Thursday, August 7, 2014

Cerita Balik Beraya

Kita mula step by step pasal raya heheh.
Orang lain dah nak abes raya dah, Ayu baru nak citer pasal balik beraya. Aper punya slow la kan.

Kali ni raya takleh bawak balik banyak barang, sebab anak sedara nak tumpang. Punah harapan nak shopping kat Melaka. Plan sudah lari huwaaaaa. Sudahnya last minutes shopping kat Bangi Getaway jer. Dah kata tak jadi shopping kat Melaka. Sedih!

Sikit punya sikit pun... inilah hasilnya! Bila upload dalam FB, ramai terkejut hahahha.
Malah ada yang kata macam nak pindah rumah!

Iyer korang... beginilah gaya kehidupanku kalau nak balik kampung.
Ini raya lagi la banyak... kalau tak raya pun lebih kurang sama jer.
Bantal tu memang wajib bawak even nak tidur kat hotel!
Lebih selesa dengan bantal sendiri dan taknak susahkan mak.
Bantal peluk tu Dania punya. Makcik tu memang nak berpeluk ajer tidurnya.


Ni sedih ni... kalau balik kampung, layu-layuan lah pokok-pokok bungaku.
Baru nak elok semula lepas balik dari kampung cuti sekolah bulan June lepas.
Ni nak kena tinggal lagi seminggu. Memang menyeksa pokok la camni.

Sebagai langkah keselamatan dan nak kembangkan 'zuriat' pokok Japanese Rose ni.
Ayu patahkan dan bawak balik kampung.
Eh! yang kat kampung (besut) elok pulak berbunga sakan.
Yang ayu tanam... memang stok nak tengok daun jer la :)

Money Plant tengah subur. Cantik dan gebu.
Pun ayu patahkan bawak balik kampung sikit. 


Lambakan barang dalam kereta. Seat paling belakang memang jadi bonet.
Ikutkan nak bawak balik pokok hidup kecik-kecik sepasu dua.
Sebab dah malas nak tanam banyak-banyak. Tapi tak dapat la sebab penuh dah keta.


Kami balik ke Keratong dulu hari Khamis malam.
Dania terpaksa la ponteng sekolah hari Jumaat nak elak jammed punya pasal.
Jumaat pagi kami bertolak ke Besut. Jalan tak jammed dan keter belum banyak.
Yelah, orang lain tak cuti lagi... hehhehe.
Kami memang dari sejak kawen akan balik lebih awal daripada cuti umum.
Ni teori nizam la ni... so kami takda la kena 'makan jem'.

Lalu highway LPT baru. tapi sekerat jer siapnya.
Sudahnya lalu kat Cheneh jugak! Jimat masa sikit jer la.




Inilah wajah keriangan nak balik kampung! Hariz tak sabar nak mandi sungai dan jumpa ayah su.
Kecik-kecik suka balik kampung... dah besar, janganlah umah nenek pun taknak jejak. 



Ini muka tak sabar jugak ni. Tak sabar nak kemas rumah! 
Sebab rumah mak kena ribut beberapa hari sebelum raya. 
Habis bumbung 3 buah bilik melayang. Kesian mak huhuhu.

Nak harapkan saper lagi kemas rumah kalau bukan iols.
Mak memang dah tak larat dah. 
Nak suruh mak menyapu pun dah tak sampai hati.
Patut keja orang muda.
Tak kira anak atau menantu.
Just the matter of tolong ringankan tulang!
Kalau harapkan datang nak complaint pastu nak feeling diva, baik tak payah balik. 
Semak tengok rumah bersepah... lagi semak tengok orang feeling diva.


Sudahnya... 2 hari (sabtu dan ahad) memang kerja ayu mengemas rumah ajer. 
Itu pun cincai-cincai jer sebab petang nak raya tu baru orang datang gantikan bumbung baru.
Memang bersepah gila rumah mak raya tahun ni.


Apa pun, Alhamdulillah. Selamat balik kampung - beraya - dan balik Semenyih semula.

Bersambung dengan entry raya yang tak pakai baju raya pun!
Memang pakai baju zaman kerja dulu hehhehe.

2 comments:

Aty_Fared said...

part packing barang tu..memang sama lah kak.. kalau boleh almari nak di bawak..heheheh..

akak kalau nak datang umah kite.. wassap jer bagitau biler nak datang..umah kite tak de open house besar2..tapi sentiasa terbuka untuk tetamu.. :) datang lah kak..

mama amir said...

ceria semua wajah nak berhari raya...salam aidilfitri...^_^