Wednesday, July 23, 2014

Raya yang Suram?

Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran... bulan puasa ni, banyak fokus pada hal yang lebih penting.
Maklumlah... setahun cuma sebulan jer peluang nak raih ganjaran berganda-ganda.

Sebelum berceloteh panjang... kita layan dulu 'sketsa' lawak tak hagak-hagak ni.
Ni sharing daripada rakan di FB, baru tengok malam tadi.

Suker-suker dia jer kan nak request cam tu, sabor jer la hehee.
Lawak Antarabangsa!
Tetiber teringat kat zaman suka baca Majalah Ujang & Gila-gila!



Sembang pasal persiapan raya pulak.
Tahun ni raya paling sempoi sejak kami kawen.
Hati ni masih sedih dan terkesan dengan pemergian arwah abang.
Time flies very fast! Dah 7 bulan arwah pergi.
Tapi, semuanya masih jelas depan mata. rasa baru jer lalui saat sedih tu.

Bila berkemas rumah nak raya kat umah mak nanti.
Makin la terasa. Kat rumah mak tu, banyak hasil 'air tangan' arwah.
Sebab arwah pandai bertukang rumah. Dan dia sangat ringan tulang.

Kalau ayu nak gantung langsir, dia la tukang gantung.
Maklumlah... i is kemetot. Panjat kerusi makan pun still tak sampai!
Suruh orang lain boleh, tapi lagi selesa dengan arwah.
Mintak tolong jer apa pun, takder hok hekkk hokk hekkk.. 
Terus buat, dan kerja dia memang cermat.

*TEARS*

Biasa, hari raya kami ziarah kubur arwah ayah.
Tahun ni... tambah lagi satu kubur.
Kubur both of them dekat-dekat.
Arwah ayah kat hujung sikit dari kaki abang.

Memang drama airmata la nanti.



Bercerita pula pasal baju raya.
Isnin lepas pegi Shah Alam.
Konon nak beli baju kat satu kedai di Seksyen 7.
Sekali... kedai tu off la on Monday... wawawaaaaa.
Hancur hatikuuuuuu... patah seribuuuuuuuuu.
Nasib baik my soulsister dah tolong belikan semalam.
I love u dear sis... sanggup bersusah-payah demi kakakmu ini hehe.

Masuk jugak beberapa kedai lain.
Tapi takder yang berkenan kat mata.
Memang macam ni la kalau shopping last minutes kan.

Nasib baik hariz behave jer dok dalam kereta dengan papanya.
Dania jer ikut bontot mama ke sana sini. 
Ponteng sekolah anak aku demi baju raya!

Lepas tu, pegi SACC Mall.
Takder jugak yang berkenan. Tu nizam cakap i cerewet heheh.
Sudahnya, dia yang beli kasut.
Anak-bini tak beli apa pun.

EH! bini beli jugak table runner 2 helai.
Murahhhhh tapi lawa gila. 
Sila terjah Super Saver yer anak-anak sekalian.
Tapi kena pandai pilih laaa. kalau tak nampak murah sangat.
Biar barang murah, asalkan nampak mahal hahahha.


Dania pulak beli 2 ekor teddy bear comel ni. 
Brown utk dia - Pink untuk hariz.
Haaaa! Bagus sangat kan... pink utk adik.
Dah la hariz masuk kedai kasut asyik pegang dan nak kasut pink ajer.
Parah anak-anak nizam ni.


Sudahnya... pukul 3pm dah kat umah.
Malam pegi The Store Semenyih. Hah amik ko Shah Alam la sangat kan.
Sudahnya... i rembat lagi table runner 1, sarung bantal 2 helai. Lawa dan murah!

Actually, baju raya dan baju basahan dania-hariz dah beli kat JJ.
Masa sehari sebelum puasa. Ni nak tambahan sikit lagi.
Kasut, tudung dan seluar basahan sehelai dua lagi.
Takder beria pun untuk pakai raya. Nanti beli tak pakai sangat.
Sebab budak-budak berdua ni tak tahan panas.
So lebih selesa pakai baju basahan biasa jer.
Untuk jalan selai-dua cukup dah.

Baju melayu nizam dan hariz tak beli pun.
Pakai jer tahun lepas punya. Pakai sekali tu jer pun.
Cuma dua jelitawan dihati nizam ni jer wajib ada baju baru hehehe.
Konon nak pakai baju kerja dulu kan... yelah tu!

InsyaAllah, malam ni nak pergi Bangi Getaway.
Nak carik mana tak beli lagi. Balik kampung malam esok dah,

Semoga ada laaa orang jual biskut dan kerepek.
Tak beli apa pun lagi baik untuk rumah mak-mak dan umah sendiri.
Apsal la semua last minutes tahun ni kan.

Meriah nak raya tu memang takder.
Dengan kehilangan abang... dengan peristiwa MH17 dan semestinya perang di Gaza.
Bagaimana kita nak bergembira kalau sebegitu ramai yang derita?

Ok... nak kemas baju dan barang... esok malam nak balik kampung dah.
Baring kanggggg... mau sampai asar aku tidur hehehe.

Jumpa lagi. Wassalam.

1 comment:

Aty_Fared said...

okeh.. yang katun atas tu kelaka.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...