Thursday, July 10, 2014

DIY Gubahan Bunga| Gubahan Sederhana Besar

Assalamualaikum.

Ayu ni cepat bosan dengan satu-satu gubahan bunga.
Kejap gubah macam tu, kejap tukar macam ni.
Walaupun bunga dan pasu sama, tapi masih mampu nampak kelainan.
Bukankah jimat disitu hehe.

Jimatlah sangat, dah 2 minggu merengek ajak nizam gi Romantika.
Nanti... nanti... nanti katanya!

Dalam kepala otak ni, dah target nak beli apa.
Nak kurangkan bunga dalam rumah ni, nak banyakkan 'daun' pulak.
Bunga-bunga sediada yang mana dah puas tengok tu...
Nak bawak balik Besut raya nanti. Letak umah mak jer.
Semua masih elok lagi ni, sebab rajin la jugak basuh :)

Malam tadi, sambil-sambil layan hariz dan dania.
Sempat buat gubahan baru gunakan bunga Hydrangea dan bunga kecik kaler purple.
Pasu ni ikutkan tak sesuai sebab kecik sangat.
Bolehlaaa sementara waktu, nanti nak beli pasu baru, tukar lagi gubahan :P

Ayu buat gubahan sederhana besar.
Sebab dalam rumah ni takder lagi gubahan besar.

Takder daun. Kalau ada daun kecik-kecik mesti lagi lawa. Ok, gunakan apa yang ada dulu.


Berpintal-pintal batang bunga Hydrangea ni aku kerjakan hehehe.


Dah siap!


Pandangan tepi. Menyerlah warnanya. Kaler block gitew!


Zoom in sikittttt.. bunga murah, so tekstur fabriknya nampak kasar la kan. Kalau bunga kat SSF baru lawa. 


Letak jer la kat penjuru dinding meja makan kat dapur.
Kalau nak makan takder la gangguan bunga :)

Gubahan sederhana besar dan kosong bahagian belakang macam ni sesuai letak kat:
- sudut
- meja bulat
- console table
- atau tempat yang kita tak nampak bahagian belakang kerana belakang bunga tu kosong.

Ok... kalau korang tengah fikir nak buat gubahan bunga untuk raya ni, kalau nak gunakan bunga sediada di rumah, bolehlah gunakan idea gubah semula mana-mana bunga dan pasu yang ada.

Selagi boleh berjimat, berjimatlah (eleh! pandai suruh orang berjimat heehe)

Jumpa lagi. Nanti ayu share lagi DIY gubahan bunga yang lain kalau ada kerajinan gubah-menggubah lagi. Sekarang dah ada assistant (Hariz!). Sibuk nak menggubah sama. Lepas tu siap tunjuk kat mama dan kakaknya: 

"Cantik tak Ayish buat?"

Dan-dan letak kat rak tv. Parah anak bujang suka gubah bunga dan main masak-masak!

Jumpa lagi. Wassalam.

1 comment:

Aty_Fared said...

saya pon suka tukar2 gaya gubahan bunga... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...