Saturday, November 29, 2014

Eh! Ter-update Blog Laaaaa...

Assalamualaikum.
Miss me? Hehhee. Perasan. 


Lama tak update blog. Sejak kuar spital sebab kena denggi hari tu, amboi mood malas makin bermaharajalela. Best jugak layan malas tu. 


Tapi mampu layan mood malas update blog dan promote bisnes jer la. Kerja rumah kena la paksa diri jugak. Dah tu, kalau iols tak buat... saper nak buat? Oh! memang sentiasa berangan ada bibik. Berangan yang takkan jadi kenyataan punyalah! Zaman kerja taknak bibik, dah tak kerja gatal nak bibik pulak. Memang mengundang cercaan sangat! Macam ler mampu hahaha.


Kat FB pun malas nak update status either personal or business. Eh! Rasa boring sangat dengan FB. Tapi stalk jugak la kan hahahhaa. Mana tau dapat berita terkini dan ilmu terkini (ewah kaver gitu). 


Rumah bersepah-sepah sebab tak siap lagi urusan baiki bumbung dapur bocor. Nak masuk bilik pun tak boleh sebab berhabuk-habuk. Sudahya ulang pakai baju sama tiap-tiap hari. Tapi ada hikmah jugak, boleh cat warna dinding bilik baru (untuk bilik master dan bilik hariz).


Dania dan mamanya dah berangan nak cat bilik warna apa. Daku lagi ler berangan nak beli langsir baru. Kata nak matching-macthing kan dengan kaler bilik baru. Kenalah langsir baru jugak. Kena beli senyap-senyap tanpa nizam... nanti pakcik tu kata "kan langsir dah banyak, buat apa membazir". Insaf terus aku! Tapi sekejap jer la hahahhaa.


Cuti sekolah?
Masih lagi tak pegi mana-mana. Plan nak gi JB dulu baru balik Besut. Takper cuti panjang boleh bermalas-malasan dulu.


As for now.
Ayu masih lagi tak berapa sihat. Sejak kuar wad, dah 2x demam. Kalu ikutkan nak baring rehat-makan-tidur-tengok tv-layan internet-makan-tidur ajer. AMBOIIII! Tapi kalau dah jadi bini orang, mak budak... berangan jer la.


Sakit kalau masih boleh merangkak pun kena buat kerja jugak. Takda maknanya nak berehat sakan. Kalaulah pompuan ni robot... agaknya jenuh Majlis Perbandaran kutip tiap-tiap hari. Memang stok robot takleh repair dah, tapi kena buang terus ganti baru. Spare-part lagi mahal daripada beli baru.

EH! Tapi jangan la laki kita amik kesempatan carik bini baru atau skandal macam citer MAH tu pulak. Hahahhahaa.


Ok... sekian bebelan di hari Sabtu petang kala hujan mencurah-curah. Wassalam.

No comments: