Wednesday, December 3, 2014

Demam Denggi| Jus Daun Betik

Digalakkan baca Info ini dahulu: Jus Betik untuk Rawatan Pesakit Denggi


Assalamualaikum.
Sekarang ni masih lagi musim denggi. Kalau kat Selangor, denggi ni macam takder musim, sepanjang tahun ada. So, ayu nak share produk yang ayu minum sebagai rawatan alternatif untuk denggi.


Masa kena denggi bulan lepas, Ayu minum Jus Daun Betik keluaran ORiG International Sdn. Bhd. Masa Day 1 masuk wad tu, ayu google berkaitan Jus Daun Betik. Alhamdulillah jumpa. 


So ayu contact dealer dan nizam pergi ambil dekat Unisel sebab rumah dealer tu dekat situ. Ayu masuk wad maghrib hari Isnin (3.11.2014), beli jus daun betik ni keesokan harinya. Beli 4 botol. Sebab dealer ni cakap biasanya kalau denggi tak teruk, minum 3 botol selama 3 hari berturut-turut insyaAllah platelet darah naik. 


Ni maklumat produk yang ayu ambil kat botol untuk rujukan kita bersama.

Orig Powerleaf - PATI DAUN BETIK adalah minuman herba tanpa gula dimaniskan dengan pemanis semulajadi yang dihasilkan daripada daun Stevia, diproses melalui sistem bungkusan vakum berteknologi tinggi yang bersih dan selamat.

Semua ramuan adalah berasalkan tumbuhan.
Tanpa Pengawet
Tanpa Gula


Ramuan:
Daun betik segar terpilih
Ekstrak daun Stevia

Sebotol: 250ml+-

Fakta Nutrisi (untuk 250ml)
Tenaga: 3kcal
Lemak: 0.0g
Karbohidrat: 0.8g
Jumlah gula: 0.0g
Protein: 0.0g

Halal: 1 016-10/2006
MS 1500/2009 


AMARAN:
Mengikut tradisi Pati Daun Betik tidak sesuai untuk wanita yang disah mengandung atau wanita yang mungkin mengandung. Jangan mengambil jika anda ada hipersensitif kepada betik atau daun betik. 


Product of Malaysia by:
ORiG International Sdn. Bhd. (683944D)
Lot. A127, Jalan MP11, Matang Pagar
Bukit Rahman Putra
47000 Sungai Buloh, Selangor
TEL: 03 - 6157 6039


HARGA SEBOTOL: 
RM15 tak silap. Tapi kami dapat harga less than that. Nizam beli 4 botol. Minum sehari sebotol ajer. Kalau budak, setengah botol sehari. Eh! Uols tanya la dealer yang, kang i bagi salah info. Tapi i minum sehari sebotol. Genap 3 botol,alhamdulillah Jumaat tu dah boleh discaj.


RASANYA PAHIT TAK?
Rasanya ala-ala air cincau. Takder la pahit sebab ada manis daun Stevia tu. Sebab tu kalau anak-anak kena denggi, digalakkan bagi minum Jus Daun Betik ORiG ni. Kalau nak bagi jus daun betik original kat anak-anak, mau trauma dorang tengok pokok betik hahaha. 

Bila sakit, apa pun kita sanggup kan?
Masa tu, kalau orang kata batang betik pun boleh jadikan ubat, sanggup kita makan. Health is Wealth. Sesungguhnya, kesihatan adalah rezeki yang sangat tinggi nilainya. 


Masa kat wad, drip water tatau berapa belas botol, sebab ayu kurang minum air. Air 100 Plus pun tak minum sangat. Bila nizam start tazkirah baru minum banyak sikit hehhee. So, air kena minum banyak-banyak yer. 

Sealed kat botol, so bila tengok tu rasa yakin dengan produk ni. Sebab ye lah, produk kita tak pernah tau... tetiber nak minum. Memang tawakal jer la masa ni. Alhamdulillah.

Ni contact person yang korang boleh hubungi:
Encik Hisham: 019 - 227 2127 (Sungai Buloh kalau tak silap)

Encik Mazlan: 019 - 578 0345 (Seksyen 7, Shah Alam)


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ayu tak jual. Just share dari pengalaman sendiri. Mana-mana produk bermanfaat dan membantu, ayu akan share. Nak beli, contact En. Hisham & En. Mazlan yer. Saya tolong promote dorang jugak tanpa dorang tau hahaha.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam

5 comments:

Anonymous said...

Salam Ayu ,beli 4botol RM15x4=RM60
Produk saya pati daun Betik minum
satu atau dua sudu.Harga sebotol RM70 boleh minum banyak kali.
http://patidaunbetik.wordpress.com

Nurafyza said...

Sebotol rm70 tu bape ml ya bole dpt?di mana ya?sy d area puchong..

Khairil Ixp said...

Salam,

Alhamdullilah Cik Ayu telah pun sihat. Terima kasih kerana memperkenalkan produk kami dalam blog saudari. Saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta kebenaran Cik Ayu untuk memaparkan testimoni Cik Ayu didalam web kami yang baru (http://www.pucukbetik.com). Diharap Cik Ayu sudi berkongsi pengalaman disamping membantu usahawan bumiputera seperti kami. Terima kasih sekali lagi.

Khairil (khairil@interxpose.com)

Rahaimi said...

Tkasih atas info. Dah order 1 katun dr kilang...
Rasa lain macam demam ni.

Rahayu said...

Silakan :)