Tuesday, October 14, 2014

Cadar Quilt Patchwork Murah!

Tajuk entry dah macam meniaga pulak yer!

Takder ke sesaper yang meniaga Cadar Quilt Patchwork, sofa cover patchwork, runner patchwork, karpet patchwork atau segala benda berkaitan quilt patchwork nak taja i ke? hahaha... nanti i promote baekkk punya (feeling blogger fofuler ler sangat!)


Setelah sekian lama, akhirnya belilah jugak.
Nak yang murah of course keutamaan kan... tapi mata ni haaaa... susah sangat nak berkenan dengan corak dan warnanya. Kebanyakan yang ayu tengok (online) adalah corak yang messy. Ayu suka yang simple dan modern. 

Yang nakkkkk sangat beli cadar quilt patchwork ni sebab malas nak kemas cadar!

Kan keistimewaan cadar patchwork ni sebab dia akan kekal statik gitu. Takder la macam cadar/comforter biasa, ko bergerak sikit... dah sekali dengan cadar tu bergerak senada seirama. Kan dah bertambah bidang tugas nak mengemas.

Payah jugak tau orang ada syndrome OCD ni!


Saya beli dari sorang kakak di Facebook.
Puan Siti Hawa (Laurea Home Furnishing). Click

Kebetulan Laurea Home Furnishing buat offer Aidiladha, so murah la berbanding harga biasa dan seller lain jugal. 
RM100 + RM10 postage (saiz Queen)


Ayu pilih corak ni walaupun agak messy. Semata nak warna KELABU!
Nak letak dalam master bedroom yang berdinding kelabu. Kebetulan pulak ada warna pink sikit-sikit tu... maka adalah jugak effect comel dan gegirl disitu hehhee.


Cadar Quilt Patchwork murah ni, ada corak depan dan belakang.
So boleh guna dua-dua bahagian.

Opssssss! Rupanya kaler cadar ni dah lebih kurang kaler cadar yang beli kat Guangzhou tu daaaaaaaaaaaaaa.

Takper, nanti kita kumpul duit beli lagi selai

(ke ada sesaper nak sponsor? i pasrah menerimanya... tapi nak warna PINK tau kuikuikuiiiii)


Sarung bantal pun boleh guna depan belakang. Tapi corak yang belakang tu tak lawa.

Kalau ikutkan keselesaan, cadar cotton biasa of course lebih selesa, lembut dan tak panas.
Tapi, kalau nak memudahkan kehidupan... memang terbaiklah guna cadar quilt ni.
Takder la asyik nak kena betulkan cadar jer kan.

Ok... nanti i tunjuk gambar cadar ni yang dah siap pasang.

Jumpa lag!

1 comment:

diana said...

Jom folo fb page PEMBORONG CADAR COTTON PLAIN - DJ Cadar. Kite jual cadar patchwork RM99 je awak. Hihi