Saturday, August 9, 2014

Resepi Lontong Goreng Mudah

Assalamualaikum.

Mabuk nasi himpit lagi ke korang?
Kalau dah jemu makan nasi himpit dengan rendang.
Atau, ada lebihan nasi himpit di rumah...
Tapi dah malas nak buat rendang/kuah kacang.
Jom cuba buat Lontong Goreng!

Ewah! macam la expert!
Padahal resepi googled jugak.

Ayu ikut resepi dari blog ni: 
Lontong Goreng Simple Style (click link for recipe)

Bahan-bahan yang beliau gunakan selalunya ada kat dapur kita.
Umah ayu takder ikan bilis, so digantikan dengan kiub ikan bilis Knorr.

Ada pelbagai version Lontong Goreng kat google.
Makin banyak bahan macam udang... mesti lagi sedap.
Nak masak untuk Open House pun sesuai.
Simple, mudah dan sedap.

Tunjuk gambar jer la... resepi tengok kat Link tersebut yer.

Sebenarnya rebus nasi himpit nak makan dengan rendang daging (on Thursday). Sekali tak terusik nasi himpit ni, rendang tu kami terbuat lauk nasik pulok. Dania dan nizam cakap sedap rendang tu. Kembang kuncup hidungku! Maklumlah konsep masak daging 2 tahun sekali. Dania request suruh buat lagi.


Ayam goreng besar dulu, baru potong ala-ala dadu. Kalau potong baru goreng, kurang rasa manis dan sedap ayam. Goreng sekejap jer, jangan garing pulok. Nasik himpit potong jgn terlalu kecik, nanti hancur sebab kita nak goreng nanti. 

Bahan yang dah sedia untuk dicampak dalam kuali. Ayu letak daun bawang dan daun sup banyak-banyak. Sedap! 

The making of Lontong Goreng Simple

Dah siap!
Sebelum ni ayu pernah jugak buat, guna cili padi, bawang putih & bawang merah tumbuk. Lagi sedap berbanding guna cili kering, bawang merah, bawang dan bawang putih siap blender. Umpphhhhhh cili padi lagi sedap. 



IKLAN


Dapatkan 3 produk Marine Essence ini dalam pakej Green Beauty Set:
1. Sebotol Body Wash
2. Sebotol Syampu
3. Seketul Beauty Bar

RM100 jer... harga yang mampu milik!
Jom! Dapatkan sekarang dengan kesan yang terbukti keberkesanannya.
Rugi tak cuba!

No comments: