Wednesday, August 27, 2014

Susu Ayish, Pampers Ayish, Pampers BABY.... Baby?

Assalamualaikum.
Sementara nak pukul 3pm... hariz dah tidur. Sempatlah update blog sekejap. Huhuuuu! Iols dah terrrrrrrlanjur follow citer Philiphines kat TV3... Nyampah aku. Dah la hero tak hensem, jalan citer bukan best sangat pun... banyak benor watak antagonis... tapi dah terlanjur follow, nak juga tau aper akan jadik kat Cecillia asli dan celup!

Ginilah life WAHM... hehhehe.


Nak citer pasal susu dan pampers hariz. Masih minum susu dan berpampers time tidur siang/malam, berjalan jauh dan BER*K! Anak bujang weols takut kat ta*i dia ok! Dia sanggup tahan kalau tak pakai pampers! Geram haku... bukan ke membazir tuuuuu... Nak nanges rasa terpaksa pakaikan dia pampers semata dia nak membuang air besor. Mahal oooohhh sekeping pampers tu! 

Susu sebulan dalam 3 - 4 kotak. Hariz masih kuat menyusu. Dia ni mengada sket, takleh tukar langsung perasa susu lain. Kalau dania dulu asalkan susu jenama sama (kumpulan susu Enfa jugak), dia boleh jer minum perasa Original, Honey dan Vanilla. Hariz dia nak perasa Original jer. Kalau beli perasa lain, memang namanya masuk tong sampahlah!


Sambung cerita buang air besar dalam pampers.
Dari hariz kecik memang kami guna Drypers Drypants. Rasanya jenama ni lagi serap berbanding MamyPoko, dan material lebih soft.

Kami jarang beli pampers yang berpelekat tu, sebab rasa kesian nanti tepi pelekat kan macam tajam... kalau jenis pants ni takder pelekat... tinggal nak kena duit lebih la sikit huhuuuuuuu.

Pampers ni hariz namakan Pampers Ayish. Sebab gambar budak kat plastik ni budak besar macam dia.

Ini pulak dia namakan Pampers Baby. Sebab gambar baby!

Ni memang khusus untuk dia membuang air besar. Kitorang laki bini belikan pampers lebih murah... dan kalu buleh nak yang paling murah. Yelah, semata untuk bera* kan... pastu buang! 


Tapi, mama hariz dah bijak banyak dah dalam nak berjimat ni ehhehehe. Mama dia akan simpan sekeping pampers yang hariz dah pakai (kencing saja dan tak banyak basahnya)... mama akan pakaikan masa dia nak buang air besar... hahahhaha re-cycle pampers!

Baru rasa jimat dan rasa tak bersalah kat pampers tu. Biasa ayu simpan pampers yang hariz tidur malam. Malam pun ayu akan salin pampers dalam pukul 4-5am... so biasa waktu macam tu sampai bangun pagi dia kencing sekali atau tak langsung. 

Begitu... ada tak anak korang sama cam hariz?
Asal nak memerut jer nak pakai pampers. Kalau ada, sila carik pampers paling murah ATAU re-cycle jer. Penjimatan luarbiasa ok!


Sekian.... pasal pampers pun menarik share kat blog bila dah tiada idea hahahah. Babai!

3 comments:

Mak Izz said...

anak sy yg no 2 pun dulu payah sikit nk biasakan dia ke toilet utk membuang. rasa membazir beli pampers sy pakaikan dia cd je (stok cd mmg dh ada beli ms dia baby dulu).

mula2 maknya malas nk cuci tp bila pakai cd, blh basuh dan pakai semula. so jimat xyah beli pampers dh. cuma kalo nk jalan jauh mmg pakai pampers jgk.

skrg dh lega, dh pandai berry kt toilet (before berry kt lantai bilik air) hnsss.. hnsss...

Azziah Nawawi said...

saya beli brand hey baby, lagi murah dari whoopee. sayang kan nak pakai berak je? takpelah, sementara dia nak biasakan diri

MAT NOR said...

Wife saya sebelum ni beli diaper Fitti online kat lazada. Sekarang ni beli kat 11street. Rajin sungguh dia shopping diaper walaupun kami belum ada anak lagi. Tolong belikan untuk anak buah dia. Baru2 ni beli 12 pek drypers kat 11stret, 9 pek drypers superhero M80 dan 3 pek drypers S88 pada harga RM20/pek masa offer 11.11 di 11street sebab guna kupon diskaun memang jimat. Wife lebih prefer beli online sebab lagi murah setelah compare harga dengan tesco online dan katalog econsave. Huggies Pants M60 dan Petpet M76 boleh dapat harga RM 20 - RM 25 setelah guna kupon diskaun. Kami lagi 6 bulan baru ada baby harap2 ada lagi offer di 11street untuk bakal baby kami.