Friday, December 12, 2014

DAPUR| Tolak-Tarik Mengemas Sorang Diri!

Assalamualaikum.


Cerita semalam... pagi membebel kat blog pasal bumbung bocor, bilik dan dapur bersepah... petang lepas asar rasa tak tahan dah menengok dapur bersepah. Sampai maghrib baru siap. 


Sebelum start buat kerja tu, pikir panjang jugak... mampu ke aku tolak dan tarik semua barang ni? Sebab kerja nak alih-alihkan barang ni bukan barang kecik. Meja makan, kabinet dan peti sejuk! Itu belum kira nak keluarkan barang dan menyusun semula. 


Takper, Allah tolong permudahkan semuanya. Alhamdulillah siap dengan jayanya walaupun malam abes pinggangku sakit! Nak tidur siap telan ubat tahan sakit sebab berdenyut-denyut pinggang. Takder penyakit carik penyakit... inilah namanya. Takper, sakit kejap jer. Asalkan sejuk mata memandang :P


Ni beberapa gambar yang ayu snap. 

Sejak pindah sini, baru nak keluarkan dan kemas barang yang letak dalam kabinet kayu ni. Haaaa, punyalah malas!


Nyanyi dulu:
"Bagaimana kan kumula... dan apakah kata-kata"


Alhamdulillah, ada hikmah rajin berkemas ni. Tetiber jumpa camera digital Olympus ayu. Maksudnya dah setahun lebih tak guna. Memang tak ingat letak mana. Syukur nizam tak pernah tanya mana camera tu sebab sejak snap gambar guna HP dia pun tak amik kisah dah ngan camera tu.

80% daripada barang-barang ni dibuang ajer. Oh bukan takat jumpa kamera, tapi jumpa 3 keping langsir. Haaa patut la nak raya hari tu daku carik langsir ni tak jumpa... rupanya kat sini ko bersembunyi yer!
Setelah berpeluh-peluh menolak-menarik-membasuh-mengelap segala barang. 
Akhirnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Teaser dulu.


Belum siap sepenuhnya. Nak beli rak buku kecik-kecik yang 2 atau 3 tingkat untuk susun-susun barang. Terus bernafsu nak beli cawan dan pinggan mangkuk lawa-lawa sikit. Maklumlah, umah i takder barang dapur lawa. Kalau beli pun untuk guna, i tak suka beli barang dapur untuk simpan. Dah beli guna ajer. 


Sebab tu i takder barang dapur lawa-lawa sampai orang ingat aku tak mampu beli pinggan mangkuk... Choiii sangat kan hehhehe. Kang aku meroyan membeli parah. Mau kene sekeh kepala ngan nizam! Maklumlah, bini nizam ni kalu dah gila kat sesatu benda tu, manjang nak membeli. So, elok jangan mulakan!

Entry ini akan bersambung sehingga satu masa kelak... agaknya bersambung tu dah bersepah balik dapurnya... hehehe. Rindu dapur kecik kat rumah Flat PKNS dulu. Dapur kecik lagi nampak kemas. Alah, buat apa nak dapur besar... setakat duduk 4 beranak. Dah la kalu laki ada kat umah dapurnya berasap untuk masak air jer heh!


Ok, selamat berhujung minggu. Wassalam.

3 comments:

Fizah said...

pehh all-out menngemas ni :)

Ayu Rashid said...

Sakit badan pun all out jugak 2 hari hehehe.

cik hani said...

Kak ayu...

Sama la...sejak pindah saya tak kemas lagi kabinet dapur.main sumbat her..

Ntah ntah saya pun jumpa harta Karun nanti...hihihi