Mengecat Rumah?

Image
Salam semua.
Amboi! Tajuk tak menahan sangat! Puasa baru hari ke-4 dah sibuk pasal persiapan raya.
Mengecat rumah? Kena solat hajat dulu. Supaya Allah bagi kerajinan untuk Nizam cat semula ruang tamu. Kalau tak... hadap jer dinding putih undercot yang tak berapa siap.
Kat group Deko dan FB... memasing dah start mengecat dan hias rumah dah. Rajinnya korangggggg... raya lambat lagi laaa.  Kenapa semangat sangat ni... kagum sungguh!
Ayu ni, takder la nak decor rumah sakan time raya. Cukup tukar langsir, alas meja dan vacuum-mop bersih-bersih sudah. Beraya pun dekat 2 minggu kat kampung. Balik Semenyih, buat konsep Rumah Tertutup.. hahaha.
Tapi, dalam dok berhias rumah nak raya tu kan. Kalau boleh jangan la sampai decor tu buatkan tetamu takut nak masuk rumah. Cantik dan kemas sangat rumahnya. Sampai nak duduk atau nak lalu pun susah hati.
Lagi kalau yang ada anak kan. Sampai tahap takut nak pergi beraya tau. Takut terlanggar pasu laaa... tertarik alas meja laaa. Terjatuhkan gelas cawan …