Thursday, July 24, 2014

Balik Kampung

Assalamualaikum.
Entry update laju-laju lepas hampir setengah hari berkemas rumah.
Dari ruang tamu, dapur, tingkat atas, bilik air dan last sekali beranda.
Nak sangat rumah ada beranda kan.... kan dah bertambah tugasan!

Lepas sahur dan solat subuh tadi, macam biasa dah tak tidur.
Nizam keluar kerja... pastu dania gi sekolah. Hariz masih tidur.
Terus buat kerja mengemas dengan sedaya upaya taknak keluarkan sebarang bunyi!

Hariz telinga lintah!
Kalau dia terjaga, memang mamanya kena baring sama.
Kalau dah baring tu... pepaham jer la!
Kalau tak membuta sampai pukul 10am memang tak sah!
Lepas tu bangun sakit kepala sampai ke petang selalunya.
*Sebab tu dalam Islam tak digalakkan tidur lepas subuh kan.
Tapi tu laaa... selalu terbabas huhu... ikutkan sangat nafsu dan mata.


Setelah berhempas pulas... menjelang azan Zuhur. Siap semuanya!
Tinggal nak tunggu nizam balik kerja sumbat dalam kete.
Kali ni memang kena minimumkan barang.
Sebab anak sedara tumpang. Kalau tak, lagi sedap sumbat barang hehe.

Pening dan penat ok packing barang ni.
Orang lelaki, dia tau nak sumbat beg dalam keter jer.
Jerih perih bini dia mengemas dan pack, bukan dia amik tau. Wawaaaaa.

Balik sini semula... mengemas lagi sekali. Eh! Letihnyaaaa.

Inilah hasil barang yang minimum sebagaimana perintah nizam!
Ye bang... dah abes minimum dah ni... tatau nak tinggal yang mana lagi dah.

Ini belum masuk bakul susu hariz, bakul otromen hariz, bakul bedak-sabun segala.
Juga belum masuk beg baju nizam. Itu pepandai dia la uruskan hahaha.
Ayu lipatkan ajer baju, sumbat la sendiri.
Alah... orang lelaki, aper sangat bajunya. 
Kadang-kadang beg baju dia tu ayu sumbat charger labtop dan hp!
Hehehhe... itulah namanya sharing is caring dalam rumahtangga (sangat!)


Eh... korang dah siap deko rumah ke.
Amboiiii sakan kan... jeles ok!
Cantik-cantik tengok deko kat dalam FB group deko-deko.
Dan paling suka tengok rumah Aty Farid... simple tapi lawa giler.
*Aty, jemput kakyu beraya tau... hehehehhee.

Beli majalah ni dah dekat seminggu. Tapi cuma sempat baca cover page jer. Haaaa... busy sangat la uols! Bila tak busy, mata ni macam ditarik-tarik jer suruh nap sesamer ngan hariz!
Tutup langsir semua kasik gelap... on aircond... perghhhh heaven!

Ok... takleh lama ni. 
InsyaAllah, pukul 7pm nak keluar rumah dah, berbuka dalam kereta jer laaaa.
Kalau balik Keratong memang berbuka dalam kereta. Minum air dan makan kuih.
Pastu sampai umah mak baru makan nasik.
Malas nak berenti makan. Leceh!

Kami memang suka keluar time pukul 7pm camtu.
Sebab masa macam ni orang tengah busy berbuka, so jalan dah clear la jugak.
Teori nizam la ni... hehehhehe. 

Doakan semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan.
Dan semoga tak kena saman sebab cermin kereta gelap!
Sayang duit ohhhh... tapi lakiku degil nak bergelap jugak cerminya.
Actually, ayu suka jugak cermin gelap. Sejuk dan tak silau.

Kepada yang nak balik kampung atau ke mana jua.
Berhati-hati dijalanraya. Semoga kita semua selamat.

Wassalam.

1 comment:

IdaShazana said...

selamat hari raya

debor jugak dgn cermin gelap ni