Thursday, October 23, 2014

Kari Ayam gunakan Santan Segera M&S yang Sedap!

Assalamualaikum.

Kalau nak masak gunakan santan, korang rajin eh guna kelapa parut? Ayu ni malas! Semata nak masak lauk berkuah lemak/kari setengah periuk kecik, rasa malasnya nak renyah-renyah memerah santan. 

Dah la beli sebijik kelapa parut, bila guna sikit ajer santan tu... memang la simpan dalam peti... tapi selalunya akan buang jugak! Maklumlah jarang masak lauk bersantan. Kalau kari pun, nizam suka kari tanpa santan. Ayu tak berapa suka pulak... suka bersantan jugak walaupun letak sikit ajer. Lepas tu berangan nak kurus macam Maya Karin, makan taknak jaga!

Sumber: Google
Nasib baik ada santan segera!

Dulu, masa baru kawen ayu biasa beli jenama Ka*a. Tapi selalunya rasanya agak tengik dan tak sedap sangat. Pernah juga cuba yang jenis santan segera serbuk. Lagi tak berapa sedap. Pelik rasanya. Eh! ke aku yang tak reti masak? Hehehhehe.

Akhirnya, jumpa jugak santan segera yang sedap! Santan M&SSantan M&S ni memang sedap. Rasanya macam santan segar uols! 
Selalunya sekotak ayu guna untuk 2x masak. Yang lebih guna tu, letak dalam peti kat sejuk beku. Bila nak guna lagi, baru keluarkan. Tunggu cair atau kalau malas dan nak cepat, ayu potong kotak tu dan letak jer santan berketul tu dalam periuk/kuali campur sikit air. Bahagia rasanya, senang kerja aku memasak dan sedap pulak tu!

Kelmarin masak kari ayam cincai-cincai sebab takder bahan sangat (tanpa kacang bendi, tomato, cili besar dan daun kari). 
Nampak tak santan tu, menyelerakan dan tak berbau tengik (kalau santan bau tengik, memang 'out' la hasil masakan. Jangan lupa tambah sedikit air kalau taknak kuah terlalu pekat. 

Santan dah 'pecah minyak'. Cantik hasil masakan iols tau... dan sedap juga (puji masakan sendiri heheh)

Masak kari ayam, tapi guna rempah kari ikan. Asalkan kari sudah! Ayu suka gunakan rempah kari Adabi berbanding Baba's. Sebab kari Baba's rasa 'menyengat' sangat dan cepat rasa muak. Kari Adabi rasa sedap ala-ala rempah kari/rempah gulai belah Terengganu sana (cap Orang Terbang atau Cap Rose, yang memang terkenal sedap giler!)

So, kalau korang nak masak dengan cepat dan sedap, ayu rekemen Santan M&S ni. Selamat mencuba!

1 comment:

Anonymous said...

Santan dan kelapa sebenarnya melangsingkan badan. Yg menggemukkan ialah gula dan nasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...