Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014 Ayu Rashid & Keluarga

Assalamualaikum.

Tahun ni, raya kami sekeluarga simple sangat.
Baju raya budak-budak pun beli baju utk basahan terus.
Baju melayu nizam dan hariz tahun lepas punya jer.

Dania tempah 2 pasang, ayu sepasang.
Ayu beli jubah selai (itu pun tak pakai, raya ke-5 baru pakai!)
Kasut raya beli untuk anak-anak jer. Eh! Papa pun beli.
Mama dorang pakai jer Bata Comfit yang dok lenjan hari-hari!

Persiapan raya pun kelam-kabut.
Kuih raya takder, cuma beli kacang-kerepek jer kat Besut.

Gambar raya pun tak snap sangat.
Ada beberapa keping jer.

Plan asal lepas pergi kubur baru nak pakai baju raya dan melawa.
Maklumlah, pegi kubur takkan nak meriah sangat.
Tak sesuai... apa lagi nak selfie (EH!)
Lagipun, panas... cair mekap nanti hehhe.

So, just pakai baju masa zaman kerja dulu.
Tudung syria pun pakai tudung raya dania hehehe.
Baju purple, tudung biru... sesuai sangat color block tu!

Dah balik dari kubur dan rumah kakak.
Bersusun tetamu datang. Macam mana makcik nak berjubah bagai?
Ini ler tukang buat air... tukang basuh pinggan-cawan semua.
Tak sempat nak vogue-vogue!

Sedar-sedar dah Zuhur.
Bila dah lepas zuhur tau... dah mandi-solat semua.
Apa lagi...membuta laaaa hahhahaha.

Petang pegi kampung mak
Arwah atuk-nenek dah lama meninggal, yang ada sedara-mara jer.
Takda dah nak berbaju raya.
Pakai pulak baju zaman kerja jugak hehhehe.
Siap ada persalinan dihari raya kekdahnya.
Padahal bukan baju raya pun.

Tahun ni raya pun masih bersedih lagi.
Terasa kehilangan arwah abang sangat-sangat.

Apa pun, ini jer gambar yang ado.
*Ada jugaka adik ayu snap gambar kami sekeluarga pagi raya tu... sekali tengok tak elok... nizam suruh delete nanti snap yang lain... sudahnya sampai ke sudah tak snap! Menyesal aku delete. At least gegar-gegar gambarnya pun ada jugak. Tu laaa, terlajak Delete padan mukaku!

Tunjuk perasaan taknak salam dengan nenek. Orang bagi duit raya pun dia taknak. Belum matang lagi bab mata duitan ni hahaha.

Ni jer gambar rayaku 2014.... 


Candid sangat!

Ni gambar kat kampung arwah nenek.
Bergambaran ditepi sawah.
Dania yang chubby sekarang, selekeh betul pakai tudung camni.

Dania dengan sepupunya.

Hariz tak bawak selipar, kenalah dukung!


Masa untuk balik!

Salam Aidilfitri daripada Ayu Rashid & Keluarga.
Maaf Zahir & Batin

2 comments:

cik hani said...

Kak Ayu...

Wah..meriahnya raya kat kampung..canteknya sawah..

Rahayu Abdul Rashid said...

Sawah lagi cantik daripada "objek2" utama dalam gambar kan? Ahahaa.