Wednesday, August 6, 2014

Paten Langsir 2014 Inspired by Ayu Rashid

Assalamualaikum.

Dah raya ke berapa yer? Tak terhitung sudah!
Nak cerita pasal langsir. Tapi bukan langsir raya. 
Tapi just tukar langsir sebab basuh jer. 
Berbulan-bulan tak basuh. Berhabuk!

Begini... langsir yang tak semenggah. Tapi ni langsir paling ayu suka. Gelap gelita dalam rumah. Syok sebab rasa sejuk dan tak silau.

Disebabkan railing langsir tak pasang lagi.
Terpaksalah alter langsir lama ni. Langsir dari rumah Seksyen 7 dulu.
Dulu padankan pakai dengan langsir yang kat atas tu.

Cantik coraknya. RM7/m jer kalau tak silap. Cap Nagoya of course!

Maka, gigihlah daku jahit tangan! Haaaaa, kagum dengan diri sendiri untuk sekali lagi. Walaupun jahitan tu kasar dan jarak-jarak tak berseni langsung. Asalkan melekat sudah!



Macam dah takder tempat lain nak baring. Sajer jer kan!



Setelah bertungkus-lumus menyudahkan jahitan 2 helai langsir. 
Inilah hasilnya!
Panjang sebelah - Pendek sebelah!
Terlajak salah ukur inilah padahnya.
Maka lahirlah Paten Langsir 2014 inspired by Ayu Rashid!



Boleh laaa, asalkan ada sedikit perubahan nak ambik feel raya.


Kalau dah pasang railing langsir... buleh la letak langsir ni kat bilik pulak. 
Dah setahun ada langsir eyelet... tapi masih simpan dalam lemari. 
Ada jugak aku let go kang... tunjuk perasaan kat nizam.



Ini pulak kepala langsir lace beli online.
RM100 = 4 helai termasuk postage. 
Plan nak pasang rumah mak raya lepas, tapi tak sempat nak tukar langsir.
Pasang jer lah kat sini sementara nizam pasang railing.
Ingat nak letak Roman Blind jer kat sini.
Malam... gantung kain batik untuk faktor privacy dan keselamatan hehe.


Sekian cerita langsir panjang sebelah - pendek sebelah.
Ada sesaper nak tiru.... silakan :)

Jumpa lagi. Wassalam.

3 comments:

Aty_Fared said...

yang penting berlangsir yer kak.. :)

Rizziela said...

sama mcm sy dulu..kononnya nak jahit sendiri...last2nyer jd senget..hahha

cik hani said...

saya kalau dapat langsir yang gelap, bukan main suka lagi..
sebab bergelap dalam rumah.. dapat pulak baring-baring memang senang nak lelap..

Suka lanhsir kat tangga tu. comel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...