Tuesday, September 30, 2014

Saya Ingin Bekerja dari Rumah!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Ramai wanita yang mempunyai impian untuk bekerja dari rumah. Trend bekerja dari rumah bukan lagi perkara asing di Malaysia. Peluang perniagaan terbuka luas kepada sesiapa yang berani mengambil peluang demi untuk mencapai impian masing-masing.


Bekerja dari rumah bukan perkara susah dan juga bukan perkara mudah! TETAPI ia boleh dilakukan oleh setiap individu selagi mereka kekal fokus, mempunyai target dan bertindak mengikut target yang telah ditetapkan. 


Untuk mula bekerja dari rumah khususnya berbisnes secara online, anda digalakkan memulakan dengan medium pemasaran secara percuma dahulu, seperti:

  • Facebook
  • Facebook Fanpage
  • Blog
  • Instagram

Antara jenis perniagaan yang boleh dijalankan ialah:
  • Dropship
  • Menjual produk MLM
  • Menjual eBook
  • Menjual produk/hasil kraftangan sendiri
  • Menjual produk makanan (kek, kerepek, dll)

Di Akademi Bekerja di Rumah, anda boleh menjadi Rakan Niaga Akademi yang membolehkan anda menjana pendapatan melalui Komisen jualan produk-produk Akademi seperti:
  • Pakej Kelas Online/Offline
  • eBook
  • Upah Buat Blog
  • Pengiklanan di SOHO Directory
  • Seminat/Bengkel dianjurkan ABDR

Kita sangat beruntung kerana bekerja dari rumah adalah peluang untuk kita menjana pendapatan tanpa perlu keluar bekerja setiap hari. Yang penting, kita bijak membuat pengurusan masa antara keluarga, ibadah, bisnes dan semestinya diri sendiri!


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Akademi Bekerja di Rumah, anda boleh menghubungi saya:

Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
Whatsapp/Telegram: 013 - 255 0727
Email: rahayu4179@gmail.com

Saturday, September 27, 2014

Tukar Fungsi Bilik

Assalamualaikum.

Semalam dalam masa 2 jam sempat kemas ketiga-tiga bilik. Tetiber rasa nak cuba jadikan Master Bedroom sebagai Playroom dan Home schooling Hariz Dania. Takder la home schooling mana pun, sebab risau tengok hariz asik nak melekat dengan gadjet dan tv ajer. 

Ok, ni ayu nak share apa perubahan tukar-tukar kedudukan perabot yang ayu buat semalam. 


Master Bedroom
Rapatkan katil ke dinding dan tingkap supaya bilik lebih lapang. Tak suka sebenarnya katil rapat ke tingkap. Tapi terpaksalah jugak.


Mula nak beraksi


Toyogo nak isi mainan. Susahnya kalau banyak sangat mainan ni. Semak rumah! *Dinding dah makin teruk berkulat... bosan betul dinding bermasalah macam ni.



Bilik Dania
Bilik ni yang sebelumnya dijadikan tempat letak semua drawer, almari pakaian dan meja kopi dah dijadikan macam ni. Alihkan toyogo dan meja kopi ke Master Bedroom. Lepas tu, dialihkan juga 1 drawer baju dan cermin #ootd kononnya ke bilik hariz. 

Boleh jadi tempat bergolek-golek! Tapi tak lalu kot, sebab bilik ni panas coz mengadap cahaya petang. Sayang pulak, sebab bilik ni sebenarnya Master Bedroom. Tapi kalau dah mengadap cahaya petang, APTB. Tak sanggup nak bersauna. Pasang langsir tebal dan kalis cahaya pun tetap berbahang!


Letak bantal yang selalu letak atas sofa kat sini. Serabut tengok bantal atas sofa. Macam mana nak melawa rumah kalau semua benda nampak serabut. 

View dari cermin almari solek. Nampak cermin comot tu... hahah lap guna kain memang la macam ni jadiknya. Asyik lupa nak bawak suratkhabar naik atas untuk lap cermin.


Bilik Hariz
Kalau ada rezeki, rasa nak beli kain Elyza's buat langsir bilik ni. Sebab tingkap 2 panel jer ni, tak guna banyak kain. Maklumlah kain Elyza's tu mahal gilaaaa.


Hujung katil letak cermin #ootd. Beli nak gantung kat dinding sebenarnya... akhirnya selepas setahun beli, masih kekal tak bergantung. 

Itu jer pun ubahnya. Tatau la bertahan berapa lama. Sebab cepat bosan dengan kedudukan perabot sama. Tak dapat beli, kita ubah-ubah kedudukan dah cukup. 

Ok, selamat berhujung minggu. Kami dok rumah jer dediam, nizam masih kerja lagi. Semoga tahun ni TNB kasik bonus 5 bulan gaji. Wooohaaaaa! Babai.

Friday, September 26, 2014

Dekorasi Bilik Bertemakan Warna Pink & Purple

Amboi... amboi... amboi! tajuk.... tak menahan tu! Padahal cadar, sarung bantal dan alas meja buruk ajer pun hehe. Takper, mana ada gambar folder kita share-kan ajer. Kata nak niche blog deko-deko kan. Walaupun deko tak glam dan mewah, boleh la takat buat cuci mata dan kenangan sendiri.

Bila dah pasang semua... eh! bilik ni dah jadi tema pink & purple pulak, macam warna bilik dania (yang dah dijadikan ala-ala store room gitew!). Nanti next entry ayu share gambar dalam bilik dania pulak.

Yang pasti, tingkap tetap togel walaupun dah setahun lebih duduk sini. Diulangi... setahun lebih ok! bukan sebulan lebih. Mana iols tak stress. Habuk tak payah cakap laaaa... dah la jiran belakang rumah berganti-ganti renovate rumah. Jiran melawa rumah, kami yang berkongsi habuk! 


Puas hati beli comforter jenama Windsir. Daripada baru sebulan dua kawen, sampai sekarang masih elok dan tak berbulu pun. Cuma cadarnya tatau campak mana. Rasa bawak balik kampung, tapi takder pun. Nasib baik ada comforter, so bentang jer la comforter terus.Bantal kecik tu beli kat Lovely Lace. Comel kan?


Bunga purple tu pun beli kat Lovely Lace. Beli sesamer dengan bantal purple kecik tadi, ada lagi 2 bijik jenis besar sikit... tapi simpan jer, taknak semak sangat letak bantal banyak-banyak. Alas side table tu pulak beli dengan kawan unisel dulu. Pun dah berkurun lamanya. Beli 2 helai, cantik!

Rasa nak kemas semula ketiga-tiga bilik. Bosan tatau nak buat apa weekend ni. Bestnya duduk Shah Alam boleh merayap sana-sini. Dok sini setahun makin sangap rasanya! Huikkksss bertingkek-tingkek tahap bosannya!

Ok... jumpa lagi!

Wednesday, September 24, 2014

Bilik Dania dah Jadi Bilik Longgok Almari dan Barang!

Assalamualaikum. 
Ini pulak keadaan dalam bilik Dania... Semua longgok dalam bilik ni. Tu laaa, bilik ni sebenarnya Master Bedroom, memang la besar. Tapi malangnya, bilik ni mengadap cahaya petang. Oiiii panas luarbiasa!

Gini la keadaan bilik dania ni yang kononya juga Playroom, tapi dah bertukar jadi bilik store! Tapi bilik ni sentiasa kemas, iols tak boleh la duduk kalau rumah bersepah. Risau memikirkan hehehe. Walaupun naik atas jarang-jarang jer, tapi mesti kena kemas. Vacuum 2x seminggu dan mop sekali seminggu. 














Ok malas nak tulis captions. Nanti korang boring baca :)
Jumpa lagi... Bye!

Tuesday, September 23, 2014

DEKORASI BILIK PELBAGAI CORAK ADO

Assalamualaikum.


Lama tak share pasal dekorasi rumah. Sebab dah malas nak pikir pasal melawa rumah ni. Sentap dengan laki sebab tak pasang-pasang lagi railing langsir. Kalaulah dinding ni dinding kayu macam rumah kat kampung, memang dah selamat aku kerjakan. Tak payah nak mintak-mintak orang buat, buat sakit hati jer!


See, masih lagi gantung sekeping roman blind yang dah tak rupa roman blind dah... sebab memang semata sangkut kainnya ajer. Railing dan besinya semua simpan dalam stor bawah tangga. Lagi sehelai dok elok berlipat dalam almari. 

Dekorasi bilik hariz (kononnya laa) yang caca-marba. 
Semua kaler dan corak ada. Ko nak bunga, jalur, plain, tompok manggis... semua ado. Meriah sungguh!

Cuma letak katil, sebijik meja sisi dan bentang karpet jer. Drawer baju yang sebelum ni dalam bilik ni dah tarik masuk bilik Dania. Semua sumbat dalam bilik tu. Senang kerja mengemas!



Sebenarnya, kain berbunga tu lebihan kain sarung sofa rumah mak besut hehhee. Dijahit jadi langsir tapi pendek jer la kainnya. Nak mudahkan kerja membasuh dan nak elakkan cadar kena habuk, ayu bentang la langsir ni hehehe. Terus jadik ala-ala skirting gitew walaupun tak semenggah rupanya!


Ok... tu jer nak share, sebab takder idea nak share pasal apa. Sebelum delete gambar ni, kita kongsi kat sini walaupun deko-nya alahaiiiiii sedehhh la ko ayu!

Jumpa lagi... Wassalam.

Monday, September 22, 2014

DIY Gubahan Bunga| Dalam Teko Air Bocor!

Assalamualaikum.

Balik Besut cuti minggu lepas, ayu bawak balik beberapa bunga kat rumah.
Sebab dah malas nak banyak bunga dalam rumah.
Hehehe... padahal dah bosan tengok dan nak beli yang baru!


Antara yang bawak balik ialah bunga rose putih beli kat Romantika ni.



Kat rumah mak, ada satu teko air yang kakak beli masa dia zaman anak dara dulu. Guna beberapa kali dah pecah sikit. Sebab isi air sejuk kot. Cantik set cawan ni. 

So, ayu amik teko ni... isi bunga rose putih tu.



Inilah hasilnya. Simple jer :)



Letak kat meja bulat sudut ni. 


So, kepada korang yang ada bekas/teko pecah yang lawa-lawa tu.
Bolehlah dijadikan pasu bunga. 
Jimat duit tak payah beli pasu, pun tetap nampak cantik.

Jumpa lagi. Wassalam.

Thursday, September 18, 2014

Aktiviti Bila Cuti Sekolah

Assalamualaikum.
Dah nak habis pun cuti sekolah. Tak payahlah nak bercerita bab aktiviti cuti sekolah kan. Dah sah-sah asal cuti jer balik kampung (di baca: Besut). 


Kalau Keratong konsep balik hujung minggu. Dekat jer pun dari Semenyih - Keratong kalau pecutan nizam adalah dalam 3 jam. Itu pun abah dia dah cakap cepatnya sampai.

Asyik muka kitorang anak-beranak jer balik kampung. Sesilap muak muka orang nengok! Eh, tak sempat nak menyulam rindu... balikkkk lagi. Heheeh.


Satu dapat puji nizam ni (satu jer tuuu, hahaha!) Dia tak berkira bab duit kalau nak balik kampung. Kalau nak balik Besut, takder kat tangan dalam RM500, jangan berangan nak balik. 

Sebab tu takat Semenyih - Keratong tu... balik tiap-tiap minggu pun pernah. Masa dok Shah Alam dulu tak sekerap dok Semenyih, sebab jauh sket dan kena hadap laluan yang selalu jammed.



So, dalam plan cuti sekolah Dania. Kalau cuti sekolah, memang kami takkan plan nak bercuti ke mana-mana pun! Lagi pun, time cuti rate hotel mahal dan serabut laaa rasanya.

Best lagi bercuti masa weekend. Takder la serabut mana. Lagi best kalau anak ponteng sekolah, boleh bercuti on weekdays ;P


Takper. Selagi ada mak ayah ni la nak balik kampung. Dah takder, apa guna dah. Duit kalau ikutkan tak cukup, sampai bila takkan pernah cukup. Kerja kalau ikutkan tak habis, sampai bila takkan habis.

Pandai-pandailah kita bagi keutamaan. Ikutkan rasa nak bercuti, memang la nak. Tapi itu bila-bila pun boleh pergi. Peluang nak dok kat kampung berhari-hari tak selalu ada.


Ok! Dah siap 1 entry hahahaha. Takder idea sebenarnya. Main taip jer :P

Thursday, September 11, 2014

Resepi Ayam Singgang

Assalamualaikum.

Kelmarin, ayu share kat FB gambar ayam singgang.
Hohooooo... beginilah rupa parasnya. Tak semenggah!
Takder masa nak tukar-tukar masuk pinggan-mangkuk lawa.
Lagipun, jangan berangan nak tengok pinggan-mangkuk-periuk-cawan lawa kat umah i.
Tobat korang takkan jumpa. Iols tak minat, asal buleh guna sudaaaaa.
Belum sampai seru nak buat koleksi barang dapur hehhe.


Ramai yang pelik. Ayam pun boleh masak singgang ke?
Biasa ikan, tulang lembu dan daging lembu jer kan.
Tapi... ayam singgang pun sedap ok!


Ini dia resepinya. Lebih kurang sama jer dengan resepi singgang daging/tulang.

*Anggaran bahan sila pepandai agak sendiri hehehe.

Bahan-bahan:
Ayam
*Bawang merah
*Bawang putih
*Kunyit hidup
*Lengkuas
*Cili kering
Ketumbar (tak perlu goreng, basuh terus tumbuk dan takyah lumat sangat)
Garam
Gula/gula melaka (sikitttt jer nak kasik lemak-manis sket)
Air (sebagai kuah)

Bahan bertanda (*) tu semua potong ajer!

Cara:
Campak jer semua masuk dalam periuk beserta air.
Masak sampai ayam empuk dan nampak keluar minyak ayam (macam dalam gambar)
Nak lagi sedap, masukkan lada solok sebijik-sebijik. Buat ulam kalau nak pedas.


Tu jer bahan dan caranya. Memang sedap dan mudah giler nak buat.
Sila sekawankan makan dengan budu/sambal belacan/sambal tempoyak dan ulam-ulaman.
Ulam paling ngam dengan singgang ialah timun dan petai.
Fuhhhhhhhhhhhhh! terus rasa ehhhh! sedapnya aku masak hehhe.

Ok... cuba, jangan tak cuba. Time takder selera, lauk macam ni memang sesuai.
Sekian, dari dapur Ayu Rashid!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...