Wednesday, July 9, 2014

Indahnya Ramadhan


Assalamualaikum.
Ayu suka bulan Ramadhan. Suasana rasa berbeza. Nyaman walaupun cuaca panas, ntah tak tau nak explain macam mana. Tapi itulah rahmat Allah pada bulan mulia ni. 

Bila dah makin menua berusia ni, kemanisan bulan Ramadhan terasa lebih bermakna. Kalau dulu tak sabar kira hari bila nak raya. Tapi kini makin hari makin sayu. Cepat masa berlalu, hari ni dah hari ke-11 Ramadhan. Entah ada kesempatan atau tidak untuk meneruskan ibadah pada bulan ni, apalagi pada tahun akan datang.

Hati makin rindu mengenang yang telah pergi selamaNya. Kerap sangat airmata laju jer meleleh. Betapa semuanya pinjaman. Walau macam mana kita sayang pun, semuanya akan diambil semula oleh 'tuan' yang mencipta dan memiliknya secara mutlak. Nanti akan tiba pula giliran kita...

Semoga mereka yang telah pergi menemuiNya akan sentiasa dirahmati Allah. Diampunkan segala dosa mereka dan mendapat tempat yang terbaik disisiNya.

Kita sudah pun berada pada 'fasa kedua' bulan Ramadhan. InsyaAllah, tahun ni nak khatam bertadarus. Since dah 'berehat' berpuasa sejak minggu lepas, insyaAllah hari ni dapat sambung semula. Baru masuk Juzuk ke-7. Memang nak kena pulun habis-habisan sebelum balik kampung raya nanti. Kalau dah balik kampung, faham-faham ajer la. 

Semoga kita sama-sama diberi kesempatan untuk menggandakan amalan pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Jom sama-sama upgrade amalan, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua dan terima amalan kita yang tak seberapa ini dan kekurangan amalan tu ditampung dengan sepenuh rahmat dan kasih sayangNya.

InsyaAllah.

Jumpa lagi. Wassalam.

2 comments:

cik hani said...

kak ayu..

jawab pertanyaan kak ayu di blog saya tu.. "saya balik perak tahun ni rumah mertua..balik terengganu mungkin raya ketiga"

Kak ayu, balik besut ke?

kalau balik kampung, memang busy memanjang jer dengan persiapan raya..sama la kite.hehehe

Rahayu Abdul Rashid said...

Thn ni raya besut. Heheee.