Tuesday, November 11, 2014

Saya Kena Denggi!

Assalamualaikum.

Seminggu lebih tak bersiaran, daku kena demam denggi huhuuuuu. Demam bermula sejak Jumaat 31/10/14. Masuk wad 4 - 7/11/2014 (4 hari) kat SALAM, Shah Alam. 

Ni baru slowly nak sihat dan bertenaga semula. Tapi Hariz pulak start demam petang semalam. Tunggu papanya balik kerja, nak bawak pergi klinik. Nauzubillah. Janganlah kena kat anak-anak, kesian. 

Cissss! Ko nyamuk! Trauma aku tengok nyamuk. 



Ala... baru nak share pengalaman kena denggi dan macam mana kaedah rawatan, hariz dah poo-poo la pulak. Terus putus mood nak menaip hehhehe. Aura belum cukup kuat nak berfikir, so kita tunggu sedikit masa lagi.

By the way, bila Allah uji dengan sakit... Dia nak berikan kita pahala, nak kita muhasabah diri dan nak hapuskan dosa-dosa kita. Itulah juga peluang nak menikmati 'percutian' di hotel 3* aka hospital kan! Walaupun seksa sebab tetiber ada 'kembar siam' (drip water laa aper lagi), dapatlah berehat hehehe. 


Will share later, jaga kesihatan dan kebersihan. Kena demam denggi sangat seksa! Huhuuuuu. 

No comments: