Wednesday, November 19, 2014

Akademi Bekerja di Rumah| Boleh ke Saya Berjaya Bila Join?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik... dah masuk bulan ke-7 Ayu sertai Akademi Bekerja di Rumah (disertai pada 1/4/2014). Blog khusus untuk ABDR iaitu Panduan WAHM bersama Ayu Rashid masih lagi aktif, cuma kadang-kadang tak ber-update jugak :)


Ayu kerap terima soalan cepu cemas iaitu:
'Jika saya join Akademi Bekerja di Rumah, boleh ke saya berjaya?'

Macam mana nak jawab sebab soalan ni terlalu subjektif!

Sebenarnya, berjaya atau sebaliknya, bergantung pada individu. Diri masing-masing, bisnes masing-masing, matlamat masing-masing adalah berbeza.

Mungkin awak rajin banyak, saya rajin sikit. Awak usaha sikit, tapi rezeki awak lebih daripada saya yang usaha lebih, pun membezakan juga. 


TAPI...
Selalunya saya akan berikan jawapan dalam bentuk soalan semula kepada yang bertanya. Sebab hanya individu tersebut yang tau apa matlamat dia nak tau tentang ABDR, kenapa nak sertai ABDR, apa keperluan dia untuk sertai ABDR. Saya tatau apa yang korang nak. Saya hanya tau apa yang saya nak (matlamat dan impian).

So, jangan tanya saya soalan macam tu. Maaf saya tak dapat nak jawab. Nanti kalau saya jawab korang boleh berjaya, tapi sebaliknya berlaku... mesti korang salahkan saya agaknya. Sedangkan mungkin korang yang tak usaha sungguh-sungguh.



Buat yang bertanya, lepas tu senyap. Saya hargai anda. Setiap individu berhak tentukan nak sertai atau tak. Tapi saya harap, tolong hargai masa saya juga. Memang kadang-kadang rasa tak berbaloi layan, tapi saya harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada orang lain dan diri saya juga. 

Sebab itulah, saya amik konsep saya terus bagitau setiap kelas ada pakej Yuran yang telah ditetapkan sekian-sekian harga. Ia bukan percuma yer. Sebab kebanyakan yang menanya bukan main semangat lagi... tapi bila tau ada yuran, mulalah. Kalau boleh, semua nak FREE ajer. Alahai! Camner ni. Saya pun bayar tau, amik pakej yuran RM200 (Kelas Asas Blog dan Fanpage)


Selepas pendaftaran melalui saya, anda akan belajar dengan guru online. Buat masa ni, saya masih belum layak jadi guru online, dan jika layak pun, saya belum bersedia. Saya tak dapat nak commit sebab saya ada bisnes lain juga. 

Cuma setiap orang yang daftar melalui saya boleh hubungi saya untuk tanya dan mintak tips (melalui Whatsapp/Telegram). Sebab ada juga yang segan nak tanya-tanya dengan cikgu online. So, InsyaAllah saya sedia membantu. Tapi kalau uols senyap ajer, saya pun taknaklah kacau. Kang ayu sebagai Pengurus Online ABDR pulak lebih sudu dari kuah hehehe.


Kita taktau rezeki kita kat mana dan dalam bentuk yang macam mana. Jika korang buat online bisnes, blog memang wajib ada. Dan bila dah ada blog, networking sangat penting untuk pemasaran. Akademi Bekerja di Rumah InsyaAllah dapat membantu kita kembangkan networking.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments: