Wednesday, August 13, 2014

Decor Pokok Hidup dalam Rumah| Money Plant

Money Plant pokok feveret ayu sepanjang masa.
Cantik... dan yang paling penting tak payah amik tau hehe.
Siram sekali sekala pun takper. Bahagia sungguh jaga pokok ni.

Ahad lepas, lepas keluar lunch... terus ajak nizam singgah nursery.
Terima kasih belanja 2 pokok ni berharga RM5/sepasu.


Inilah dia pokok tu. Takder saiz besar, ini jer ada.
Beli pokok nak yang besar ajer... hehehe.

Gigih bersihkan pasu dan setiap helai daun!
Nak kasik daun nampak cantik berkilat, amik wet tissue... letakkan sikit minyak masak... pastu lap-lap daun tu.
Ni petua ayu dapat daripada Kak Siti... kakak masa kerja kat Unisel dulu.
Terus cantik berkilat daunnya ok!


Nasib baik ngam-ngam saiz pasu money plant tu dengan pasuk Ikea ni.
Satu besar, satu kecik. Pandai aku pilih. (padahal kebetulan jer pun!)


Dah siap!
Decor pokok hidup dalam rumah gunakan pokok Money Plant. 
Bajet minimun pun boleh nampak cantik.





Ini pokok sediada kat rumah. 


Selamat mencuba!

2 comments:

Rizziela said...

nampak sejuk aja

Rahayu Abdul Rashid said...

Tapi tuan punya pokok tangan panas.. asik mati jer pokok :(