Friday, October 10, 2014

Susun Atur| Cawan dan Botol Minuman dalam Bakul

Assalamualaikum.

Hari ni, nak share idea susun atur di dapur menggunakan bakul. Rasanya kalau kawan-kawan yang masuk dalam Group Facebook Kami Suka Susun Atur, dah pernah tengok gambar ni. Actually, ni  susun atur masa Hari Raya Aidilfitri lepas (sepanjang bulan Syawal).


Ayu ni jenis tak suka nampak banyak barang depan mata. Walau kemas macam mana pun, kalau banyak barang (contoh atas table top/kabinet/almari solek sekalipun!), ayu tetap akan nampak benda tu bersepah. Padahal elok jer. Mengada sangat mata ni tau!


So, ayu suka letak kebanyakan barang dalam drawer atau bakul. Contohnya masa bulan Syawal lepas...

Cawan dan jug air letak macam ni atas meja makan. Dah habis bulan Syawal, simpan balik kat kabinet dapur.


Botol-botol air dan Herbalife nizam. Laki mak minum Herbalife ok! Maklumlah, jaga perut katernya (sangat!!!)


Bakul bawah tu ayu letak makanan macam biskut yang masih belum bukak. Ni kat kabinet dapur.


Dah susun dalam bakul macam ni, nampak kemas jer kan? Pastu bakul ni pulak warna putih, dah jadi macam deko items jugak. Warna hitam pun ada bakul ni. Tapi tak suka warna hitam, kalau berhabuk mudah nampak.

Ok, bakul ni banyak jual kat pasaraya dan kedai serbaneka kot. Ayu beli kat The Store Semenyih. Ada pelbagai saiz. Dalam kereta pun ayu letak 2 buah sebagai tempat isi CD dan segala barang kecik-kecik. Kurang sikit bersepah. 


Semoga idea ini bermanfaat buat anda semua. Wassalam.

4 comments:

Rizziela said...

cantik..kemas pun kemas kan :D

Hayatie Hashim said...

eh sama la..akak pun guna bakul ni..senang nak stack..beli dua kaler hitam n putih ..ada macam2 size kan.. ;)

mamaairis said...

kemasnya sis...

norsuhaili ali said...

Tq for sharing..