Thursday, August 21, 2014

Kemas Almari Pakaian

Salam semua.
Bicara mak-mak... macam ni la kan.
Takder dah nak citer bab kecantikan bagai ni.
Citer kemas baju dalam lemari pun nak share kat blog.
Hehehee... beginilah kehidupan... usia mengubah segalanya!

Sebelum balik raya hari tu... rajin pulak nak kemas-kemas almari.
Sebab rasa banyak pakaian anak-anak masa baby dan kecik-kecik.
Kalaulah ditakdirkan ada baby lagi heheh. Belilah baru.
Lama sangat simpan... sayang pulak, rasa membazir.
Menangis agaknya pakaian tu semua. Dah la lawa lagi semuanya.
Walaupun bukan jenama mahal, tapi kalau jaga elok dan bersih, ok jer!

Pakaian ayu (baju kurung dan shawl) pun banyak tak pakai dah.
Ini pun dah berbelas pasang kasik anak sedara kat JB.
Most of it kain cotton yang corak bunga  lawa-lawa.
Yang ni, simpan pun bukan pakai... buat rasa bersalah pulak tengok.

Baju kebaya...  iskkk! dah seram nak pakai hehehe.
Walaupun masih muat even baju masa masih belum kawen.
Tapi, rasa segan sangat dah nak pakai walaupun raya atau kenduri.
Rasa kalau pakai tu... diri sendiri nak cakap:
"Eh, ayu ko ni dah kenapaaaaa... buang tebiat??"
Itu pun salah satu tanda-tanda penuaan makin menebal heheh.


Maka...berkemas laaa dengan gigih. Amik masa 2 hari baru siap.
Bulan puasa katakan... buat sikit berenti. 
Tapi sambil-sambil lipat pakaian lain jugak.
Susun elok-elok dalam almari dan drawer.
Musim rajin ni datang setahun 3x jer... tengok la musim malas nnti!


Ni pakaian hariz dan dania. Tapi banyak dania punya. 

Ada kasik anak sedara belah nizam yang baru umur beberapa bulan. Harap muat la, mesti comel dia pakai. Pastu, pakaian dania punya bawak balik Besut, kasik anak sedara belah Ayu. memang banyak muat saiz dia. 

Baju kurung dania atau mana-mana yang tak muat ngan anak sedara, suruh jer mak kasik kat sedara-mara atau orang kampung. *amboi! macam banyak benor semua orang nak kasik hehhee.



Ni pulak baju-baju kurung dan kebaya ayu. Nampak tak banyak, sebab koleksi baju ayu banyak kain plain (baju bercorak, kain plain). So selalunya ayu akan tempah baju jer, katakan baju warna purple ada 4 helai... kain untuk pakai dengan 4 helai baju tu cuma sehelai jer warna purple plain.
Bukankah jimat... dan ayu memang suka baju bercorak, kain plain. Rasa simple dan tak sarat.


Nampka kain batik tu? Tu kain batik dibuat kain.... lepas tu pakai dengan baju kurung plain. Kadang-kadang ayu pakai dengan Tops jugak... hahha suka-suka hati aku jer kan. Masa kerja dulu ayu suka melaram dan suka tempah baju. Ni dah tak kerja, setahun sepasang dua jer tempah atau beli ready made. Itu pun pakai sekali dua jer. Lepas tu simpan!

Then, nak jimatkan ruang dan berat dalam kereta nak bawak balik kampung... ayu isi dalam plastik isi comforter macam ni. Apa orang panggil ek? Ni beli lama dah dengan kakak UNISEL dulu... cosway tak silap. Berbaloi beli benda alah ni. 



Ini pulak cerita lepas balik dari beraya.
Oiii... bercinta makcik nak unpack dan kemas baju semula.
Memang seminggu la baju-baju dok berlonggok dalam bilik. Malas sangat!

Tapi... bila dah start buat... memang susah nak stop... sampailah siap!
Inilah antara baju kurung yang tinggal.
Simpan la jugak sikit-sikit... mana tau musim nak berbaju kurung tiba kan.

Yang purple tu baju tunang... nostalgia sangat hehehe.
Yang ini semua lipat jer, malas nak gantung... bukan pakai pun


Yang gantung... yang masih baru, jubah dan dress
Bahagian bawah... letak langsir dan table runner.


Begini rupanya... tak pandai la naklipat lawa-lawa ni.


Ni pulak kemeja dan tops. Tak banyak pun... dah banyak kasik anak sedara. Mana-mana rasa segan nak pakai... memang tak simpan dah. Zaman penuaan dan keinsafan agaknya hehe. 



Bawah pada susunan kemeja dan tops tu... letak comforter dan 2 ekor binatang ni. Dok diam-diam... kalau letak kat luar berhabuk. Cuma sekali sekala hariz akan ambik main.


Tu jer cerita mak-mak berkemas dalam almari itu pun nak tunjuk!
Tadi dalam bilik ni dah pasang langsir black-off. Gelap terus.
Kalau langsir nipis... abes la cepat pudar baju-baju.
Sebab bilik ni menghadap cahaya petang.

Nasib laaaa... dari rumah sewa Shah Alam sampailah ke Semenyih.
Master bedroom menghadap cahaya petang.
Dah rugi ruang, sebab lagi dua bilik kecik.

Ok... jumpa lagi.


P/S: 
Boleh  beli Sabun Beauty Bar/Body Wash/Syampu Marine Essence dengan harga special. Boleh contact Ayu... Oh Bio Seleza Feminine Pad dan Pantyliner jugak. Produk tengah HOT! 

1 comment:

Aty_Fared said...

kemas nya selepas di kemas kak.. :) tetibe semangat nak mengemas lemari esok.. lemari baju ni memang kene selalu kemas kan.. sebab hari2 pakai baju..ngeeee..