Monday, October 27, 2014

Perut Buncit Selepas Bersalin!

Assalamualaikum.

Lama tak sembang pasal kesihatan dan kecantikan (alamak! kekok pulak rasanya hahahha). Baca tajuk pun tak menahan, pastu check perut sendiri... layak ke aku nak share pasal perut buncit dan kempis ni? Perut sendiri pun sedih menengoknya. 

Takper, bersalin czer sebanyak 2 kali, memang macam ni... payah dah nak kempis meramping macam zaman remaja dulu LOL.

Korang pernah buat aksi macam ni? Hahhahaha, rugi kalau tak buat aksi perasan macam ni. 


Erm... nak kempis perut ni, memang seksa kalau jenis masa dalam pantang tak bebetul berpantang. Lagi-lagi kalau bersalin czer dan tak pakai bengkung! 

Tak kesah la bengkung moden ke tradisional, yang penting bengkung. Tu hak peribadi dan kewangan masing-masing. Ayu jual Premium Beautiful tapi ayu takder nak kondem produk korset atau bengkung lain. Sebab setiap produk mesti ada kelebihan masing-masing dan of course mesti ada pembelinya kan?

Tapi, yang penting... tujuan kita berbengkung sebab nak cepat sihat, jaga badan dan nak kempiskan perut! 


Makan hati oiiiiii, bila baju seluar lama takleh nak sarung lagi selepas bertahun bersalin kan? Kalau kat paha dah muat, kat perut pulak terjojol keluar lelemak berlebihan. Alahai! Tetap lah tak lawa. Terus self esteem jatuh merudummmmmm. Kecewa tengok badan sendiri!


Itulah wanita dan saya jugak.
Dah melahirkan anak, dilema pulak tengok badan sendiri. Bila belek album tengok gambar masa slim melim dulu, mula la nak melankolik. Kurusnya aku dulu, pakai baju macam mana pun 'masuk' ajer. Sekarang? Hok alooohhhhh! Laki tengok geleng kepala hahaha!

Nasib baik ada korset kan... agak-agak nak kaver lebihan lemak daripada nampak terjojol sana-sini, boleh la pakai. Terus badan nampak ada shape dan terbentuk. Walaupun bila bukak korset tu badan terbarai balik hahahha. Tapi, sempatlah melawa jugak. Cuma janganlah kita pakai pakaian ketat melekat pulak bila badan dah lawa. Dah mengundang dosa pulak tu huhuuuuu.


Ok... mood nak kurus dah kembali! Tapi hari ni dah makan sepinggan mee hailam, sepinggan lontong goreng dan 2 cawan kopi... waallllaaaaaa! OK, start diet bulan November :P

1 comment:

mama amir said...

rasanya kalau berbengkung, korset masih bole lagi...tapi makan masa la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...