Thursday, October 16, 2014

Susun Atur Meja Kerja (SOHO) Ayu Rashid

Assalamualaikum.

Minggu lepas sejak Raya Haji, ayu tak berapa sihat. Seminggu lebih rumah tak vacum dan mop. Tapi dalam tak sihat tu, slow-slow buat kerja mengemas yang basic-basic. Tak sanggup tengok rumah bersepah. Semalam kuatkan semangat jugak mengemas rumah (ayat tak agak-agak!)

Sebelum berkemas tu, terus pakai full set Premium Beautiful. Bila pakai Premium Beautiful, rasa takder la seksa sangat badan buat kerja, especially bahagian perut dan belakang. Kalau pakai Waist Nipper saja pun dah OK sebab bengkung ni dapat support tulang belakang dan bahagian peranakan. So, memang selesa especially masa vacum dan mop lantai. 

Nasib baik lepas buat kerja takder la sakit badan. Kalau tak, i akan kene bebel dengan nizam. Dah tu, kalau i tak buat... saper lagi nak buat. Biar sakit badan, jangan sakit mata tengok rumah tak berkemas. Bila dah bersih... bahagia rasanya :)


Bila dah siap semuanya! Walaupun vacum, tapi tak mop... rasa bersih tu tak sama. Cuma belum ada kerajinan lagi nak mop lantai guna kain batik celup dalam air panas macam kawan-kawan kat FB dok share. 

Fuhhh! Memang nampak bersih berkilat. Erkkkk! Tapi belum sampai seru nak sebegitu gigih. Cukup ler pakai mop biasa... asalkan mop sudah!


SOHO Ayu Rashid ni letaknya kat ruang tamu. Sebelah TV dan di depan bilik air. Anak kecik macam ni laaaa. Berangan jer la nak letak SOHO dalam bilik dan deko lawa-lawa. Kalau bilik kat bawah best laaa, ini kat atas... kalau rumah sendiri dah renovate dah jadikan bilik kat bawah 2 buah. Kecik-kecik jadik laaa asalkan dapat fully utilised.


Meja mesti nak beralas, Sebab dania selalu guna jugak, taknak kotorkan meja. Kalau alas meja senang boleh basuh.


Atas meja just letak labtop dan barang-barang yang selalu guna ajer. Buku nota, buku yang ayu suka baca berulang kali dan notes berkaitan bisnes as quick reference yang senang nak capai bila nak guna. Tak suka banyak barang, serabut walaupun sebenarnya kemas.

Stationary tu banyak pensil warna dania-hariz jer. Tu nampak meriah :)


Dalam drawer...pun tak banyak isinya. Letak mana yang perlu saja. 


Last but not least! Sini pun boleh jadi tempat main!

Bila tengok SOHO orang lain yang ada rak gantung-gantung... lawa jugak.
Tapi, buat masa ni... tak sesuai dan tak perlu lagi.
Sebab rumah sewa jer pun. Taknak tebuk sana-sini.

Lagi pun, bukan banyak barang/files pun.
Cuma deko tu akan jadi lebih cantik dan nampak lebih proper.
Aura kerja dari rumah tu lagi menyerlah gitu.

Ok... bersyukur dengan apa yang ada.
Asalkan boleh buat kerja dan bisnes jalan, Alhamdulillah dah.

Ok, jumpa lagi. Wassalam.


4 comments:

cik hani said...

kak ayu..

takpe. janji kemas dan maintain cute tempat menulis tu

Fizah said...

betul tu...janji sendiri selesa nak wat kerja :)

Mama Bard said...

best kan bila ada SOHO...saya pun masih duduk di rumah sewa seakrangni...jadi memang ada masalah yang sama, tak boleh tebuk macam2 sangat..rumah orang...huhu..

syuhaila mustafa said...

Sakit2 pon nk kena kms umh gk :) mmg beza bila kita sapu ja n bila mop sekali :) nmpk cm sama tp hasil dia lain