Monday, October 13, 2014

Master Bedroom| Tak Sesuai sebagai Bilik untuk disepah-sepahkan!

Konon berangan nak jadikan bilik Master ni sebagai tempat anak-anak belajar dan main-main... sambil mama bergolek baca buku atas katil... memang tak boleh!


Sakit pulak mata tengok bilik jadi macam tu. 
Memang takder kerja carik kerja... buat penat dan sakit badan jer kan. Tapi takper, asal tak sakit dah mata ni hehhe.


Sehari sebelum raya haji (sabtu lepas).
Sempat alihkan balik semua... so, kedudukan Master Bedroom dah kembali ke asalnya. Dengan perabot yang sangat minima. 

Sementara tunggu cadar quilt patchwork yang ayu beli online sampai, pakaikan dulu cadar dari Guangzhou ni.

Punyalah bermasalah Skynet, ayu punya cadar boleh dibawaknya sampai ke Kota Tinggi, Johor. Amboiiii, ko dah kenapa Skynet. Sudahnya Selasa lepas raya Haji baru sampai. 

Memang Skynet ni bermasalah ke, dulu pernah gak sekali beli barang online. Kami takder kat rumah, boleh dicampak ajer barang dibeli ke dalam pagar (beranda rumah!).
Si penghantar tu sign sendiri ke consignmnet note tu kalau dah main campak macam tu?

Nasib baik tak hilang, sebab harga barang i beli masa tu RM100++ jugak. *Tetiber terkutuk Skynet kat sini, dah 2x terkena servis macam hampeh, mau tak angin! I bayar ok :P


Nampak sempit ruang bawah tu, tapi muat lagi untuk solat.


Meja bulat legend sangat ni. Arwah abang buatkan masa ayu baru kawen lagi. Bila tengok meja ni, rindunya kat arwah. 


Betullah orang cakap kan.. bila sesorang yang kita sayang dah takder, setiap benda yang berkaitan dengan dirinya, pasti kita ingat. 


Next entry ayu share gambar cadar quilt patchwork yang ayu beli. Jumpa lagi!

2 comments:

Fizah said...

terammmat suka dgn konsep minimalis mcm ni...sonang kojo den nak maintain...;}

Linda said...

Brg sikit senang nak maintain kann