Monday, August 18, 2014

Menyusuri Kenangan Ketupat Palas

Saper suka makan pulut? Orang kata makan pulut kulit cantik.
Betul ke? Tak kesah la betul ke dok... yang penting sedap!

Masih lagi dalam mood raya...
Teringat ketupat daun palas yang mak buat setiap kali raya.
Atau bila ayu balik besut, selalu mintak mak buatkan.

Ayu tak pernah buat sendiri, tapi rasanya dah boleh buat.
Cuma kat rumah ni takder kukusan.
Daun palas pun... macam susah jer nak beli.

Pulut ketupat palas ni makan saja pun sedap.
Lemak-lemak, manis dan wangi daun pandan dan santan gitu.
Lagi-lagi masa tengah panas dan baru lepas gaul dengan santan.
Yummmmyyyyyy! Sedap tak hengat ok.


Setiap kali nak raya, ayu dengan mak-lah mengadap periuk ni membungkus ketupat.
Kalau bukan bulan puasa, sedaplah jugak.
Sambil bungkus... sambil makan hehehhe.
Bila puasa tu... telan air liur dan sabor jer laaaaa amik bau.


Ketupat palas ni nostalgia sangat. Resepi tradisi.
Disediakan mak... duduk sama-sama bungkus.
Sampai sengal-sengal leher nak menghabiskan bungkus berkilo-kilo.

Tapi... itulah kenangan terindah.
Satu masa nanti, kita akan selusuri ini semua sebagai 'jalan kenangan'.
Masa berlalu, usia bertambah. Begitulah aturan alam.

Kalau dulu... masa ayu baru belajar bungkus ketupat.
Rasanya masa sekolah menengah.
Arwah ayah siap suruh asingkan yang ayu bungkus.
Ikat semua yang ayu bungkus. Nanti dia nak rasa ketupat anak pompuan dia bungkus.
Padahal rasa sama jer, rupa ketupat tak lawa ada laaa.

Itu tanda kasih. Tanda dia gembira dengan kejayaan anaknya hehe.
Dah 10 tahun ayah pergi selamanya. Tiada lagi kasih dan garangnya itu!
Semua tinggal kenangan yang takkan dilupakan.


KINI... cucunya pula menyibuk!
Tak sempat arwah atuk nak tengok cucunya.
Kalaulah arwah atuk ada... penat orang tua tu melayan.
Arwah ayah ayu latah orangnya. Mesti naya dikerjakan dania hariz.

Al-fatihah.

1 comment:

cik hani said...

kak ayu...
rindunya kat ketupat palas.. tak makan lagi untuk raya tahun ni. kempunan.. huwarghhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...