Monday, November 17, 2014

RESEPI| Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum.
Orang dah nak abes musim viral jeruk mangga asam boi, ayu baru nak buat dan share. Sebelum ni dah pernah buat sekali, nak sangat makan walaupun masa tu tak berapa sihat. Beli 2 bijik pelam epal, terus buat. Memang sedap!


Kelmarin, masa orang repair tingkap bilik sebab bumbung dapur bocor (akan di-share dalam entry khusus), ayu bawak hariz melepak rumah kakak nizam. Kakak nizam kasik buah pelam beberapa bijik. Alang-alang buat tu, buat untuk kakak sekali :P


Mangga segar-bugar baru kait dari pokok kakak. Mangga lemak-lemak tak masam sangat.


Terliur tak? Ayu tengok semula ni pun terliur!


Ayu memang malas nak potong berseni-seni ni. Asalkan terpotong sudah. Dasar pemalas camni laa!


Tak payah la nak beli-beli kan. Buat jer sendiri... kos beberapa ringgit ajer pun. Mudah pulak tu.

BAHAN-BAHAN
Buah mangga
Asam Boi (beli kat Speedmart 99, mahal sket RM3.90/botol)
Gula
Garam
Cili Padi (tiada dalam gambor)

CARA-CARA
Dah siap potong mangga, gaul jer dengan semua bahan-bahan kat atas tu.
Letak dalam fridge (kalau takleh makan sejuk takyah letak pun sedap)

NOTA:
Tak payah letak air, nanti bila gula dan cair dan air buah mangga tu keluar, automatik jeruk korang akan ada air kuahnya. Sedap hirup kuahnya. Confirm sistem pencernaan pun smooth jer LOLS!


Jangan nak kata malas, ayu yang malas ni pun rajin buat hahaha.
Mahal ok tengok orang jual online. Dah dapat ramai komplen dah lembik dan sikit!
Memang la jadik sikit sebab mangga tu dah 'kecut'.
Dah, takyah gaduh-gaduh... buat jer sendiri. Puas makan sekeluarga.


Nampak tak uols... sedap tak ingat dunia punyalah!
Nizam pulak lelebih asik makan ajer. Biasa dia tak suka makan asam.

Kalau korang tak suka makan buah mangga atau susah nak dapat buah mangga.
Boleh juga gunakan buah apple hijau. kedondong atau apa-apa buah yang korang nak cuba.
Trial & error jer, ikut tekak masing-masing.

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...