Wednesday, August 27, 2014

August 27, 2014

Susu Ayish, Pampers Ayish, Pampers BABY.... Baby?

Assalamualaikum.
Sementara nak pukul 3pm... hariz dah tidur. Sempatlah update blog sekejap. Huhuuuu! Iols dah terrrrrrrlanjur follow citer Philiphines kat TV3... Nyampah aku. Dah la hero tak hensem, jalan citer bukan best sangat pun... banyak benor watak antagonis... tapi dah terlanjur follow, nak juga tau aper akan jadik kat Cecillia asli dan celup!

Ginilah life WAHM... hehhehe.


Nak citer pasal susu dan pampers hariz. Masih minum susu dan berpampers time tidur siang/malam, berjalan jauh dan BER*K! Anak bujang weols takut kat ta*i dia ok! Dia sanggup tahan kalau tak pakai pampers! Geram haku... bukan ke membazir tuuuuu... Nak nanges rasa terpaksa pakaikan dia pampers semata dia nak membuang air besor. Mahal oooohhh sekeping pampers tu! 

Susu sebulan dalam 3 - 4 kotak. Hariz masih kuat menyusu. Dia ni mengada sket, takleh tukar langsung perasa susu lain. Kalau dania dulu asalkan susu jenama sama (kumpulan susu Enfa jugak), dia boleh jer minum perasa Original, Honey dan Vanilla. Hariz dia nak perasa Original jer. Kalau beli perasa lain, memang namanya masuk tong sampahlah!


Sambung cerita buang air besar dalam pampers.
Dari hariz kecik memang kami guna Drypers Drypants. Rasanya jenama ni lagi serap berbanding MamyPoko, dan material lebih soft.

Kami jarang beli pampers yang berpelekat tu, sebab rasa kesian nanti tepi pelekat kan macam tajam... kalau jenis pants ni takder pelekat... tinggal nak kena duit lebih la sikit huhuuuuuuu.

Pampers ni hariz namakan Pampers Ayish. Sebab gambar budak kat plastik ni budak besar macam dia.

Ini pulak dia namakan Pampers Baby. Sebab gambar baby!

Ni memang khusus untuk dia membuang air besar. Kitorang laki bini belikan pampers lebih murah... dan kalu buleh nak yang paling murah. Yelah, semata untuk bera* kan... pastu buang! 


Tapi, mama hariz dah bijak banyak dah dalam nak berjimat ni ehhehehe. Mama dia akan simpan sekeping pampers yang hariz dah pakai (kencing saja dan tak banyak basahnya)... mama akan pakaikan masa dia nak buang air besar... hahahhaha re-cycle pampers!

Baru rasa jimat dan rasa tak bersalah kat pampers tu. Biasa ayu simpan pampers yang hariz tidur malam. Malam pun ayu akan salin pampers dalam pukul 4-5am... so biasa waktu macam tu sampai bangun pagi dia kencing sekali atau tak langsung. 

Begitu... ada tak anak korang sama cam hariz?
Asal nak memerut jer nak pakai pampers. Kalau ada, sila carik pampers paling murah ATAU re-cycle jer. Penjimatan luarbiasa ok!


Sekian.... pasal pampers pun menarik share kat blog bila dah tiada idea hahahah. Babai!

Tuesday, August 26, 2014

August 26, 2014

Peluang Bisnes dari Rumah sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum.

Ramai yang contact Ayu tanya macam mana nak jana income dari rumah bila sertai Akademi Bekerja di Rumah. 



Sebenarnya, ada 2 kategori bisnes yang boleh dijalankan bila sertai Akademi Bekerja di Rumah:
1. Ada bisnes/produk sendiri
2. Takder bisnes/produk... dan tatau nak bisnes apa... BOLEH BISNES PRODUK ABDR


Namun, bila sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan mengambil Pakej Rakan Niaga, korang boleh buat both bisnes! Iaitu buat bisnes/produk sendiri DAN JUGA buat bisnes di bawah kelolaan Akademi. So, both bisnes dijalankan serentak.




Hari ni ayu cuma nak share tentang keistimewaan menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah (sebagai Pengurus Online):

1. Belajar gunakan blog untuk jana pendapatan dari rumah.
2. Bonus 4 ebook (seperti gambar di atas).
3. Produk hanya atas talian (eBook)
4. Tak perlu simpan stok
5. Tak perlu urus stok
6. Tak perlu bungkus/pos stok
7. Takder modal berkali-kali. Hanya sekali yuran Akademi Rakan Niaga
8. Produk umum.. permintaan sepanjang tahun.
9. Boleh jana income melalui komisen jual digital produk (ebook)
10. Boleh jadi Agent Dropship
11. Boleh jual produk/perkhidmatan akademi (kelas online/offline, bengkel)


Secara umumnya, Rakan Niaga Akademi aka Pengurus Online hanya promote produk/perkhidmatan secara ONLINE sahaja melalui blog, facebook, fanpage dan apa jua media social yang mereka ada. Lebih banyak channel pemasaran, lebih besar potensi untuk jana pendapatan.


Yang penting, lepas daftar sebagai Ahli Akademi, kita mestilah ada effort untuk siapkan tugasan yang diberikan cikgu online (alah! bukan susah pun... ayu dalam masa seminggu dah siap, malah tak sempat cikgu Zaila suruh buat ada yang ayu dah siapkan. Gelojoh katanyer hehhehe)


Yelah, rugi kalau bertangguh. Orang dah ke depan... kita masih kat belakang. Kan bertangguh tu pencuri masa. Once kita dah faham konsep ABDR... macam mana nak jana income... insyaAllah, kita boleh buat. 


Belajar jana RM10, RM20... RM100 bersih setiap hari. Buat slow-slow asalkan konsisten. Buat yang masih bekerja, jangan berhenti kerja dulu. Cuba dulu, sebab kami tak galakkan berhenti kerja dulu, unless uols memang dah nekad taknak kerja.


Kepada surirumah pula... kalau takder modal nak mulakan... boleh mintak bantuan suami. Terangkan pada dia. InsyaAllah dia akan faham. 


Ok... jumpa lagi.

Ayu Rashid
013 - 255 0727


Monday, August 18, 2014

August 18, 2014

Menyusuri Kenangan Ketupat Palas

Saper suka makan pulut? Orang kata makan pulut kulit cantik.
Betul ke? Tak kesah la betul ke dok... yang penting sedap!

Masih lagi dalam mood raya...
Teringat ketupat daun palas yang mak buat setiap kali raya.
Atau bila ayu balik besut, selalu mintak mak buatkan.

Ayu tak pernah buat sendiri, tapi rasanya dah boleh buat.
Cuma kat rumah ni takder kukusan.
Daun palas pun... macam susah jer nak beli.

Pulut ketupat palas ni makan saja pun sedap.
Lemak-lemak, manis dan wangi daun pandan dan santan gitu.
Lagi-lagi masa tengah panas dan baru lepas gaul dengan santan.
Yummmmyyyyyy! Sedap tak hengat ok.


Setiap kali nak raya, ayu dengan mak-lah mengadap periuk ni membungkus ketupat.
Kalau bukan bulan puasa, sedaplah jugak.
Sambil bungkus... sambil makan hehehhe.
Bila puasa tu... telan air liur dan sabor jer laaaaa amik bau.


Ketupat palas ni nostalgia sangat. Resepi tradisi.
Disediakan mak... duduk sama-sama bungkus.
Sampai sengal-sengal leher nak menghabiskan bungkus berkilo-kilo.

Tapi... itulah kenangan terindah.
Satu masa nanti, kita akan selusuri ini semua sebagai 'jalan kenangan'.
Masa berlalu, usia bertambah. Begitulah aturan alam.

Kalau dulu... masa ayu baru belajar bungkus ketupat.
Rasanya masa sekolah menengah.
Arwah ayah siap suruh asingkan yang ayu bungkus.
Ikat semua yang ayu bungkus. Nanti dia nak rasa ketupat anak pompuan dia bungkus.
Padahal rasa sama jer, rupa ketupat tak lawa ada laaa.

Itu tanda kasih. Tanda dia gembira dengan kejayaan anaknya hehe.
Dah 10 tahun ayah pergi selamanya. Tiada lagi kasih dan garangnya itu!
Semua tinggal kenangan yang takkan dilupakan.


KINI... cucunya pula menyibuk!
Tak sempat arwah atuk nak tengok cucunya.
Kalaulah arwah atuk ada... penat orang tua tu melayan.
Arwah ayah ayu latah orangnya. Mesti naya dikerjakan dania hariz.

Al-fatihah.

Thursday, August 14, 2014

August 14, 2014

Quotes of the Day

Wednesday, August 13, 2014

August 13, 2014

Decor Pokok Hidup dalam Rumah| Money Plant

Money Plant pokok feveret ayu sepanjang masa.
Cantik... dan yang paling penting tak payah amik tau hehe.
Siram sekali sekala pun takper. Bahagia sungguh jaga pokok ni.

Ahad lepas, lepas keluar lunch... terus ajak nizam singgah nursery.
Terima kasih belanja 2 pokok ni berharga RM5/sepasu.


Inilah dia pokok tu. Takder saiz besar, ini jer ada.
Beli pokok nak yang besar ajer... hehehe.

Gigih bersihkan pasu dan setiap helai daun!
Nak kasik daun nampak cantik berkilat, amik wet tissue... letakkan sikit minyak masak... pastu lap-lap daun tu.
Ni petua ayu dapat daripada Kak Siti... kakak masa kerja kat Unisel dulu.
Terus cantik berkilat daunnya ok!


Nasib baik ngam-ngam saiz pasu money plant tu dengan pasuk Ikea ni.
Satu besar, satu kecik. Pandai aku pilih. (padahal kebetulan jer pun!)


Dah siap!
Decor pokok hidup dalam rumah gunakan pokok Money Plant. 
Bajet minimun pun boleh nampak cantik.





Ini pokok sediada kat rumah. 


Selamat mencuba!

Tuesday, August 12, 2014

August 12, 2014

Wangi-wangian 'Luarbiasa'

Ini bukan cerita mistik atau yang sewaktu dengannya. Mungkin ia secara kebetulan, mainan perasaan atau memang Allah nak tunjukkan sesuatu, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Ayu just nak share jer.

Beberapa hari lepas abang ayu meninggal, kami kemas bilik dia. Jenazah arwah diletakkan, dimandikan dan dikafankan dalam biliknya. Esok tu, bilik tu kami jadikan bilik untuk solat, sebab bilik tu memang tak ada katil. Tilam dikeluarkan masa arwah nak dibawa balik dari HKT. 

Masuk hari ke-4, adik-beradik lain semua dah balik ke rumah masing-masing. Cuma tinggal ayu dan anak-anak juga adik bongsu ayu. Nizam hari kedua arwah meninggal dah balik kerja. Kami menemankan mak selama lebih kurang 2 minggu sampailah nak habis cuti sekolah (arwah meninggal pada 9/12/2013).

Bila orang yang kita sayang atau keluarga rapat yang meninggal, rasa takut tu akan takda. Sebab ayu memang takut kalau orang meninggal. Sampai boleh termimpi-mimpi orang tu datang. Contoh orang kampung meninggal, padahal kenal orang tu masa kecik-kecik jer, boleh sampai termimpi-mimpi. Ini kes penakut melampau. Macamlah aku tak mati nanti!

Bila masuk dalam bilik arwah abang, rasa sayu sangat. Oh ya, lepas arwah ayah meninggal, arwah abang ayu tu la duduk dalam bilik ayah dan mak. Mak tak pernah masuk tidur dalam bilik tu. Agaknya rasa teringat kan... Arwah ayah meninggal pun atas pangkuan arwah abang ayu tu. Ayah ayu meninggal sudden death, mungkin sakit jantung. 


Berbalik kepada tajuk di atas.

Masa beberapa hari lepas abang ayu meninggal tu. Waktu orang lepas azan maghrib. Mak ayu nak masuk dalam bilik tu nak solat. Sebab mak ayu jenis dengar azan jer, terus solat. Tiba-tiba dia panggil ayu. Suruh berdiri dekat pintu bilik. 

Bau wangi sangat!
Bau wangi  yang luarbiasa yang hidung ni tak pernah bau pun. Bukan bau perfume of course. Sebab saper nak pakai perfume kat rumah. Tak puas hati, ayu masuk pulak dalam bilik (berani ok sebab mak ada sama heheh). 

Memang betul! Baunya semerbak sangat. Tak puas nak hidu. 

Pastu, otak ni membayangkan arwah abang datang. Biasalah, terpengaruh dengan drama dan baca buku-buku mistik. Hati tak takut, tapi rasa rindu, sedih... pastu meleleh airmata.

Bau ni kami berdua (ayu dan mak) dapat hidu dalam 3 hari berturut-turut. Waktu lepas azan maghrib dan ada sekali waktu azan asar pun ada. Mainan syaitan? Wallahua'lam.

TAPI.... adik ayu tak dapat bau pulak. Ayu panggil dia masa ada bau tu, dia kata tak bau apa-apa pun. Sedangkan mak dan ayu dok bau semerbak haruman tu. Mak ayu cakap: "mu berehi baloh ngan dio, tu dok bau tu". Tersengih adik aku!


Masa pergi ziarah kubur pada hari raya lepas pun sama!

Kitorang pegi kubur dah dalam pukul 10am. Nizam, Dania dan Hariz sekejap jer duduk kat kubur, pastu dorang tunggu dalam kereta. Ayu temankan mak baca Yassin. Masa tu cuma ada satu keluarga lalu dekat kubur abang dan datang salam ngan kitorang. Takder bau apa-apa pun wangian dorang pakai.

Tapi, masa dah nak balik tu. Ayu jalan dulu daripada mak. 

Sekali, ayu terbau lagi wangian yang sama macam bauan masa kat rumah dulu! Mula-mula cam tak yakin, terus makin panjang nafas ayu sedut. Memang bau yang sama, deria ni ingat sangat lagi bau tu.

Ayu patah balik ke belakang bagi tahu mak. Sekali mak ayu selesema daaaaaaaaaaaaaa... tak dapat la dia bau. Bau tu memang wangi dan luarbiasa. 

Tak kesah la itu bau apa sebenarnya, tapi hati ni rasa bahagia... rasa rindu yang takkan terlepas dan lepas tu meleleh airmata. 

Biasa, sejak arwah ayah meninggal.... arwah abang la pagi-pagi raya lagi dah pergi ke kubur. Bawak anak-anak sedara especially dania ziarah kubur ayah. Tapi, tahun ini... kami pula menziarahi arwah ayah dan dia. 

Jika dulu, secerek air hanya untuk kubur arwah ayah... kini secerek air itu dikongsikan dua. Jika dulu, al-fatihah itu disebut satu nama khusus, kini ia sudah bertambah menjadi dua... segalanya dua. Kerana mereka darah daging ayu. 

Rindu ini... rindu yang takkan terubat... sehingga tiba masanya, Ayu pula akan ke sana. Itulah aturan kehidupan. Semoga hidup dan matiku dalam berkat dan rahmatNya sentiasa.

Jika dulu.... ayu akui, ayu terlalu mengejar kemewahan dan kejayaan dunia. Tapi, atas segala dugaan dan ujian yang diberikan... ayu tau tak kesah tak mendapat semua tu, tapi ayu taknak susah di akhirat. Cukuplah hidup dalam sederhana disini, asalkan di sana ayu dapat tempat yang terbaik disisiNya.

Al-Fatihah untuk arwah ayah dan abang ayu... juga kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang telah meninggal dunia. Amin.


P/S: apa perasaan orang selfie kat kubur ek? bukankah tanah perkuburan tu antara tempat terbaik untuk kita insaf. jangankan dah jejak kaki dalam tu, kalau lalu dengan kereta nampak tanah perkuburan pun hari mula rasa insaf... semoga kita mendapat HidayahNya. 

Saturday, August 9, 2014

August 09, 2014

Resepi Lontong Goreng Mudah

Assalamualaikum.

Mabuk nasi himpit lagi ke korang?
Kalau dah jemu makan nasi himpit dengan rendang.
Atau, ada lebihan nasi himpit di rumah...
Tapi dah malas nak buat rendang/kuah kacang.
Jom cuba buat Lontong Goreng!

Ewah! macam la expert!
Padahal resepi googled jugak.

Ayu ikut resepi dari blog ni: 
Lontong Goreng Simple Style (click link for recipe)

Bahan-bahan yang beliau gunakan selalunya ada kat dapur kita.
Umah ayu takder ikan bilis, so digantikan dengan kiub ikan bilis Knorr.

Ada pelbagai version Lontong Goreng kat google.
Makin banyak bahan macam udang... mesti lagi sedap.
Nak masak untuk Open House pun sesuai.
Simple, mudah dan sedap.

Tunjuk gambar jer la... resepi tengok kat Link tersebut yer.

Sebenarnya rebus nasi himpit nak makan dengan rendang daging (on Thursday). Sekali tak terusik nasi himpit ni, rendang tu kami terbuat lauk nasik pulok. Dania dan nizam cakap sedap rendang tu. Kembang kuncup hidungku! Maklumlah konsep masak daging 2 tahun sekali. Dania request suruh buat lagi.


Ayam goreng besar dulu, baru potong ala-ala dadu. Kalau potong baru goreng, kurang rasa manis dan sedap ayam. Goreng sekejap jer, jangan garing pulok. Nasik himpit potong jgn terlalu kecik, nanti hancur sebab kita nak goreng nanti. 

Bahan yang dah sedia untuk dicampak dalam kuali. Ayu letak daun bawang dan daun sup banyak-banyak. Sedap! 

The making of Lontong Goreng Simple

Dah siap!
Sebelum ni ayu pernah jugak buat, guna cili padi, bawang putih & bawang merah tumbuk. Lagi sedap berbanding guna cili kering, bawang merah, bawang dan bawang putih siap blender. Umpphhhhhh cili padi lagi sedap. 



IKLAN


Dapatkan 3 produk Marine Essence ini dalam pakej Green Beauty Set:
1. Sebotol Body Wash
2. Sebotol Syampu
3. Seketul Beauty Bar

RM100 jer... harga yang mampu milik!
Jom! Dapatkan sekarang dengan kesan yang terbukti keberkesanannya.
Rugi tak cuba!

Friday, August 8, 2014

August 08, 2014

Aidilfitri 2014 Ayu Rashid & Keluarga

Assalamualaikum.

Tahun ni, raya kami sekeluarga simple sangat.
Baju raya budak-budak pun beli baju utk basahan terus.
Baju melayu nizam dan hariz tahun lepas punya jer.

Dania tempah 2 pasang, ayu sepasang.
Ayu beli jubah selai (itu pun tak pakai, raya ke-5 baru pakai!)
Kasut raya beli untuk anak-anak jer. Eh! Papa pun beli.
Mama dorang pakai jer Bata Comfit yang dok lenjan hari-hari!

Persiapan raya pun kelam-kabut.
Kuih raya takder, cuma beli kacang-kerepek jer kat Besut.

Gambar raya pun tak snap sangat.
Ada beberapa keping jer.

Plan asal lepas pergi kubur baru nak pakai baju raya dan melawa.
Maklumlah, pegi kubur takkan nak meriah sangat.
Tak sesuai... apa lagi nak selfie (EH!)
Lagipun, panas... cair mekap nanti hehhe.

So, just pakai baju masa zaman kerja dulu.
Tudung syria pun pakai tudung raya dania hehehe.
Baju purple, tudung biru... sesuai sangat color block tu!

Dah balik dari kubur dan rumah kakak.
Bersusun tetamu datang. Macam mana makcik nak berjubah bagai?
Ini ler tukang buat air... tukang basuh pinggan-cawan semua.
Tak sempat nak vogue-vogue!

Sedar-sedar dah Zuhur.
Bila dah lepas zuhur tau... dah mandi-solat semua.
Apa lagi...membuta laaaa hahhahaha.

Petang pegi kampung mak
Arwah atuk-nenek dah lama meninggal, yang ada sedara-mara jer.
Takda dah nak berbaju raya.
Pakai pulak baju zaman kerja jugak hehhehe.
Siap ada persalinan dihari raya kekdahnya.
Padahal bukan baju raya pun.

Tahun ni raya pun masih bersedih lagi.
Terasa kehilangan arwah abang sangat-sangat.

Apa pun, ini jer gambar yang ado.
*Ada jugaka adik ayu snap gambar kami sekeluarga pagi raya tu... sekali tengok tak elok... nizam suruh delete nanti snap yang lain... sudahnya sampai ke sudah tak snap! Menyesal aku delete. At least gegar-gegar gambarnya pun ada jugak. Tu laaa, terlajak Delete padan mukaku!

Tunjuk perasaan taknak salam dengan nenek. Orang bagi duit raya pun dia taknak. Belum matang lagi bab mata duitan ni hahaha.

Ni jer gambar rayaku 2014.... 


Candid sangat!

Ni gambar kat kampung arwah nenek.
Bergambaran ditepi sawah.
Dania yang chubby sekarang, selekeh betul pakai tudung camni.

Dania dengan sepupunya.

Hariz tak bawak selipar, kenalah dukung!


Masa untuk balik!

Salam Aidilfitri daripada Ayu Rashid & Keluarga.
Maaf Zahir & Batin

Thursday, August 7, 2014

August 07, 2014

Cerita Balik Beraya

Kita mula step by step pasal raya heheh.
Orang lain dah nak abes raya dah, Ayu baru nak citer pasal balik beraya. Aper punya slow la kan.

Kali ni raya takleh bawak balik banyak barang, sebab anak sedara nak tumpang. Punah harapan nak shopping kat Melaka. Plan sudah lari huwaaaaa. Sudahnya last minutes shopping kat Bangi Getaway jer. Dah kata tak jadi shopping kat Melaka. Sedih!

Sikit punya sikit pun... inilah hasilnya! Bila upload dalam FB, ramai terkejut hahahha.
Malah ada yang kata macam nak pindah rumah!

Iyer korang... beginilah gaya kehidupanku kalau nak balik kampung.
Ini raya lagi la banyak... kalau tak raya pun lebih kurang sama jer.
Bantal tu memang wajib bawak even nak tidur kat hotel!
Lebih selesa dengan bantal sendiri dan taknak susahkan mak.
Bantal peluk tu Dania punya. Makcik tu memang nak berpeluk ajer tidurnya.


Ni sedih ni... kalau balik kampung, layu-layuan lah pokok-pokok bungaku.
Baru nak elok semula lepas balik dari kampung cuti sekolah bulan June lepas.
Ni nak kena tinggal lagi seminggu. Memang menyeksa pokok la camni.

Sebagai langkah keselamatan dan nak kembangkan 'zuriat' pokok Japanese Rose ni.
Ayu patahkan dan bawak balik kampung.
Eh! yang kat kampung (besut) elok pulak berbunga sakan.
Yang ayu tanam... memang stok nak tengok daun jer la :)

Money Plant tengah subur. Cantik dan gebu.
Pun ayu patahkan bawak balik kampung sikit. 


Lambakan barang dalam kereta. Seat paling belakang memang jadi bonet.
Ikutkan nak bawak balik pokok hidup kecik-kecik sepasu dua.
Sebab dah malas nak tanam banyak-banyak. Tapi tak dapat la sebab penuh dah keta.


Kami balik ke Keratong dulu hari Khamis malam.
Dania terpaksa la ponteng sekolah hari Jumaat nak elak jammed punya pasal.
Jumaat pagi kami bertolak ke Besut. Jalan tak jammed dan keter belum banyak.
Yelah, orang lain tak cuti lagi... hehhehe.
Kami memang dari sejak kawen akan balik lebih awal daripada cuti umum.
Ni teori nizam la ni... so kami takda la kena 'makan jem'.

Lalu highway LPT baru. tapi sekerat jer siapnya.
Sudahnya lalu kat Cheneh jugak! Jimat masa sikit jer la.




Inilah wajah keriangan nak balik kampung! Hariz tak sabar nak mandi sungai dan jumpa ayah su.
Kecik-kecik suka balik kampung... dah besar, janganlah umah nenek pun taknak jejak. 



Ini muka tak sabar jugak ni. Tak sabar nak kemas rumah! 
Sebab rumah mak kena ribut beberapa hari sebelum raya. 
Habis bumbung 3 buah bilik melayang. Kesian mak huhuhu.

Nak harapkan saper lagi kemas rumah kalau bukan iols.
Mak memang dah tak larat dah. 
Nak suruh mak menyapu pun dah tak sampai hati.
Patut keja orang muda.
Tak kira anak atau menantu.
Just the matter of tolong ringankan tulang!
Kalau harapkan datang nak complaint pastu nak feeling diva, baik tak payah balik. 
Semak tengok rumah bersepah... lagi semak tengok orang feeling diva.


Sudahnya... 2 hari (sabtu dan ahad) memang kerja ayu mengemas rumah ajer. 
Itu pun cincai-cincai jer sebab petang nak raya tu baru orang datang gantikan bumbung baru.
Memang bersepah gila rumah mak raya tahun ni.


Apa pun, Alhamdulillah. Selamat balik kampung - beraya - dan balik Semenyih semula.

Bersambung dengan entry raya yang tak pakai baju raya pun!
Memang pakai baju zaman kerja dulu hehhehe.

Wednesday, August 6, 2014

August 06, 2014

Paten Langsir 2014 Inspired by Ayu Rashid

Assalamualaikum.

Dah raya ke berapa yer? Tak terhitung sudah!
Nak cerita pasal langsir. Tapi bukan langsir raya. 
Tapi just tukar langsir sebab basuh jer. 
Berbulan-bulan tak basuh. Berhabuk!

Begini... langsir yang tak semenggah. Tapi ni langsir paling ayu suka. Gelap gelita dalam rumah. Syok sebab rasa sejuk dan tak silau.

Disebabkan railing langsir tak pasang lagi.
Terpaksalah alter langsir lama ni. Langsir dari rumah Seksyen 7 dulu.
Dulu padankan pakai dengan langsir yang kat atas tu.

Cantik coraknya. RM7/m jer kalau tak silap. Cap Nagoya of course!

Maka, gigihlah daku jahit tangan! Haaaaa, kagum dengan diri sendiri untuk sekali lagi. Walaupun jahitan tu kasar dan jarak-jarak tak berseni langsung. Asalkan melekat sudah!



Macam dah takder tempat lain nak baring. Sajer jer kan!



Setelah bertungkus-lumus menyudahkan jahitan 2 helai langsir. 
Inilah hasilnya!
Panjang sebelah - Pendek sebelah!
Terlajak salah ukur inilah padahnya.
Maka lahirlah Paten Langsir 2014 inspired by Ayu Rashid!



Boleh laaa, asalkan ada sedikit perubahan nak ambik feel raya.


Kalau dah pasang railing langsir... buleh la letak langsir ni kat bilik pulak. 
Dah setahun ada langsir eyelet... tapi masih simpan dalam lemari. 
Ada jugak aku let go kang... tunjuk perasaan kat nizam.



Ini pulak kepala langsir lace beli online.
RM100 = 4 helai termasuk postage. 
Plan nak pasang rumah mak raya lepas, tapi tak sempat nak tukar langsir.
Pasang jer lah kat sini sementara nizam pasang railing.
Ingat nak letak Roman Blind jer kat sini.
Malam... gantung kain batik untuk faktor privacy dan keselamatan hehe.


Sekian cerita langsir panjang sebelah - pendek sebelah.
Ada sesaper nak tiru.... silakan :)

Jumpa lagi. Wassalam.

Sunday, August 3, 2014

August 03, 2014

HOMESTAY Sri Pagi di Bukit Gambang Kuantan.

SPONSORED POST
Please scroll down for my latest Entry

Salam semua.

Bila bercuti bersama keluarga dan ada anak kecik, selalunya kita lebih selesa menginap di Homestay berbanding di hotel. 


Kalau korang ada nak pergi ke kawasan Kuantan dan semestinya terbayang kat mata Bukit Gambang Resort City,  boleh la menginap kat Homestay kawan sekolah Ayu. 

Rumah Tamu Sri Pagi

No. 4, Lorong 28, Taman Gambang Damai, Kuantan, Pahang Darul Makmur





View dari tepi 
Home stay ni masih baru so of course best dan bersih!
Corner lot... so memang lapang sangat.


View dari depan
Parking yang selesa dan lapang


Ruang Tamu
Dilengkapi set sofa


Televisyen pun ada.


Ruang Makan
Set meja makan 5 kerusi

Dapur
Dilengkapi dengan Peti Ais dan kelengkapan basic di dapur.
(tiada gambar)



Bilik Tidur dan Bilik Air
Homestay ini mempunyai 4 buah bilik tidur dan 2 bilik air.
- Setiap bilik dilengkapi dengan katil bersaiz Queen, tilam, almari pakaian dan almari solek.
- Kipas siling








Lokasi dan Fasiliti berhampiran:
  • 30 minit ke Pusat Bandar Kuantan
  • 5 minit ke Pusat Matrikulasi Gambang
  • 5 minit ke Pusat Asasi UIA
  • 5 minit ke Kolej Komuniti Paya Besar
  • 10 minit ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • 20 minit ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
So, bila ada korang atau parents nak hantar adik-adik belajar kat IPTA/IPTS kat atas ni, elok sangat menginap kat Homestay Sri Pagi. 


Macam mana? Menarik kan?

Harga sewa pun murah jer.


RM200 sehari.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh contact:
Encik Nizam dan Puan Hasnira

 013-9991790

 0179627003

 0198639603