Thursday, October 30, 2014

Yoga Pants at Zalora Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua;

Bagi wanita masa kini, terutamanya yang sudah bekerja, they tend to bow down more demi kerja mereka dan bukan untuk kehidupan mereka. Ini adalah satu fakta. Walaupun ramai yang tahu betapa pentingnya sebuah kerjaya demi kelangsungan hidup yang lebih baik, namun itu tidak bermakna kita tidak boleh live our life to the fullest. 


You may lose some while gaining some but you might regret later when you realise you have just missed all the good chances in your life. So don’t let the chance slip away, cuba imbangkan hidup anda dengan pelbagai aktiviti yang boleh membuatkan anda lebih happy.
Image source: Google Images

Bersenam atau bersukan adalah antara aktiviti yang sangat bermanfaat!

Ia bukan hanya untuk membuatkan anda cergas dan cantik luar dan dalam sahaja, namun percayalah sedikit exercise of  your favourite activity boleh membuatkan anda lebih happy. Kesihatan itu adalah penting dan kini ramai wanita yang mengabaikannya dek kerana jadual kerja yang terlalu padat. Cuba atur dan seimbangkan agar anda mempunyai kehidupan yang lebih bermakna.


Bagi mereka yang gemar akan aktiviti yoga pasti tahu manfaat dan kebaikannya untuk tubuh badan. Ianya adalah satu bentuk senaman yang cukup baik untuk tubuh badan malah membantu mengurangkan stress! Namun anda harus tahu bahawa persalinan yang sesuai adalah sangat penting sebelum mengikuti kelas yoga.


Dapatkan pakaian yang sesuai seperti baju sukan atau sports top yang selesa, sepasang kasut sukan dan sudah pasti yoga pants. You never ever want to go to the yoga class wearing jeans, kan? So sebelum anda sertai kelas senaman itu dapatkan dahulu sepasang seluar yoga yang diperbuat daripada material yang berkualiti bagi menjamin keselesaan ketika membuat yoga.



Jika anda masih mencari seluar yang sesuai apa kata lihat di website ZALORA Malaysia. ZALORA mempunyai koleksi Yoga Pants online for women dengan harga yang sangat berpatutan daripada pelbagai jenama terbaik. Jadi, sekarang anda sudah tahu di mana untuk dapatkan seluar yoga anda!

                   

                   

Tuesday, October 28, 2014

PROMOSI: Pakej Mampu Milik Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum.

Berita baik untuk rakan-rakan pembaca yang mencari peluang untuk menyertai Akademi Bekerja di Rumah yang menghadapi kekangan kewangan kerana Akademi Bekerja di Rumah sedang mengadakan PROMOSI seperti berikut:

CATATAN: Untuk tempoh terhad sehingga dimaklumkan kelak. 



Untuk itu, inilah peluang terbaik untuk rakan-rakan rebut segera. Jangan bertangguh lagi kerana promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja lagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ayu sebagaimana cara yang dinyatakan di dalam gambar di atas.

Have a good day! Wassalam.

Friday, October 24, 2014

Bila Nak Buat Entry 'Baik-baik'...

Assalamualaikum.

Bila buat entry kat blog atau share status kat facebook, hal berkaitan agama atau ala-ala kebaikan adalah perkara paling 'takut' ayu nak share! 

Sebabnya ialah:
Bimbang disalah tafsir, bimbang dikatakan poyo, bimbang dikatakan macam bagus padahal tak bagus langsung!, bimbang apa ditulis tak sama dengan perangai sebenar yang OMG! buruknya perangai ko ayu oiiiii... dan, paling takut wujud perasaan riak. Nauzubillah.

Cuba kira berapa banyak perkataan BIMBANG yang ada kat atas tu!

Diri sendiri dok fikir bukan-bukan. Secara tak langsung boleh menarik aura negatif. Sedangkan perkongsian tu sedikit sebanyak mungkin dapat tingkatkan semangat dan kesedaran diri sendiri dan insyaAllah orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik.



So, tak salah nak share kan?
Biarlah jari-jemari gemuk ku ini nanti bersaksi didepan Allah Taala yang jari jemari ini PERNAH berkongsi perkara kebaikan walaupun hanya menggunakan kaedah Copy-Paste sahaja. ATAU, aku share tapi aku sendiri tak istiqamah dan tak amalkan. Time rajin buat, tapi tak rajin takder maknanya nak buat. 

Tapi, mungkin ada orang lain dapat manfaat kan? Tu pun sumber pahala buat kita juga kan? Selagi orang beramal dengan apa yang kita sampaikan/ajar, selama itulah pahala mengalir. 

Maka, lepas ni janganlah menyampah kalau iols share hal-hal keagamaan. Kalau ayu sendiri tak amalkan, ayu yang rugi. Kalau uols amalkan dan dapat manfaat daripadanya, insyaAllah kita sama-sama dapat pahala. Amin.



Esok InsyaAllah kita akan sambut Tahun Baru Hijrah. Kita tak perlu tunggu tahun baru untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Setiap hari dan masa, selagi kita bernafas, itulah peluang kita nak  bertaubat dan berubah. Sebab kita, tatau bila masa kita akan 'berhijrah' ke alam barzakh!


Dalam tahun ni, ayu banyak lalui dugaan. Paling menguji kekuatan ialah bila arwah abang ayu meninggal pada 9/12/2013 lepas. Sebenarnya, ia adalah permulaan ayu kembali muhasabah diri, takut dengan kematian (sebab banyak dosa dan bekalan nak berjumpa Allah takder dan malu nak berjumpa denganNya sebelum sempat bertaubat dan tambah amalan). 

Alhamdulillah, Allah beri hikmah disebalik ujian dan kehilangan. Yelah, kita tau setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tapi kita susah nak terima sebuah kehilangan... sedangkan kita pun akan mati jugak. So, bekalan untuk diri sendiri yang perlu kita bekalkan siap-siap. Dan sebagai tanda kasih kepada yang 'telah pergi' kita buatlah apa yang patut agar mereka 'disana' juga dapat merasai ganjarannya. 

Semoga bila kita pulak dah di 'alam sana', orang lain pula yang akan mendoakan kita dan buat amal jariah buat kita. Tapi, kita pun boleh tinggalkan sesuatu yang membolehkan pahala mengalir tanpa putus. Salah satu cara 'moden' dan zaman IT ini melalui perkongsian yang baik-baik dilaman sosial. Mudah kan?


Salam Sayang;
Ayu Rashid

Images source: Google Image

Thursday, October 23, 2014

Kari Ayam gunakan Santan Segera M&S yang Sedap!

Assalamualaikum.

Kalau nak masak gunakan santan, korang rajin eh guna kelapa parut? Ayu ni malas! Semata nak masak lauk berkuah lemak/kari setengah periuk kecik, rasa malasnya nak renyah-renyah memerah santan. 

Dah la beli sebijik kelapa parut, bila guna sikit ajer santan tu... memang la simpan dalam peti... tapi selalunya akan buang jugak! Maklumlah jarang masak lauk bersantan. Kalau kari pun, nizam suka kari tanpa santan. Ayu tak berapa suka pulak... suka bersantan jugak walaupun letak sikit ajer. Lepas tu berangan nak kurus macam Maya Karin, makan taknak jaga!

Sumber: Google
Nasib baik ada santan segera!

Dulu, masa baru kawen ayu biasa beli jenama Ka*a. Tapi selalunya rasanya agak tengik dan tak sedap sangat. Pernah juga cuba yang jenis santan segera serbuk. Lagi tak berapa sedap. Pelik rasanya. Eh! ke aku yang tak reti masak? Hehehhehe.

Akhirnya, jumpa jugak santan segera yang sedap! Santan M&SSantan M&S ni memang sedap. Rasanya macam santan segar uols! 
Selalunya sekotak ayu guna untuk 2x masak. Yang lebih guna tu, letak dalam peti kat sejuk beku. Bila nak guna lagi, baru keluarkan. Tunggu cair atau kalau malas dan nak cepat, ayu potong kotak tu dan letak jer santan berketul tu dalam periuk/kuali campur sikit air. Bahagia rasanya, senang kerja aku memasak dan sedap pulak tu!

Kelmarin masak kari ayam cincai-cincai sebab takder bahan sangat (tanpa kacang bendi, tomato, cili besar dan daun kari). 
Nampak tak santan tu, menyelerakan dan tak berbau tengik (kalau santan bau tengik, memang 'out' la hasil masakan. Jangan lupa tambah sedikit air kalau taknak kuah terlalu pekat. 

Santan dah 'pecah minyak'. Cantik hasil masakan iols tau... dan sedap juga (puji masakan sendiri heheh)

Masak kari ayam, tapi guna rempah kari ikan. Asalkan kari sudah! Ayu suka gunakan rempah kari Adabi berbanding Baba's. Sebab kari Baba's rasa 'menyengat' sangat dan cepat rasa muak. Kari Adabi rasa sedap ala-ala rempah kari/rempah gulai belah Terengganu sana (cap Orang Terbang atau Cap Rose, yang memang terkenal sedap giler!)

So, kalau korang nak masak dengan cepat dan sedap, ayu rekemen Santan M&S ni. Selamat mencuba!

Tuesday, October 21, 2014

Deko Rumah Sewa Seksyen 7

Salam semua.

Malam tadi, browse ler folder gambar kat labtop. Banyak gambar rumah sewa Seksyen 7 dulu (Blok 12 Flat PKNS, Shah Alam). 

Dari awal pindah sampailah pindah lagi! 
Berganti warna cat sebanyak 2 kali.

Warna asal putih.
Then, kami cat warna ala-ala peach.

Tak lama kemudian, cat pulak warna coklat gelap dan coklat muda.
Masa tu, adik ayu duduk dengan ayu.
So, dia la yang tolong cat. 

Rindu rumah tu. Best duduk situ. Nak jaga pun senang.
Pada ayu, ayu suka rumah kecik.
Nak deko senang, nak jaga pun senang.


Nanti ayu share gambar rumah tu kat sini. Oh! Ayu namakan rumah tu Istana Kayangan.
Mana tak kayangan, kalau tingkat 4 kena daki tangga!
Mengah makcik, lagi-lagi masa pregnant hariz.
Nasib baik masa tu dah tak kerja :)

Ok, jumpa lagi!

Monday, October 20, 2014

Semalam adalah Kenangan... Esok adalah Impian!


Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok!
~Anon~

*bila malas dah takder idea memang macam ni cara update blog :P

Saturday, October 18, 2014

PROMOSI OKTOBER: Mineral Coffee

Sticky Post
Please Scrool Down for the Latest Post


MINERAL COFFEE
Mineral Coffee adalah minuman kopi segera keluaran Hai-O Marketing. Diformulasikan dengan adunan biji kopi Robusta dan Garam Buluh untuk menghasilkan minuman kopi yang enak dan kaya dengan garam mineral yang diperlukan tubuh.

Mineral Coffee dipeket kecil agar mudah dibawa kemana-mana
. Setiap kotak berharga RM26.50 (Semenanjung) atau RM27.50 (Sabah/Sarawak) 
mengandungi 20 sachets.

Mineral Coffee semakin dikenali dan diminati di seluruh Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia termasuklah negara Eropah dan Timur Tengah. Ia bukan sahaja memberi anda kepuasan kopi sebenar malah manfaat kesihatan yang tidak ternilai.

Ramai rakyat Malaysia telah mencuba dan terus meminum Mineral Coffee kerana ia membantu mengurangkan masalah kesihatan yang dihidapi seperti masalah penghadaman, senggugut, gastrik dan sebagainya.


Kebaikan Meminum Mineral Coffee:
Banyak kajian merumuskan meminum kopi ada kebaikan kesihatan. Diantara kebaikan yang diperhatikan dikalangan peminum kopi berbanding golongan tidak meminum kopi adalah:
  • kurang menghidap penyakit kencing manis (NIDDM), penyakit Parkinson dan nyanyuk
  • kurang kes sesetengah kanser, penyakit aritmia jantung dan stroke.

Selain nikmat dan kemewahan rasa minuman Mineral Coffee, ada banyak khasiat iaitu:
  • memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
  • menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi
  • mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik
  • membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
  • membantu mengurangkan sakit senggugut
  • membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan ekzema
  • mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit
  • membantu mengurangkan masalah sukar tidur
  • membantu anda tidur lena diwaktu malam
  • mengurangkan masalah buasir dan sembelit
  • khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dsb


PROMOSI ISTIMEWA OKTOBER:
Set 2 Boxes


Set 4 Boxes


Nak beli sekotak pun boleh. 

RM26 + 6 postage = RM32 sahaja.

Hubungi Ayu untuk maklumat lanjut/Pembelian:
013 - 255 0727

Thursday, October 16, 2014

Susun Atur Meja Kerja (SOHO) Ayu Rashid

Assalamualaikum.

Minggu lepas sejak Raya Haji, ayu tak berapa sihat. Seminggu lebih rumah tak vacum dan mop. Tapi dalam tak sihat tu, slow-slow buat kerja mengemas yang basic-basic. Tak sanggup tengok rumah bersepah. Semalam kuatkan semangat jugak mengemas rumah (ayat tak agak-agak!)

Sebelum berkemas tu, terus pakai full set Premium Beautiful. Bila pakai Premium Beautiful, rasa takder la seksa sangat badan buat kerja, especially bahagian perut dan belakang. Kalau pakai Waist Nipper saja pun dah OK sebab bengkung ni dapat support tulang belakang dan bahagian peranakan. So, memang selesa especially masa vacum dan mop lantai. 

Nasib baik lepas buat kerja takder la sakit badan. Kalau tak, i akan kene bebel dengan nizam. Dah tu, kalau i tak buat... saper lagi nak buat. Biar sakit badan, jangan sakit mata tengok rumah tak berkemas. Bila dah bersih... bahagia rasanya :)


Bila dah siap semuanya! Walaupun vacum, tapi tak mop... rasa bersih tu tak sama. Cuma belum ada kerajinan lagi nak mop lantai guna kain batik celup dalam air panas macam kawan-kawan kat FB dok share. 

Fuhhh! Memang nampak bersih berkilat. Erkkkk! Tapi belum sampai seru nak sebegitu gigih. Cukup ler pakai mop biasa... asalkan mop sudah!


SOHO Ayu Rashid ni letaknya kat ruang tamu. Sebelah TV dan di depan bilik air. Anak kecik macam ni laaaa. Berangan jer la nak letak SOHO dalam bilik dan deko lawa-lawa. Kalau bilik kat bawah best laaa, ini kat atas... kalau rumah sendiri dah renovate dah jadikan bilik kat bawah 2 buah. Kecik-kecik jadik laaa asalkan dapat fully utilised.


Meja mesti nak beralas, Sebab dania selalu guna jugak, taknak kotorkan meja. Kalau alas meja senang boleh basuh.


Atas meja just letak labtop dan barang-barang yang selalu guna ajer. Buku nota, buku yang ayu suka baca berulang kali dan notes berkaitan bisnes as quick reference yang senang nak capai bila nak guna. Tak suka banyak barang, serabut walaupun sebenarnya kemas.

Stationary tu banyak pensil warna dania-hariz jer. Tu nampak meriah :)


Dalam drawer...pun tak banyak isinya. Letak mana yang perlu saja. 


Last but not least! Sini pun boleh jadi tempat main!

Bila tengok SOHO orang lain yang ada rak gantung-gantung... lawa jugak.
Tapi, buat masa ni... tak sesuai dan tak perlu lagi.
Sebab rumah sewa jer pun. Taknak tebuk sana-sini.

Lagi pun, bukan banyak barang/files pun.
Cuma deko tu akan jadi lebih cantik dan nampak lebih proper.
Aura kerja dari rumah tu lagi menyerlah gitu.

Ok... bersyukur dengan apa yang ada.
Asalkan boleh buat kerja dan bisnes jalan, Alhamdulillah dah.

Ok, jumpa lagi. Wassalam.


Wednesday, October 15, 2014

Cadar Quilt Patchwork dari Laurea Home Furnishing

Assalamualaikum.
Takder ubah apa-apa pun... memang semata tukar cadar.

Nak sangat kaler kelabu... dah dapat.
Lepas ni nak beli karpet kaler kelabu pulak. Lama tak pegi buat lawatan tapak kat Nilai 3.
Nak karpet kaler kelabu sepenuhnya, tak mau ada kaler lain atas tu. 

Bunga pun dah sedondon ngan cadar. Kebetulan!


Kaler pink dan putih pun ada... matching dengan alas meja.


Zoom in corak cadar quilt patchwork ni.
Kepada sesaper berninat nak beli, boleh layari laman web Laurea Home Furnishing:
www.laureahomefurnishing.com

Banyak jer online seller cadar quilt ni, asalkan ada duit... semua boleh!

Jumpa lagi!

Tuesday, October 14, 2014

Cadar Quilt Patchwork Murah!

Tajuk entry dah macam meniaga pulak yer!

Takder ke sesaper yang meniaga Cadar Quilt Patchwork, sofa cover patchwork, runner patchwork, karpet patchwork atau segala benda berkaitan quilt patchwork nak taja i ke? hahaha... nanti i promote baekkk punya (feeling blogger fofuler ler sangat!)


Setelah sekian lama, akhirnya belilah jugak.
Nak yang murah of course keutamaan kan... tapi mata ni haaaa... susah sangat nak berkenan dengan corak dan warnanya. Kebanyakan yang ayu tengok (online) adalah corak yang messy. Ayu suka yang simple dan modern. 

Yang nakkkkk sangat beli cadar quilt patchwork ni sebab malas nak kemas cadar!

Kan keistimewaan cadar patchwork ni sebab dia akan kekal statik gitu. Takder la macam cadar/comforter biasa, ko bergerak sikit... dah sekali dengan cadar tu bergerak senada seirama. Kan dah bertambah bidang tugas nak mengemas.

Payah jugak tau orang ada syndrome OCD ni!


Saya beli dari sorang kakak di Facebook.
Puan Siti Hawa (Laurea Home Furnishing). Click

Kebetulan Laurea Home Furnishing buat offer Aidiladha, so murah la berbanding harga biasa dan seller lain jugal. 
RM100 + RM10 postage (saiz Queen)


Ayu pilih corak ni walaupun agak messy. Semata nak warna KELABU!
Nak letak dalam master bedroom yang berdinding kelabu. Kebetulan pulak ada warna pink sikit-sikit tu... maka adalah jugak effect comel dan gegirl disitu hehhee.


Cadar Quilt Patchwork murah ni, ada corak depan dan belakang.
So boleh guna dua-dua bahagian.

Opssssss! Rupanya kaler cadar ni dah lebih kurang kaler cadar yang beli kat Guangzhou tu daaaaaaaaaaaaaa.

Takper, nanti kita kumpul duit beli lagi selai

(ke ada sesaper nak sponsor? i pasrah menerimanya... tapi nak warna PINK tau kuikuikuiiiii)


Sarung bantal pun boleh guna depan belakang. Tapi corak yang belakang tu tak lawa.

Kalau ikutkan keselesaan, cadar cotton biasa of course lebih selesa, lembut dan tak panas.
Tapi, kalau nak memudahkan kehidupan... memang terbaiklah guna cadar quilt ni.
Takder la asyik nak kena betulkan cadar jer kan.

Ok... nanti i tunjuk gambar cadar ni yang dah siap pasang.

Jumpa lag!

Monday, October 13, 2014

Master Bedroom| Tak Sesuai sebagai Bilik untuk disepah-sepahkan!

Konon berangan nak jadikan bilik Master ni sebagai tempat anak-anak belajar dan main-main... sambil mama bergolek baca buku atas katil... memang tak boleh!


Sakit pulak mata tengok bilik jadi macam tu. 
Memang takder kerja carik kerja... buat penat dan sakit badan jer kan. Tapi takper, asal tak sakit dah mata ni hehhe.


Sehari sebelum raya haji (sabtu lepas).
Sempat alihkan balik semua... so, kedudukan Master Bedroom dah kembali ke asalnya. Dengan perabot yang sangat minima. 

Sementara tunggu cadar quilt patchwork yang ayu beli online sampai, pakaikan dulu cadar dari Guangzhou ni.

Punyalah bermasalah Skynet, ayu punya cadar boleh dibawaknya sampai ke Kota Tinggi, Johor. Amboiiii, ko dah kenapa Skynet. Sudahnya Selasa lepas raya Haji baru sampai. 

Memang Skynet ni bermasalah ke, dulu pernah gak sekali beli barang online. Kami takder kat rumah, boleh dicampak ajer barang dibeli ke dalam pagar (beranda rumah!).
Si penghantar tu sign sendiri ke consignmnet note tu kalau dah main campak macam tu?

Nasib baik tak hilang, sebab harga barang i beli masa tu RM100++ jugak. *Tetiber terkutuk Skynet kat sini, dah 2x terkena servis macam hampeh, mau tak angin! I bayar ok :P


Nampak sempit ruang bawah tu, tapi muat lagi untuk solat.


Meja bulat legend sangat ni. Arwah abang buatkan masa ayu baru kawen lagi. Bila tengok meja ni, rindunya kat arwah. 


Betullah orang cakap kan.. bila sesorang yang kita sayang dah takder, setiap benda yang berkaitan dengan dirinya, pasti kita ingat. 


Next entry ayu share gambar cadar quilt patchwork yang ayu beli. Jumpa lagi!

Friday, October 10, 2014

Susun Atur| Cawan dan Botol Minuman dalam Bakul

Assalamualaikum.

Hari ni, nak share idea susun atur di dapur menggunakan bakul. Rasanya kalau kawan-kawan yang masuk dalam Group Facebook Kami Suka Susun Atur, dah pernah tengok gambar ni. Actually, ni  susun atur masa Hari Raya Aidilfitri lepas (sepanjang bulan Syawal).


Ayu ni jenis tak suka nampak banyak barang depan mata. Walau kemas macam mana pun, kalau banyak barang (contoh atas table top/kabinet/almari solek sekalipun!), ayu tetap akan nampak benda tu bersepah. Padahal elok jer. Mengada sangat mata ni tau!


So, ayu suka letak kebanyakan barang dalam drawer atau bakul. Contohnya masa bulan Syawal lepas...

Cawan dan jug air letak macam ni atas meja makan. Dah habis bulan Syawal, simpan balik kat kabinet dapur.


Botol-botol air dan Herbalife nizam. Laki mak minum Herbalife ok! Maklumlah, jaga perut katernya (sangat!!!)


Bakul bawah tu ayu letak makanan macam biskut yang masih belum bukak. Ni kat kabinet dapur.


Dah susun dalam bakul macam ni, nampak kemas jer kan? Pastu bakul ni pulak warna putih, dah jadi macam deko items jugak. Warna hitam pun ada bakul ni. Tapi tak suka warna hitam, kalau berhabuk mudah nampak.

Ok, bakul ni banyak jual kat pasaraya dan kedai serbaneka kot. Ayu beli kat The Store Semenyih. Ada pelbagai saiz. Dalam kereta pun ayu letak 2 buah sebagai tempat isi CD dan segala barang kecik-kecik. Kurang sikit bersepah. 


Semoga idea ini bermanfaat buat anda semua. Wassalam.

Thursday, October 9, 2014

10 Bulan

Assalamualaikum.

Hari ni, genap 10 bulan arwah abang ayu meninggal dunia. Anak-anak sedara panggil arwah Pok Me (Azman namanya). 

Kalau dulu, dialah yang rajin layan anak-anak sedara. Kalau anak sedara balik kampung, especially dania laaa... hitam legam dibuatnya. Hari-hari pegi mandi laut! Harapkan papanya bawak, memang tak laaaa...


 Gambar kenangan arwah bawak rakyat jelata mandi laut pada bulan June 2012. Kena gigih memantau, maklumlah laut... nasib baik masa ni hariz baru umur dalam setahun lebih, kalau tak, bertambah lagi rakyat jelata untuk dipantau!


Rajin arwah menjaga, memantau dan melayan rakyat jelata mandi laut. Dan dia tak kesah kereta dia basah dengan air laut dan kotor dengan pasir!


Dania selalu cakap, tak seronok dah balik kampung sejak Pok Me takder. Sedih sangat rasanya.

"Allah) yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya"
(Surah Al-Mulk ayat 2) 

Saturday, October 4, 2014

Salam Aidiladha

Assalamualaikum.

Image Source: Google

Daripada;
Ayu Rashid & Keluarga

Wednesday, October 1, 2014

Pilihan Kelas Anjuran Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni genap 6 bulan Ayu sertai Akademi Bekerja di Rumah. Dalam tempoh yang sangat singkat ini, banyak benefits yang Ayu perolehi (bukan sahaja daripada segi income, tetapi juga benefits lain).


Since ramai yang contact Ayu bertanyakan tentang Pakej Kelas yang dianjurkan Akademi Bekerja di Rumah, sekali lagi Ayu nak share. Dimaklumkan bahawa, Yuran penyertaan adalah bergantung kepada Pakej yang ingin disertai. Yuran cuma SEKALI SAHAJA, dan tak perlu nak Renew setiap tahun. 


Range Yuran Pakej Kelas antara RM150 - RM300 sahaja. 


Ramai juga yang nak FREE jer. 
Ermmmm, sebenarnya Yuran Penyertaan telah ditetapkan oleh Pengasas Akademi Bekerja di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Kalau ikutkan, harga yuran sebenarnya lebih kepada harga eBook yang diberikan dalam setiap Pakej. Belajar dengan cikgu Online tu seolah-olah percuma saja.


Lagi pun, kalau kita nak bisnes, susah juga kalau langsung taknak keluarkan modal. Sedikit sebanyak, kena keluarkan juga. Ia sebagai satu komitment dan push factor kepada kita untuk meneruskan apa yang kita dah mulakan.



Pakej Kelas Anjuran Akademi Bekerja di Rumah:

  1. Kelas Asas Blog & Penulisan
  2. Kelas Asas Blog & Fanpage Mula Bisnes (Produk Sendiri/Dropship ABDR)
  3. Kelas Beriklan mudah.my
  4. Kelas Pengurusan Kreatif

Kenapa kelas-kelas ini diadakan?
Ini adalah sumbangan kami di Akademi Bekerja di Rumah kepada wanita dan surirumah yang ingin bekerja dari rumah atau pun menjalankan secara sambilan untuk menambah pendapatan. 

Jadual kelas ONLINE adalah fleksibel dan tiada tempoh tamat diberikan. Ia bergantung kepada komitment dan usaha masing-masing! Anda boleh diskus dengan guru online untuk belajar, di mana pembelajaran dan perbincangan adalah melalui Facebook/Whatsapp/Telegram. 

Ayu sendiri dapat habiskan semua tugasan dalam masa 2 minggu sahaja. Itu pun saya rasa dah lambat sebab kebetulan masa tu labtop kena virus dan tak dapat connect dengan WiFi. Ingat, bertangguh pencuri masa! Rugi kalau lewatkan...lagi-lagi peluang nak dapat duit kan!

Kami di Akademi Bekerja di Rumah bersedia membantu anda menyampaikan dan berkongsi ilmu tentang blog dan berniaga online dengan cara yang efektif. 

Blog adalah medium pemasaran PERCUMA... gunakan sebaiknya kerana berniaga online tanpa blog adalah sangat rugi!

Boleh hubungi Ayu kalau nak tanya lebih lanjut. 

Jumpa lagi. Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...