Friday, October 24, 2014

Bila Nak Buat Entry 'Baik-baik'...

Assalamualaikum.

Bila buat entry kat blog atau share status kat facebook, hal berkaitan agama atau ala-ala kebaikan adalah perkara paling 'takut' ayu nak share! 

Sebabnya ialah:
Bimbang disalah tafsir, bimbang dikatakan poyo, bimbang dikatakan macam bagus padahal tak bagus langsung!, bimbang apa ditulis tak sama dengan perangai sebenar yang OMG! buruknya perangai ko ayu oiiiii... dan, paling takut wujud perasaan riak. Nauzubillah.

Cuba kira berapa banyak perkataan BIMBANG yang ada kat atas tu!

Diri sendiri dok fikir bukan-bukan. Secara tak langsung boleh menarik aura negatif. Sedangkan perkongsian tu sedikit sebanyak mungkin dapat tingkatkan semangat dan kesedaran diri sendiri dan insyaAllah orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik.



So, tak salah nak share kan?
Biarlah jari-jemari gemuk ku ini nanti bersaksi didepan Allah Taala yang jari jemari ini PERNAH berkongsi perkara kebaikan walaupun hanya menggunakan kaedah Copy-Paste sahaja. ATAU, aku share tapi aku sendiri tak istiqamah dan tak amalkan. Time rajin buat, tapi tak rajin takder maknanya nak buat. 

Tapi, mungkin ada orang lain dapat manfaat kan? Tu pun sumber pahala buat kita juga kan? Selagi orang beramal dengan apa yang kita sampaikan/ajar, selama itulah pahala mengalir. 

Maka, lepas ni janganlah menyampah kalau iols share hal-hal keagamaan. Kalau ayu sendiri tak amalkan, ayu yang rugi. Kalau uols amalkan dan dapat manfaat daripadanya, insyaAllah kita sama-sama dapat pahala. Amin.



Esok InsyaAllah kita akan sambut Tahun Baru Hijrah. Kita tak perlu tunggu tahun baru untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Setiap hari dan masa, selagi kita bernafas, itulah peluang kita nak  bertaubat dan berubah. Sebab kita, tatau bila masa kita akan 'berhijrah' ke alam barzakh!


Dalam tahun ni, ayu banyak lalui dugaan. Paling menguji kekuatan ialah bila arwah abang ayu meninggal pada 9/12/2013 lepas. Sebenarnya, ia adalah permulaan ayu kembali muhasabah diri, takut dengan kematian (sebab banyak dosa dan bekalan nak berjumpa Allah takder dan malu nak berjumpa denganNya sebelum sempat bertaubat dan tambah amalan). 

Alhamdulillah, Allah beri hikmah disebalik ujian dan kehilangan. Yelah, kita tau setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tapi kita susah nak terima sebuah kehilangan... sedangkan kita pun akan mati jugak. So, bekalan untuk diri sendiri yang perlu kita bekalkan siap-siap. Dan sebagai tanda kasih kepada yang 'telah pergi' kita buatlah apa yang patut agar mereka 'disana' juga dapat merasai ganjarannya. 

Semoga bila kita pulak dah di 'alam sana', orang lain pula yang akan mendoakan kita dan buat amal jariah buat kita. Tapi, kita pun boleh tinggalkan sesuatu yang membolehkan pahala mengalir tanpa putus. Salah satu cara 'moden' dan zaman IT ini melalui perkongsian yang baik-baik dilaman sosial. Mudah kan?


Salam Sayang;
Ayu Rashid

Images source: Google Image

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...