Wednesday, July 2, 2014

Persiapan Raya: Mengecat Rumah?

Salam semua.

Amboi! Tajuk tak menahan sangat!
Puasa baru hari ke-4 dah sibuk pasal persiapan raya.
Mengecat rumah? Kena solat hajat dulu.
Supaya Allah bagi kerajinan untuk Nizam cat semula ruang tamu.
Kalau tak... hadap jer dinding putih undercot yang tak berapa siap.

Kat group Deko dan FB... memasing dah start mengecat dan hias rumah dah.
Rajinnya korangggggg... raya lambat lagi laaa. 
Kenapa semangat sangat ni... kagum sungguh!

Ayu ni, takder la nak decor rumah sakan time raya.
Cukup tukar langsir, alas meja dan vacuum-mop bersih-bersih sudah.
Beraya pun dekat 2 minggu kat kampung.
Balik Semenyih, buat konsep Rumah Tertutup.. hahaha.

Tapi, dalam dok berhias rumah nak raya tu kan.
Kalau boleh jangan la sampai decor tu buatkan tetamu takut nak masuk rumah.
Cantik dan kemas sangat rumahnya.
Sampai nak duduk atau nak lalu pun susah hati.

Lagi kalau yang ada anak kan.
Sampai tahap takut nak pergi beraya tau.
Takut terlanggar pasu laaa... tertarik alas meja laaa.
Terjatuhkan gelas cawan bekas kuih yang mahal laaa.
Aduhhh ngeri!

Ada ok jenis orang macam tu.
Sampai rasa kalau pegi tu nak balik cepat-cepat.
Atau anak tu kan... nak suh duduk kat luar jer!
Bunyi macam kejam kan... Tapi kita boleh faham.
Kalau tuan rumah tu jenis macam mana.
Lagi-lagi kalau family yang rapat-rapat tu.
Ngeri... ngeri. Dah la anak-anak i lasak.
Tapi sebelum anak dia jatuhkan barang.
 Cerah masa depan mama dia jatuhkan dulu haha

Sebab tu la umah i ni, takder la hiasan cantik-cantik, mahal-mahal.
Wp suka bunga, tapi pasu-pasu ke, frame-frame ke.
Kristal lagi la nan ado sbb tak minat.
Sebab tu kalau datang umah i, boleh buat kuak lentang.
Nak main bola pun boleh, kalau pecah pun tv terus!

So, dalam dok berhias tu.
Kalau boleh,, jangan sampai mengguris perasaan tetamu.
Sebab ada jenis tak suka tetamu datang.
Sebab takut rumah dia bersepah atau barang rosak.
Tak elok macam tu... kan tetamu tu bawak rezeki.
Tapi, paling takleh blah tu.
Dia datang umah orang buat sepah takper.
Anak siap main bola pecahkan pasu orang takper.
Rumah dia semua NO NO NO.
Ada ok i jumpa orang macam ni.
Nak buat macam mana.. dah tu perangai dia.
Layankan ajer... wp dalam hati mau tak menyirap hahaha.

Eh! Best pulak membebel puasa-puasa ni kan.
Tajuk tak sesuai dengan isinya.
Maka, kita layan gambar anak dara i cat tiang rumah atuknya.
Long time ago... April 2010.

*Yang pompuan suka mengecat, yang lelaki suka masak. Apekah?







2 comments:

cik hani said...

kak ayu..
dulu masa kecik, mak saya pun suka hias rumah dan letak biskut dalam balang masa malam raya jer..sebab tak boleh buat awal-awal nanti rosak sebab anak ramai semua kecik2

PetakBunga said...

raya kt kg..
kalau smpt blk rumh pun dh syukur sgt