Tuesday, August 12, 2014

Wangi-wangian 'Luarbiasa'

Ini bukan cerita mistik atau yang sewaktu dengannya. Mungkin ia secara kebetulan, mainan perasaan atau memang Allah nak tunjukkan sesuatu, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Ayu just nak share jer.

Beberapa hari lepas abang ayu meninggal, kami kemas bilik dia. Jenazah arwah diletakkan, dimandikan dan dikafankan dalam biliknya. Esok tu, bilik tu kami jadikan bilik untuk solat, sebab bilik tu memang tak ada katil. Tilam dikeluarkan masa arwah nak dibawa balik dari HKT. 

Masuk hari ke-4, adik-beradik lain semua dah balik ke rumah masing-masing. Cuma tinggal ayu dan anak-anak juga adik bongsu ayu. Nizam hari kedua arwah meninggal dah balik kerja. Kami menemankan mak selama lebih kurang 2 minggu sampailah nak habis cuti sekolah (arwah meninggal pada 9/12/2013).

Bila orang yang kita sayang atau keluarga rapat yang meninggal, rasa takut tu akan takda. Sebab ayu memang takut kalau orang meninggal. Sampai boleh termimpi-mimpi orang tu datang. Contoh orang kampung meninggal, padahal kenal orang tu masa kecik-kecik jer, boleh sampai termimpi-mimpi. Ini kes penakut melampau. Macamlah aku tak mati nanti!

Bila masuk dalam bilik arwah abang, rasa sayu sangat. Oh ya, lepas arwah ayah meninggal, arwah abang ayu tu la duduk dalam bilik ayah dan mak. Mak tak pernah masuk tidur dalam bilik tu. Agaknya rasa teringat kan... Arwah ayah meninggal pun atas pangkuan arwah abang ayu tu. Ayah ayu meninggal sudden death, mungkin sakit jantung. 


Berbalik kepada tajuk di atas.

Masa beberapa hari lepas abang ayu meninggal tu. Waktu orang lepas azan maghrib. Mak ayu nak masuk dalam bilik tu nak solat. Sebab mak ayu jenis dengar azan jer, terus solat. Tiba-tiba dia panggil ayu. Suruh berdiri dekat pintu bilik. 

Bau wangi sangat!
Bau wangi  yang luarbiasa yang hidung ni tak pernah bau pun. Bukan bau perfume of course. Sebab saper nak pakai perfume kat rumah. Tak puas hati, ayu masuk pulak dalam bilik (berani ok sebab mak ada sama heheh). 

Memang betul! Baunya semerbak sangat. Tak puas nak hidu. 

Pastu, otak ni membayangkan arwah abang datang. Biasalah, terpengaruh dengan drama dan baca buku-buku mistik. Hati tak takut, tapi rasa rindu, sedih... pastu meleleh airmata.

Bau ni kami berdua (ayu dan mak) dapat hidu dalam 3 hari berturut-turut. Waktu lepas azan maghrib dan ada sekali waktu azan asar pun ada. Mainan syaitan? Wallahua'lam.

TAPI.... adik ayu tak dapat bau pulak. Ayu panggil dia masa ada bau tu, dia kata tak bau apa-apa pun. Sedangkan mak dan ayu dok bau semerbak haruman tu. Mak ayu cakap: "mu berehi baloh ngan dio, tu dok bau tu". Tersengih adik aku!


Masa pergi ziarah kubur pada hari raya lepas pun sama!

Kitorang pegi kubur dah dalam pukul 10am. Nizam, Dania dan Hariz sekejap jer duduk kat kubur, pastu dorang tunggu dalam kereta. Ayu temankan mak baca Yassin. Masa tu cuma ada satu keluarga lalu dekat kubur abang dan datang salam ngan kitorang. Takder bau apa-apa pun wangian dorang pakai.

Tapi, masa dah nak balik tu. Ayu jalan dulu daripada mak. 

Sekali, ayu terbau lagi wangian yang sama macam bauan masa kat rumah dulu! Mula-mula cam tak yakin, terus makin panjang nafas ayu sedut. Memang bau yang sama, deria ni ingat sangat lagi bau tu.

Ayu patah balik ke belakang bagi tahu mak. Sekali mak ayu selesema daaaaaaaaaaaaaa... tak dapat la dia bau. Bau tu memang wangi dan luarbiasa. 

Tak kesah la itu bau apa sebenarnya, tapi hati ni rasa bahagia... rasa rindu yang takkan terlepas dan lepas tu meleleh airmata. 

Biasa, sejak arwah ayah meninggal.... arwah abang la pagi-pagi raya lagi dah pergi ke kubur. Bawak anak-anak sedara especially dania ziarah kubur ayah. Tapi, tahun ini... kami pula menziarahi arwah ayah dan dia. 

Jika dulu, secerek air hanya untuk kubur arwah ayah... kini secerek air itu dikongsikan dua. Jika dulu, al-fatihah itu disebut satu nama khusus, kini ia sudah bertambah menjadi dua... segalanya dua. Kerana mereka darah daging ayu. 

Rindu ini... rindu yang takkan terubat... sehingga tiba masanya, Ayu pula akan ke sana. Itulah aturan kehidupan. Semoga hidup dan matiku dalam berkat dan rahmatNya sentiasa.

Jika dulu.... ayu akui, ayu terlalu mengejar kemewahan dan kejayaan dunia. Tapi, atas segala dugaan dan ujian yang diberikan... ayu tau tak kesah tak mendapat semua tu, tapi ayu taknak susah di akhirat. Cukuplah hidup dalam sederhana disini, asalkan di sana ayu dapat tempat yang terbaik disisiNya.

Al-Fatihah untuk arwah ayah dan abang ayu... juga kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang telah meninggal dunia. Amin.


P/S: apa perasaan orang selfie kat kubur ek? bukankah tanah perkuburan tu antara tempat terbaik untuk kita insaf. jangankan dah jejak kaki dalam tu, kalau lalu dengan kereta nampak tanah perkuburan pun hari mula rasa insaf... semoga kita mendapat HidayahNya. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...